Follow Us @soratemplates

Saturday, November 19, 2016

Tidur pun boleh kekal langsing

Kebanyakan orang beranggapan bahawa olahraga, bersenam dan diet adalah salah satu cara untuk kekal langsing. Tetapi pada masa yang sama, ramai juga kurang sedar bahawa melalui tidur yang cukup dan berkualiti turut membantu kamu untuk terus kekal dengan tubuh ideal dan menawan.


 
Tak Cukup Tidur Punca Lapar?
Ia adalah normal sekiranya kamu bangkit daripada tidur dan berasa lapar. Tetapi kondisi lapar tersebut akan membuatkan kamu tidak dapat mengawal nafsu makan sekiranya kamu tidak cukup tidur. Hasilnya kamu akan bangun dan terus mengisi perut sepuas-puasnya. Berbeza sekiranya kamu sudah cukup tidur kerana perut akan merasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama serta keinginan untuk makan tetap ada tetapi keinginan tersebut tidak melampau seperti saat kamu kurang tidur.
 
Tidur vs Nafsu Makan
Tidur yang cukup mampu mengimbangi dan melaraskan fikiran kamu dalam menentukan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat. Kamu tidak akan mengambil makanan mengikut sesuka hati dan nafsu kamu semata-mata sebaliknya kamu lebih sedar dan berdisiplin dalam memilih makanan tersebut.
 
Mood Lebih Baik?
Tahukah kamu tidur yang cukup juga mampu mempengaruhi mood kamu. Sekiranya kamu kurang rehat mahupun kurang tidur, kamu akan merasa malas dan lemah untuk menjalani aktiviti seharian. Tetapi ketika kamu sudah cukup tidur, segala cas dan tenaga telah terisi dengan penuh menjadikan kamu mood kamu lebih baik, ceria, lebih aktif dan bersemangat. Sekiranya tidak mempunyai mood, terdapat segelintir yang gemar memilih jalan mudah iaitu dengan makan. Bahananya, berat kamu pasti bertambah.
 
Proses Pencernaan
Kesukaran membuang air besar bukan sahaja disebabkan kekurangan serat malah tubuh yang stres juga mampu mempengaruhi masalah ini. Salah satu faktor terjadinya stres ialah apabila kamu kurang tidur dan istirahat. Jadi, pastikan kamu menitik beratkan soal tidur supaya masalah pencernaan dapat diatasi.
 
Tidur Untuk Recharge 
Keinginan berolahraga, bersenam dan berdiet bukan disebabkan bosan dan malas tetapi tubuh berteriak keletihan dan kepenatan. Salah satu faktor terjadinya perkara sebegini adalah kurang rehat dan tidak cukup tidur. Hasilnya, lemak dan kalori di dalam tubuh tidak dapat dibakar dan bagaimana berat badan akan turun sekiranya kamu terus membiarkan lemak tersebut bermaharajalela di dalam tubuh kamu! 
 
Jadi tunggu apa lagi, padamkan lampu, jauhkan gajet dengan kamu seketika, tarik nafas setenangnya, lupakan segala masalah dan lelaplah mata kamu untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

Dapatkan tidur yang sempurna dan lena. 

Dari pandangan pakar nutrisi, beberapa kajian mendapati terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam.

James F. Balch seorang doktor dan penulis buku Prescription for Nutritional Healing memberitahu:
" Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga"

Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur.

Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal,penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah tertinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement).

 Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

Willian Sears, seorang doktor memberitahu
"Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophanuntuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur"

Kekurangan Magnesium Menyebabkan Insomnia


Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur.

Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota. 

Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.

sumber : http://www.medicalnewstoday.com/releases/163169.php


Kenapa Ostematrix?



Kenapa kita memilih Ostematrix untuk tidur yang lebih lena dari jenama lain? Kerana Ia mempunyai

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

\

Dapatkan Ostematrix anda hari ini dengan hanya RM60 untuk 120biji. Hubungi saya hari ini.


Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







No comments: