Follow Us @soratemplates

Tuesday, July 24, 2018

ATASI MASALAH KULIT ECZEMA PADA KULIT BAYI

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 


SUMBER : BABYCENTER





Assalamualaikum. Hi Saya Ainul ibu kepada Ariana Maryam 1 tahun 3 bulan. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dan anak saya Maryam yang mempunyai masalah eczema pada pipi yang teruk
.

Pada umur Maryam 4bulan, pipi Maryam naik merah dan kering. Bila time panas lagi la kering dan sebab kan pipi dia makin merah dan berdarah.
.

Maryam sendiri tidak selesa. sering menggaru. menangis bila panas. Susah hati ibu melihat keadaan maryam masa itu
.

Pelbagai jenis cream yang saya telah sapu namun tidak sesuai untuk maryam. Ada sesetengah ubat ada bahan kimia dan saya takut nak letak di pipi maryam. Risau terkena tangan dia dan dia masukkan tangan ke mulut.
.

Akhirnya saya berjumpa cream Shaklee iaitu HERBAL BLEND. Saya tak risau nak sapu di pipinya sebab saya tahu bahan dalamnya adalah bahan semulajadi seperti jagung, rosemary.
.

Saya konsistent sapu di pipi maryam setiap hari. Setiap masa saya akan sapu pada pipi nya.
.

Masa Maryam berusia 11 bulan pipi maryam sudah tiada lagi merah, kering. Pipi nya makin bersih, putih dan cantik.
.

Hati ibu mana tak gembira kan..
.

Sehingga sekarang HERBAL BLEND adalah cream WAJIB ada di rumah saya dan pasti bawa ke mana mana.
.


Bagaimana mahu membeli vitamin ini?


Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: