Follow Us @soratemplates

Thursday, November 2, 2017

TANDA-TANDA PENYAKIT TIROID DAN CARA MENGATASINYA

APAKAH HYPERTHYROID?
Hyperthyroid bermaksud kelenjar tiroid kita mengeluarkan lebih hormon tiroid. Kelenjar tiroid terletak dibahagian hadapan leher kita. Berfungsi untuk mengawal metabolisma, memberi keupayaan kepada tubuh untuk memproses makanan kepada tenaga. Ia juga memberi kesan kepada jantung, otot, tulang dan kolestrol.

SIMPTOM-SIMPTOM HYPERTHYROID
Anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom. Atau:
  • Anda mungkin merasa gementar, tiada mood, lemah dan letih
  • Tangan menggeletar, jantung berdegup pantas atau mengalami kesukaran bernafas
  • Kepanasan dan berpeluh, kulit menjadi kemerah-merahan dan gatal
  • Mengalami keguguran rambut
  • Hilang berat badan walaupun tetap mengambil pemakanan seperti biasa
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, sila berjumpa doktor. Tanpa rawatan, penyakit tiroid @ hyperthyroid boleh menyebabkan masalah jantung, tulang dan yang lebih bahaya adalah thyroid storm…. ni dah kira tiroid tahap paling teruklah.
BAGAIMANA HYPERTHYROID DIDIAGNOS?
Doktor akan bertanya tentang simptom yang anda alami dan melakukan pemeriksaan fizikal. Selepas itu, ujian darah akan dilakukan bagi mengetahui kandungan hormon tiroid di dalam tubuh anda.
BAGAIMANA HYPERTHYROID DIRAWAT?
Jika simptom yang anda alami mengganggu anda, doktor mungkin akan memberikan anda pil yang dipanggil beta-blockers. Ini dapat membantu anda untuk merasa lebih selesa. Hyperthyroid boleh menyebabkan masalah lain yang lebih serius, walaupun simptom anda tidak mengganggu, rawatan tetap diperlukan.
Selepas rawatan, ujian darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Ujian ini untuk memastikan yang hyperthyroid tidak berulang. Doktor juga perlu memastikan yang tubuh anda mengeluarkan hormon tiroid yang secukupnya. Kadangkala rawatan berjaya merawat hyperthyroid tetap boleh juga menyebabkan masalah sebaliknya dimana hormon tiroid menjadi terlalu sedikit. Jika ini terjadi, anda mungkin perlu mengambil pil hormon tiroid untuk seumur hidup.
KEKURANGAN NUTRISI DISEBABKAN MASALAH TIROID BOLEH DITAMPUNG DENGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN BERIKUT:
  1. Vitamin C
  2. Vitamin E
  3. Vitamin D
  4. Vitamin A
  5. B-Complex
  6. Kalsium / magnesium
  7. Zinc
  8. Selenium
  9. Omega-3
  10. Vivix
*** Jangan ambil suplemen iodine melainkan atas nasihat doktor.
HERBA – Sila rujuk doktor anda sebelum ingin mengambil produk herba untuk masalah tiroid.
Antara produk herba yang boleh membantu didalam masalah hyperthyroid adalah:-
  • Teh hijau (gunakan produk bebas kafein)
  • Lemon balm
Pesakit tiroid perlu elakkan herba berikut:-
  • Bladderwrack (Fucus vesiculosus)
  • Ashwaganda (Withania somminfera)
  • Produk teh hijau berkafein dan ginseng Cina atau Korea (Panax ginseng)
Nota tambahan: Masalah tiroid semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi serius. Sesetengah penghidap hyperthyroid mengalami penurunan kepadatan tulang.
Lebihan hormon tiroid boleh menyebabkan banyak sistem tubuh menjadi cepat. Kita akan kehilangan berat badan secara mendadak, degupan jantung yang laju, berpeluh, rasa berdebar dan hilang mood. Atau kita mungkin juga tidak mengalami sebarang simptom.
Hyperthyroid boleh dirawat dengan mudah dan penghidap hyperthyroid boleh kembali hidup sihat. Jika tidak dirawat, hyperthyroid boleh membawa kepada masalah jantung yang serius, masalah tulang dan satu keadaan yang merbahaya yang dikenali sebagai ‘thyroid storm’.
PUNCA TERJADINYA PENYAKIT TIROID (HYPERTHYROID)
Hyperthyroid biasanya berpunca daripada Grave’s disease. Ia terjadi apabila sistem pertahanan semulajadi tubuh menyerang kelenjar thyroid. Kelenjar tiroid melawan semua dengan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid. Seperti masalah tiroid lain, ia adalah keturunan.
sumber


Bagaimana mahu membeli vitamin ini?


COD Area Ampang, Cheras dan Sentul







Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: