Follow Us @soratemplates

Friday, July 1, 2016

Tip Terbaik Untuk Kulit Berseri

2:26 PM 0 Comments


Kini anda sudah bersih dari kepala hingga ke kaki, sudah tiba masanya untuk merawat kulit sebelum Raya! Walaupun puasa dapat membantu menyahtoksik kulit, tabiat harian anda secara tidak langsung boleh menghalang kulit daripada berseri. Apakah amalan yang perlu dipupuk supaya kelihatan menarik pada setiap hari?




01 : KEPERLUAN PENJAGAAN KULIT
Terdapat 3 keperluan penjagaan kulit yang mesti dimiliki oleh semua orang: Pembersih, Penyegar dan Pelembap. Pembersih menyingkirkan minyak dan kotoran pada muka tanpa mengeringkannya, manakala penyegar mengecilkan pori. Sementara itu pelembap melembapkan kulit dan meninggalkan satu lapisan pelindung pada kulit.

02 : PILIH PRODUK YANG BETUL
Ketahuilah jenis kulit anda - kering, berminyak, kombinasi atau kulit matang. Pilih rangkaian penjagaan kulit yang sesuai untuk kulit anda dan tidak mengandungi bahan-bahan kasar atau berbahaya seperti minyak mineral dan wangian tiruan. 

03 : PAKAI PELEMBAP SEBELUM MENGENAKAN ALAT SOLEK
Ini penting kerana lembapan yang tidak mencukupi boleh membuatkan solekan tidak sekata dan menyebabkan pori tersumbat. Apabila anda menggunakan pelembap yang baik, kulit akan kelihatan lebih licin, manakala solkean juga tahan lebih lama. 

04 : BERSIHKAN SOLEKAN SEPENUHNYA
Jika kulit tidak dibersihkan dengan sempurna, sisa-sisanya boleh menyebabkan jerawat dan bakteria pada permukaan kulit, yang menyebabkan cela, kulit kusam dan tekstur tidak sekata. Untuk pembersihan yang sempurna, guna prapembersih sebelum mencuci muka, terutama sekali jika anda menggunakan alat solek atau pelindung matahari atau sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar. 


Cadangan Madame untuk mendapatkan kulit berseri menjelang hari raya adalah dengan pemakaian SET NUTRIWHITE SHAKLEE.




Set Nutriwhite Shaklee dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.

Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih  dengan bahan bahan seperti rumpai laut, Alga hijau, dan strawberi begonia dan lain lain. 

Selepas 3 tahun saintis jepun dan amerika Shaklee bekerjasama mengkaji. 16 bahan semulajadi terbaik telah terpilih.

Antara Kelebihan dan kesan Nutriwhite Shaklee yang diperolehi pengguna dengan Penggunaan Set ini ialah

1. Membantu mengawal keradangan kulit
2. Pengurangan tompokan pada kulit
3. Memberi kelegaan pada kulit
4. Kulit semakin cerah dan menyelesaikan masalah pigmentasi
5. Melembapkan kulit dan memelihara kulit dari rosak
6. Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
7. Membuang toksin

Apa yang best tentang Set Nutriwhite ialah guna sikit je, satu calit menghasilkan buih yang sangat banyak. 

Memang sangat jimat dan murah harga nya.. Boleh cuci satu muka dengan sekali cucian.


Nak dapatkannya??
|
|
|
|
|
|


COD Area Ampang, Cheras dan Putrajaya

Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Putrajaya
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







SENI MENGEMAS

8:40 AM 0 Comments
Raya sudah dekat, sekarang adalah masa yang tepat untuk mengemas dan membersihkan rumah utnuk menyambutnya. Kita sering menyimpan cenderamata yang diterima dan akhirnya menimbun dan kadang-kadang, kita sukar untuk membuat keputusan sama ada ia kenangan berharga atau semata-mata barangan lama.



4 tips untuk mengemas rumah anda:


TIPS 01 : Sangat sentimental?

Banyak cenderamata disimpan sebagai barangan sentimental dan ada juga yang disimpan sekadar untuk situasi "manalah tahu". Jika anda jarang melihat cenderamata itu atau mencarinya, mungkin sudah tiba masa untuk membuangnya. 

TIPS 02 : Bilakah kali terakhir anda menggunakannya?

Lupuskan apa-apa barang yang anda tidak gunakan lebih daripada 6 bulan. Ia boleh jadi pakaian, perabot, barangan elektrik atau produk penjagaan kulit. Anda boleh memberikannya kepada orang lain, menjual barangan yang berharga secara dalam talian atau mendermakannya kepada badan amal. 

TIPS 03 : Apabila membeli barangan baru

Sebelum membuat pembelian, tanya diri sendiri berapa kerap anda akan menggunakannya dan fikir semula sama ada anda sudah mempunyai sesuatu yang serupa untuk mengelakkan daripada membuat keputusan mengikut gerak hati. Ini akan membantu mengelakkan rumah daripada bersepah dan mencegah anda daripada terlebih belanja. 

TIPS 04 : Bolehkah saya mengitarnya semula?

Kemas rumah anda dengan mengitar semula barangan. Botol plastik, kaca, CD lama, malah pakaian turut boleh dijadikan barangan perhiasan. Jadi kreatif dengan projek-projek DIY bersama anak-anak anda. 




Sambil anda mengemas, bersihkan rumah anda sepenuhnya dengan Get Clean dari Shaklee. Rangkaian pembersih GET CLEAN adalah Selamat, Berkesan dan Mesra Alam kepada si pengguna Shaklee. 







COD Area Ampang, Cheras dan Putrajaya

Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Putrajaya
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







Apa yang ada dalam minda anda?

8:01 AM 0 Comments
Apabila kehidupan semakin tergesa-gesa dan porak peranda, minda kita cenderung untuk berfikir yang bukan-bukan, menerewang dan menimbulkan perkara negatif ke dalam fikiran. Adalah penting untuk mengingati bahawa apabila pekerjaan, pelajaran, hubungan atau kehidupan keluarga menjadi terlalu mendesak dan penuh tekanan, kita perlu mengambil masa untuk menenteramkan diri, bertenang, dan menyegarkan semula fikiran selepas penat seharian.


10 Tanda Utama Tekanan

1. Insomnia atau kurang tidur

2. Sesak nafas

3. Mudah marah

4. Sakit kepala / keletihan

5. Haid yang tidak tetap

6. Akne/Jerawat

7. Sakit leher / Sakit belakang

8. Masalah gastrousus

9. Keguguran rambut

10. Mata menggerenyet atau bergerak-gerak.



7 LANGKAH MUDAH UNTUK MENGOSONGKAN FIKIRAN


LANGKAH 1: TARIK NAFAS PANJANG
Salah satu cara yang paling mudah untuk menenangkan perasaan apabila anda berasa tegang atau cemas ialah mengamalkan pernafasan teratur. Menarik nafas panjang dapat mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik, yang mencetuskan tindak balas relaksasi. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dalam kiraan 4, tahan nafas anda dan kira hingga 7 dan hembus nafas melalui mulut. Ulanginya 3-7 kali dan rasai tubuh anda akan mula tenang. 

LANGKAH 2: NIKMATI PERCUTIAN
Mengambil cuti bermakna keluar dari persekitaran biasa dan melakukan perkara-perkara yang anda suka. Bercutilah di tempat-tempat yang berhampiran atau berkhemah sahaja jika bajet anda tidak mengizikan. Bercuti bukan sahaja dapat membantu mengurangkan penyakit fizikal, tetapi ia boleh membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik apabila anda pulang nanti. Petua: jangan bawa kerja bersama anda, matikan smartphones anda!

LANGKAH 3: AMALKAN KEYAKINAN
Setiap hari, ada sahaja orang yang mahu menjatuhkan anda termasuk pengkritik yang paling teruk: diri sendiri. Amalkan pemikiran positif dengan bercakap baik tentang diri sendiri dan berikan pujian ikhlas kepada orang sekurang-kurangnya sekali sehari untuk menimbulkan suasana positif di sekeliling anda. 

LANGKAH 4: HARGAI DIRI ANDA SEBAIKNYA
Nikmati masa "saya" yang berkualiti bagi menghargai dan membelai diri sendiri. Hargai diri anda dengan perkara-perkara kegemaran anda-besar atau kecil-untuk sasaran yang berjaya di capai, namun paling penting, belajar untuk memaafkan diri sendiri atas kesilapan yang pernah dilakukan. 

LANGKAH 5: MENERUSKAN MINAT / HOBI
Mengembangkan pengetahuan dan meneroka kreativiti merupakan saluran yang baik untuk menyalurkan emosi dan tekanan - rawat rehat mudah dan segera dari beban kerja anda. Mulakan semula minat atau hobi anda, atau mencuba projek DIY, sukan berkumpulan atau membaca buku baru.

LANGKAH 6: BERSYUKURLAH
Menurut kajian, menunjukkan rasa terima kasih dapat menghapuskan emosi bertoksik seperti isri hati, penyesalan dan kebencian, di samping meningkatkan kebahagiaan dan mengurangkan kemurungan. Sama ada besar atau kecil, bersyukurlah segala-galanya dan kepada semua orang yang ada dalam hidup anda.

LANGKAH 7: MEMBINA HUBUNGAN YANG BERMAKNA
Mempunyai hubungan yang kukuh dengan rakan-rakan dan keluarga untuk menyokong anda melalui turun naik dapat meringankan beban. Ambil masa untuk membina hubungan yang lebih erat melalui perjumpaan, makan-makan atau perbualan. 


COD Area Ampang, Cheras dan Putrajaya

Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Putrajaya
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah