Friday, December 15, 2017

Anda Ingin Mengandung? Ini 6 Makanan Untuk Dimakan (Dan Dielakkan)!

Walaupun umur dan gen anda berpengaruh besar ketika “membuat” bayi, ada banyak faktor lain yang memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesuburan diri.
Untuk wanita yang ingin hamil, diet anda turut memainkan peranan penting, dan ia boleh memastikan kesihatan telur anda, dari persenyawaan hinggalah ke fasa implantasi.
“Walaupun tiada ‘makanan ajaib’ untuk kesuburan, makanlah makanan yang seimbang. Makanan yang penuh dengan nutrien dapat membantu meningkatkan kesuburan dan membuatkan anda merasa lebih tenang, walaupun dalam keadaan yang tidak terkawal.”
Itu kata Elizabeth Shaw, MS, RDN, CLT, seorang ahli diet dari San Diego dan pengarang bersama Fertility Foods.
“Diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat, penting dalam membantu mengurangkan tekanan, penyebab utama dalam ketidaksuburan.”
Walaubagaimanapun, pemakanan adalah salah satu teka-teki dalam isu kehamilan, dan penyelidikan yang dilakukan adalah masih dalam peringkat awal.
Tetapi, makanan mesra konseptual yang betul dapat meningkatkan kemungkinan anda untuk mengandung.
Inilah makanan yang perlu dimakan (dan dielakkan) untuk membantu anda hamil:

1. Tenusu penuh lemak

Berita baik: Anda boleh memakan produk tenusu penuh lemak tanpa rasa bersalah!
Penyelidikan menunjukkan bahawa wanita yang makan satu atau lebih hidangan produk susu setiap hari (susu penuh lemak, keju penuh lemak, yoghurt penuh lemak), adalah 27 peratus kurang berkemungkinan mengalami ketidaksuburan ovulasi.
Manakala wanita yang memakan dua atau lebih banyak hidangan tenusu rendah lemak (termasuk yogurt rendah lemak dan yogurt beku) sehari hampir dua kali ganda untuk gagal untuk ovulasi.
Inilah sebab mengapa produk tenusu lebih baik untuk anda, jika anda ingin hamil!
Bonus: Susu diperkaya dengan vitamin D, nutrien yang sukar diperoleh untuk pengeluaran hormon seks.

2. Karbohidrat yang lambat dicerna

Karbohidrat ada kebaikan dan keburukannya untuk kesuburan.
Biskut akan meninggikan insulin. Kek, roti putih, nasi putih, dan minuman manis akan membuang hormon dan ovulasi pun berkurangan.
Kebaikannya pula adalah, karbohidrat serat tinggi yang mengambil masa lebih lama untuk mencerna dan ia dapat meningkatkan kesuburan.
Dalam satu kajian, wanita yang dietnya mempunyai index glisemik tertinggi adalah 92 peratus lebih berkemungkinan mempunyai ketidaksuburan ovulasi daripada mereka yang mempunyai index glisemik yang rendah.
“Beberapa contoh terbaik bijirin penuh yang saya cadangkan dalam diet pemakanan kesuburan ialah quinoabijirin gandum 100 peratusamaranth dan couscous,” kata Shaw.
Bonus: Penyelidikan mengatakan kayu manis boleh menyeimbangkan gula darah dan meningkatkan sensitiviti insulin pada wanita dengan sindrom ovarium polisistik, jadi taburkannya pada oat anda.

3. Kekacang dan kacang merah

Cuba elakkan burger daging lembu dan cuba tambah lebih banyak kekacangdan kacang merah kepada diet anda.
“Penyelidikan menunjukkan bahawa protein berasaskan tumbuhan bermanfaat untuk meningkatkan kesuburan,” kata Shaw.
Bukan sahaja tumbuhan menjadi sumber protein yang menjimatkan kalori (indeks jisim badan yang sihat juga boleh meningkatkan peluang anda hamil), penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan protein haiwan yang tinggi dapat menjejaskan persenyawaan.
Jika anda ingin makan daging, cubalah memakan daging organik dari lembu yang diberi makan rumput segar untuk meningkatkan pengambilan makanan omega-3 yang menggalakkan kesihatan anda.
Bonus: Kacang juga merupakan sumber zat besi yang baik, bahan yang diperlukan untuk proses ovulasi.

4. Kacang dan biji

Kacang tanahbiji wijen, dan pistachios boleh membantu anda hamil.
Ini kerana ia mengandungi Coenzyme Q10 (CoQ10), iaitu antioksidan yang memainkan peranan langsung dalam pengeluaran tenaga dalam setiap sel dalam badan kita, termasuk telur.
“Ia dipercayai bahawa keupayaan telur untuk membuat tenaga akan berkurang apabila wanita menjadi lebih tua dan ini mungkin berkaitan dengan pengurangan CoQ10 dalam penuaan telur.”
Itu pula penerangan kata pakar kesuburan Kristin Bendikson, MD, pembantu profesor obstetrik dan ginekologi dalam Bahagian Endokrinologi Reproduktif dan Ketidaksuburan di Sekolah Perubatan USC Keck.
Kajian awal menunjukkan bahawa antioksidan dapat meningkatkan pergerakan sperma dan kualiti telur, dan mungkin juga membalikkan pembiakan reproduktif yang berkaitan dengan usia.
Sumber makanan lain termasuk daging, ikan, dan minyak canola.
Bonus: Kacang dan biji kaya zink, mineral penting bukan sahaja penting untuk pengeluaran sperma, tetapi juga untuk ovulasi.

5. Salmon yang ditangkap liar dari sungai

Vitamin D sememangnya penting untuk menjaga tulang yang sihat, tetapi adakah anda tahu yang tidak mendapat cukup Vitamin D pula dikaitkan dengan ketidaksuburan?
Salmon adalah salah satu sumber makanan yang terbaik.
Penyelidikan menunjukkan bahawa tahap rendah vitamin D boleh merosakkan peluang wanita hamil melalui persenyawaan in vitro (IVF).
Apa lagi, satu kajian oleh University of North Carolina mendapati bahawa mengambil lebih banyak vitamin D dapat meningkatkan mood dan reproduksi.
“Ia dianggap bahawa vitamin D mungkin mempunyai peranan dalam menyediakan rahim untuk implantasi embrio,” kata Bendikson.
Dia turut menerangkan yang vitamin D yang rendah juga dikaitkan dengan komplikasi kehamilan seperti hipertensi kehamilan dan diabetes.
Bonus: Salmon juga tinggi dalam asid lemak omega 3, lemak sihat yang dapat menggalakkan aliran darah ke rahim untuk kesuburan yang lebih baik.

6. Elakkan gula dan lemak trans

Elakkan donat yang dibungkus di supermarket, krim bukan tenusu, dan cinnamon roll pasar raya yang dibuat dengan minyak sayur-sayuran atau minyak hidrogenasi.
Makanan-makanan ini mencetuskan tindak balas keradangan di dalam tubuh anda yang dikaitkan dengan endometriosis dan ketidaksuburan, yang mempengaruhi ovulasi, pengeluaran hormon, dan implantasi!
Satu kajian mendapati bahawa setiap 2 peratus peningkatan dalam pengambilan lemak trans dibandingkan dengan pengambilan karbohidrat atau lemak tidak tepu (seperti avocado) dikaitkan dengan risiko peningkatan 73 peratus untuk ketidaksuburan ovulasi.
“Fikirkannya seperti telur anda berenang dalam sup keradangan!”
Terang Jaime Knopman, MD, ahli endokrinologi reproduktif, pengarah kesuburan pemeliharaan untuk Colorado Center for Reproductive Medicine, New York dan pengasas bersama Truly-MD.com.


Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...