Follow Us @soratemplates

Monday, January 18, 2016

Bisa AIS..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



AIS? ICE?
Minum minuman berais adalah satu kegemaran yang saya tidak dapat tinggalkan sehingga kini. Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia. Baik sewaktu melepak atau di rumah pasti sahaja kita akan meminum air bercampur air batu. Jarang sekali yang melepak di warung akan ORDER air suam / panas. Ada, tapi jarang.. =)

Jikalau tekak terasa dahaga, air yang diminum tentu sekali air berais. Feberet Eyra Teh Ais, Milo Ais, Limau Ais.. hah, semua ais la.. Tapi sejak kaki asyik sakit kebelakangan ni, buat refleksologi. 

"U manyak minum ais ka?"
"Takde la banyak tapi ade minum jugak"
"U kene kulangkan minum ais ooo.. itu ais buat kaki u lagi sakit"
"Hah?? yke??"

Bisanya AIS ni kan..

Rupanya kesan buruk ais batu ni kepada badan kita amat memudaratkan sebenarnya, terutama sekali selepas kita makan. Air batu yang sejuk secara tak langsung akan membekukan makanan berminyak di dalam perut kita sekaligus melambatkan proses penghadaman. 

"Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa. Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas. Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, saya turut menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan.Penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan". kata Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib,


Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil.




Love,

Shaklee Independent Distributor
Pengedar Shaklee Cheras & Ampang.
Whatsapp 0132117436
ID : 1207294

No comments: