Follow Us @soratemplates

Saturday, September 9, 2017

Lelaki semakin tidak subur

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua. 



Masih ada salah tanggapan yang meluas dalam kalangan masyarakat terhadap istilah mandul dan ketidaksuburan.

Dari aspek perubatan kedua-duanya membawa maksud berbeza apabila mandul ditakrifkan sebagai ketidakbolehan seorang wanita mengandung atau kegagalan seorang lelaki memulakan penghamilan. Dua keadaan itu tidak boleh dirawat.

Sedangkan ketidaksuburan lebih kepada kesukaran pasangan untuk hamil tetapi masih boleh dirawat.

"Lazimnya, apabila berlaku isu ketidaksuburan dalam rumah tangga, wanita atau isteri akan terlebih dahulu dituding sebagai penyebabnya, biarpun lelaki atau suami berkongsi risiko yang sama".


Faktor penurunan kualiti sperma

Penurunan kualiti sperma dalam kalangan lelaki Malaysia dipercayai dipengaruhi pelbagai faktor terutama gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan minuman alkohol, dan obesiti, selain terdedah dengan makanan yang mengandungi bahan kimia. Pada masa yang sama, tidak dinafikan tekanan kerja dan gangguan harian merupakan juga menyebabkan penurunan kualiti sperma, seperti tidak cukup sifat atau cacat iaitu sperma tiada ekor dan gagal berenang ke telur. Faktor umur sudah tentu antara sebab utama punca ketidaksuburan kerana semakin umur meningkat kualiti sperma semakin menurun. Pada masa yang sama, mempunyai berat badan berlebihan atau kurang daripada sepatutnya atau bersenam secara berlebihan juga boleh mengakibatkan masalah kesuburan baik kepada perempuan atau pun lelaki.


Cara memekatkan air mani.

Walaupun ketika dilahirkan seorang lelaki itu memiliki tahap kesihatan seksual yang normal, pendedahan kepada faktor persekitaran yang tidak sihat ketika mereka membesar akhirnya boleh mengubah kesihatan kesuburan lelaki tersebut.
1. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu dan extrak tongkat ali. Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.

2. Telur ayam kampung – Dalam telur ayam kampung terdapat zat besi, kalori, protein, retinol, thiamin, karbohidrat, vitamin E, omega-3, lemak, vitamin D, vitamin C, lecithin dan betakaroten. Biasanya telur ayam kampung dimakan bersama dengan madu lebah asli untuk menambahkan khasiatnya.

3. Kekacang juga membantu meningkatkan sperma. kacangan termasuk dalam sumber omega-3 yang baik untuk diamalkan. Selain melindungi jantung, ternyata kacang, terutama walnut, bermanfaat menyihatkan sperma. Kandungan asam lemak dalam walnut, semacam kacang kenari, memberi positif pada perkembangan sperma. Dalam kajian, lelaki yang mengamalkan walnut selama 12 minggu mengalami peningkatan kekuatan, pergerakan, serta bentuk sperma yang positif.

4. Makan makanan yang boleh membantu meningkatkan kualiti dan bilangan air mani. Antaranya adalah sayur asparagus, bawang merah, bawang putih, brokoli, buah pisang dan tiram.

5. Makanan yang kaya dengan zink dapat memantapkan kilang sperma.

6.Ambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C boleh membantu badan anda untuk hasilkan lebih banyak sperma.

7. Pengambilan Suplemen tambahan untuk memberi nutrisi secukupnya.

Vitamin Shaklee yang Membantu Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Kebanyakan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi.

Air mani lelaki (sperma dan cecair nutrien) yang dikatakan berkualiti apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani.

Jadi, untuk membantu si suami menghasilkan sperma yang berkualiti dan berkuantiti, ia memerlukan suplemen atau makanan tambahan, iaitu:


VITAMIN E SHAKLEE + SELENIUM

Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif - Kajian telah mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Orang lelaki yang mengambil 600IU - 800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan jumlah sperma mereka.

Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. 

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


ZINC COMPLEX SHAKLEE

Untuk suami, sangat digalakkan mengambil zinc untuk meningkatkan kesuburan mereka. Zinc Complex penting untuk pengeluaran sperma dan memberi kekuatan kepada sperma.


Kekurangan zinc menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan pengurangan sperma yang sihat. Selain itu, pengambilan zinc complex pada jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga. 

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. 

Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.



Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul







Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = www.wasap.com/0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







No comments: