ASSALAMUALAIKUM W.B.T
PERTAMA :
Perlu tahu kitaran haid normal atau sebaliknya.
Kalau normal, maksudnya kena 29 atau 30 hari setiap bulan. Tapi kalau tak normal tu, bulan ni 29 hari, bulan depan 31 hari lepas tu 34 hari pulak. Tu maknanya TAK NORMAL la tu..Jadi, amat penting untuk anda merekodkan bila waktu anda mula period dan habis period.
KEDUA :
Perubahan suhu badan.
Kebiasaannya, bila dah 2-3 hari tamat tempoh ovulasi (subur), suhu badan akan meningkat 0.4 – 1.0 °C dalam bacaan BBT anda. BBT ni ialah “Basal Body Temperature”. Setiap hari, pada waktu yang sama, sebelum anda duduk di atas katil (atau terus bangun ke toilet), ambil dulu suhu badan anda dan catatkan pada BBT chart.
KETIGA :
Pantau cervical mucus (CM) anda.
CM ni adalah lendiran yang keluar di bahagian vagina. Pantau tahap kelekitan, warna, kuantiti setiap kali period cycle anda. Bermula daripada 3-4 hari selepas tamat tempoh period anda, anda boleh mula merasakan ia sedikit kering. Semakin dekat dengan tempoh ovulasi, CM anda akan semakin melekit, jernih (macam telur putih tu). Catatkan kondisi CM anda setiap bulan, dan anda boleh jangkakan bilakah waktu subur anda.
Gunakan OVULATION KIT
Ujian ovulasi ni kena buat setiap hari pada waktu yang sama bermula daripada hari ke-10 period cycle, sehinggalah anda “jumpa” positif ujian ovulasi. Sebaiknya, lakukan ujian ovulasi bermula jam 12 – 6 petang. Setiap hari, pada waktu sama. Kalau jam 2 tengahari, setiap hari anda buat ujian ovulasi pada jam 2 tengahari. Bila positif, anda digalakkan untuk bersama suami anda pada malam tersebut atau malam keesokannya.
Love,
No comments:
Post a Comment