Follow Us @soratemplates

Sunday, December 4, 2016

Cara elak tekanan darah tinggi waktu hamil





Masalah tekanan darah tinggi tidak harus dianggap remeh kerana penyakit ini sebenarnya berbahaya kerana boleh menjadi punca KEMATIAN IBU, JANIN atau KEDUA-DUANYA sekali. Menurut statistik, sejumlah 3 hingga 10 peratus wanita akan menghadapi risiko ini ketika hamil. Di Malaysia, kes sebegini dilaporkan semakin meningkat saban tahun. Atasi masalah ini sebelum ia menjadi kronik. 

Selain menggunakan preskripsi ubat-ubatan, ibu juga boleh menggunakan cara alternatif bagi menurunkan tekanan darah. Pelbagai petua tradisional daripada generasi terdahulu juga boleh dicuba. Jom lakukannya, kerana ia lebih selemat dan tidak melibatkan bahan kimia. Ibu tetap diminta mendapatkan pandangan doktor sebelum mencuba khuatir akan mengganggu perkembangan janin dan kesihatan diri. 


01. Ambil jus segar campuran belimbing dan epal hijau pada waktu pagi dan malam.

02. Minum air rendaman cincau sebanyak seliter sehari.

03. Saderi juga boleh menurunkan tekanan darah. Ambil sebagai snek atau ulam. Kisar empat batang saderi dengan sebiji epal hijau untuk dijadikan jus dan minum.

04. Air kelapa dalam kuantiti sederhana (satu hingga dua gelas) setiap hari boleh bertindak meredakan tekanan darah tinggi. Tetapi elakkan air kelapa pada trimester pertama untuk mengelakkan keguguran. 

05. Selain saderi, timun juga boleh diambil sebagai jus, salad atau ulam tanpa kesan sampingan.

06. Jus ekstrak delima boleh menurunkan tekanan darah. Ambil dalam kuantiti kecil.

07. Amalkan membaca al-Quran setiap hari berupaya mengurangkan tekanan darah. Jika terdapat kekangan masa, dengarkan bacaan al-Quran menggunakan telefon pintar atau ketika bekerja dan memandu.

08. Madu juga memiliki kesan melenturkan pembuluh darah dan membantu mengurangi tekanan darah dari jantung. Minum satu atau sudu makan madu semasa perut kosong. Elakkan petua ini jika ibu mempunyai diabetes.

09. Makan empat ulas bawang putih secara mentah. Tetapi bagi ibu uang dijadualkan akan melahirkan secara pembedahan atau sedang berada trimester terakhir, elakkan mengambil bawang putih berlebihan kerana ia boleh mencegah pembekuan darah. 

10. Amalkan memakan satu hingga dua biji pisang sehari. Elakkan pisang jika ibu ada diabetes. 

11. Kismis dan bijirin oat juga boleh dimasukkan dalam menu harian untuk kawalan tekanan darah yang berkesan.

12. Tembikai boleh dimakan setiap hari sebagai snek. Selain itu, ambil sebanyak dua sudu biji tembikai dan boleh meredakan tekanan darah tinggi. Caranya keringkan ia dan kisar halus. Masukkan ke dalam air masak dan minum.

13. Minum air asam jawa dua kali sehari (pagi dan malam) selama seminggu. Caranya dengan mencampurkan setengan cawan air dengan sedikit pes asam jawa. 

14. Ambil tiga biji buah belimbing buluh. Potong kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. 

15. Mengambil suplemen tambahan untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap seperti B COMPLEX, GARLIC COMPLEX, OMEGA GUARD, OSTEMATRIX.

Tidak semua orang mampu mendapatkan nutrisi lengkap dalam pemakanan seharian dan tidak semua nutrien yang kita ambil dari makanan akan dapat diserap ke dalam tubuh badan kita. Suplemen tambahan dangat diperlukan terutama semasa hamil untuk memenuhi keperluan diri dan bayi di dalam kandungan anda. Ia bertujuan untuk memenuhi lompong-lompong nutrisi yang tubuh perlu tetapi anda tidak dapat dari pemakana seharian. 

===================================================




B COMPLEX : Membantu meredakan tekanan dan stress. Stress adalah punca terjadinya tekanan darah tinggi. Ia juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan segera. 




OMEGA GUARD : Membantu menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah, menghindar pembekuan darah dalam salur darah, mengawal masalah obesiti, mencegah penyakit salur darah dan stroke dan membantu mengawal tekanan darah normal. 




OSTEMATRIX : Membantu meringankan tekanan dan stress, mengimbangi tekanan darah dan denyutan jantung, sebagai penenang kepada saraf.




GARLIC COMPLEX : Membantu menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular. Menurunkan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah. 




Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







No comments: