Follow Us @soratemplates

Wednesday, November 16, 2011

Pengurusan masa dengan bijak

Assalamualaikum w.b.t..
disebabkan sekarang ni agak tension dengan assignment yang berlambak, ak mencarik tips kat Mr Google buat kwn2 supaya menguruskan masa korang dengan baik..da hujung2 tahun nih, mmg ak phm sgt..mesti terkejar2 dengan assignment yg deadlinenya makin hampir kn..hahaha...kalo dlu buat bodoh je..bersuka ria..sekarang menangis laaaa...hahahaha....

Kepentingan Masa 

        Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran  banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:
                  "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
 



Pembahagian Masa 

        Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.
        Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah
    Masa hidup sebelum matiMasa sihat sebelum sakit Masa muda sebelum tua Masa kaya sebelum miskin Masa senang sebelum susah
Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.
 


Faktor-Faktor Pengurusan masa.  

Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:
    keluargarakan-rakan aktiviti yang tidak berfaedah pengaruh media massa sikap


**bahagian bawah ni yang ak rasa korang sangat perlukan..cara menguruskan badan...eehhh...cara menguruskan masa korang dengan baik..oke!!



Cara mengurus masa 

Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:
    senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya. elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah. agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti. buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.
Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik.
 

p/s: gud luck buat kawan2 yang sedang menyiapkan assignment oke...!!chaiyok2...fighting...!!


masa mcm air..sekali da mengalir, xkan patah balik..

No comments: