Follow Us @soratemplates

Sunday, October 16, 2016

Cantik dengan Makanan Berkhasiat

Penjagaan kulit muka sebenarnya sangat berkait rapat dengan amalan pemakanan. Makanan yang berkhasiat memberi kesan positif terhadap kulit. Justeru, selain faktor persekitaran, adalah penting untuk anda mula menitikberatkan pemakanan untuk kesihatan kulit. 

Tanpa memerlukan belanja besar, mengamalkan pemakanan yang betul boleh membantu anda mendapatkan kulit wajah yang sihat. 

01 Buah avokado

Mengandungi anti oksida tinggi iaitu karetenoid untuk membantu mengurangkan kesan radikal bebas dan memulihkan kedut muka serta menambahkan kegebuan. Avokado juga mempunyai kandungan Vitamin C tinggi yang penting untuk elastin dan kolagen pada kulit. Ia juga tinggi dengan vitamin E yang mengurangkan kesan radiasi daripada sinar UVA dan UVB matahari. Selain itu, ia juga tinggi dengan magnesium yang penting untuk otot dan salur darah. 

02 Badam

Tinggi dengan zat lemak yang penting untuk mengekalkan kelicinan dan kelembutan kulit. Selain itu, ia juga tinggi serat dan membantu mengembalikan keanjalan kulit. Selain baik untuk kulit, badam juga adalah makanan yang penting untuk otak dan proses pemikiran. 

03 Walnut

Merupakan kacang yang tinggi dengan zat omega 3, yang penting untuk mengurangkan inflamasi dan membantu mengatasi masalah jerawat kulit, walnut mengembalikan kecerahan kulit, memastikan kulit sentiasa lembap dan membantu melindungi kulit daripada kesan UV. Ia juga mempunyai keupayaan untuk memulihkan kesan jerawat dan pigmentasi kulit. 

04 Minyak Kelapa Dara

Boleh disapu pada kulit badan (kecuali kulit muka) untuk mengekalkan kelembapan, membantu mengurangkan masalah kulit kering dan kusam. Ia juga boleh diminum, sesudu besar sehari membantu mengurangkan berat badan, membersihkan usus dan menguatkan sistem imun badan. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai make up remover terutamanya yang digunakan pada bahagian mata. 

05 Air

Kebanyakan daripada kita kurang minum air. Walaupun semua tip kesihatan seperti yang disyorkan dipatuhi, namun sekiranya badan kurang kandungan air, kebanyakan proses pembuangan sisa toksik dari badan tidak akan berjalan lancar. Ini menyebabkan kandungan toksik yang tinggi dalam badan dan antara kesan utama dalah jeragat kulit, kekusaman kulit, kedut pada muka dan muka kurang cerah. Untuk memastikan fungsi optimum, organ badan, dinasihatkan untuk minum dua hingga tiga liter air sehari bergantung pada saiz dan aktiviti harian. 

ELAK MAKANAN MUDARAT

Selain menambahkan makanan seperti di atas, perlu juga mengelakkan atau mengurangka beberapa jenis makanan untuk mengekalka keanjalan dan kecerahan kulit. Berikut antara makanan yag boleh memudaratkan kesihatan kulit. 

01 Gula 

Karbohidrat ringkas meninggikan proses inflamasi badan dan merupakan faktor penting timbulnya jerawat di kulit muka. Mempercepatkan proses penuaan dari segi pengurangan kolagen dan elastin di kulit, menyebabkan kulit cepat kedut dan hilang keanjalan. Antara contoh makanan yang tinggi gula ringkas adalah minuman berkarbonat, gula dari susu pekat dan sebarang jenis gula tambahan yang kerap digunakan dalam makanan terproses. 

02 Lemak trans

Lemak yang diproses dan tidak semula jadi, untuk mengekalkan jangka hayat makanan yang diproses. Lemak ini tidak baik dan memudaratkan kesihatan. Berbeza daripada lemak semula jadi yang mempunyai kebaikan yang tinggi, lemak trans meninggikan proses inflamasi badan dan merupakan antara faktor utama masalah jantung. Antara makanan yang mengandungi lemak trans adalah marjerin dan alternatif yang baik adalah mentega susu. 


ESP : Semua dalam satu




Selain mengamalkan pemakanan yang berkhasiat yang juga dikhuatiri telah terdedah dengan faktor-faktor persekitaran, alangkah baik jika mencuba makana yang berkhasiat dan berkualiti.


Kini, banyak bahan-bahan soya yang digunakan dalam produk penjagaan kulit, biasanya dalam bentuk Genistein iaitu sejenis isoflavon soya. Sebab itulah mengapa isoflavon soya banyak dimasukkan ke dalam sesetengah pelembap dan krim malam: ia mencerahkan kulit, mengurangkan bengkak dan kemerahan, meningkatkan pengeluaran kolagen dan meratakan ton kulit. Ini kerana soya mengadungi phytoestrogen dan antioksidan yang amat penting dalam penjagaan kulit.
esp shaklee untuk kulitAda satu kajian baru di Jepun menunjukkan bahawa suplemen soya mengandungi S-equol, sebatian yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapai, digunakan untuk mengelakkan kemunculan kedutan di sudut-sudut yang mata. S-equol sebenarnya dibuat dalam tubuh manusia sebagai by-product daripada pencernaan soya, tetapi ramai orang sudah kurang flora usus yang diperlukan untuk menghasilkannya.Menurut kajian itu juga, para peserta menunjukkan sedikit perubahan pada kedutan di wajah mereka.
Atas kebaikan dan kajian yang dijalankan di atas, ESP Shaklee boleh membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan flawless gitteww.

Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke www.shaklee2u.com.my ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







No comments: