Follow Us @soratemplates

Wednesday, January 17, 2018

PENYAKIT JANTUNG DALAM KEHAMILAN

Kehamilan menyebabkan beban kerja jantung bertambah. Dalam 3 bulan pertama kehamilan wanita isipadu darah meningkat sebanyak 40 hingga 50 peratus. Jumlah ini kemudian kekal tinggi bagi 6 bulan seterusnya. Jumlah darah yang dipam  keluar setiap  minit meningkat 30 hingga 50 peratus. Kadar denyutan jantung juga meningkat sebanyak 10 hingga 15 denyutan seminit.


Jantung perlu bekerja keras untuk membekalkan darah dan nutrien kepada uri, rahim dan janin yang semakin membesar. Oleh kerana kehamilan memberi beban kerja yang berat pada jantung, sesetengah wanita yang mempunyai jantung yang sihat menghadapi masalah semasa hamil. Risiko meningkat di kalangan wanita yang gemuk, mereka yang mengalami kehamilan selepas 35, mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi. Walaupun tidak ada pemeriksaan standard bagi kategori risiko ini, ujian penyakit jantung perlu diperkenalkan terutamanya bagi wanita yang berisiko tinggi.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit jantung  seperti penyakit jantung kongenital  atau gangguan injap jantung, kehamilan boleh menimbulkan risiko masalah kesihatan yang serius.
Keabnormalan Jantung Semasa Hamil
Deruan Jantung ( “Murmurs”)
Deruan jantung mungkin berlaku pada sesetengah wanita yang sihat buat pertama kalinya semasa mengandung. Deruan jantung adalah bunyi luar biasa yang berlaku semasa jantung mengepam darah. Ia tidak menghasilkan sebarang gejala dan doktor hanya boleh mendengar melalui stetoskop. Kebanyakan deruan jantung adalah tidak merbahaya dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun doktor perlu menyiasat keadaan jantung dengan teliti. Kadang-kadang deruan  jantung yang tidak normal boleh dikaitkan dengan penyakit injap jantung.
Aritmia
Hampir 50 peratus daripada wanita mempunyai denyutan jantung yang tidak normal dipanggil aritmia jantung semasa mengandung. Sebahagian besar aritmia tidak menyebabkan gejala dan hanya dikesan apabila doktor mengambil nadi pesakit. Aritmia boleh menyebabkan gejala pening atau berdebar-debar. Elektrokardiogram (ECG) atau  monitor Holter 24 jam boleh disyorkan supaya rentak jantung dapat dipantau. Pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan, hanya pemantauan. Jika gejala berterusan atau menjadi lebih teruk, rawatan aritmia seperti ubat “ anti – aritmia” boleh diberi.
Palpitasi jantung
Palpitasi  jantung adalah sensasi atau kesedaran denyutan jantung anda sendiri yang berlaku dengan kuat atau cepat. Ini berlaku di kalangan wanita hamil kerana perubahan hormon dalam badan. Kebanyakan palpitasi jantung adalah tidak merbahaya dan tidak  membimbangkan. Namun demikian ia mungkin satu petunjuk anemia dalam kehamilan atau aritmia.
Darah Tinggi
Terdapat beberapa jenis penyakit darah tinggi yang boleh berlaku semasa kehamilan. Seorang wanita mungkin mengandung dengan sejarah penyakit darah tinggi  yang sedia ada (dikenali sebagai penyakit darah tinggi kronik). Pesakit juga boleh menghidap penyakit darah tinggi semasa mengandung.
Penyakit darah tinggi sementara adalah penyakit  darah tinggi berlaku semasa mengandung, berterusan selepas bersalin tetapi  hilang dalam tempoh 12 minggu selepas bersalin.
Tekanan darah tinggi juga boleh melonjak secara tiba-tiba ketika hamil. Keadaan ini  merupakan tanda komplikasi kehamilan yang lebih serius yang dipanggil preeklampsia. Jika tekanan darah anda menjadi terlalu tinggi (lebih tinggi daripada 160/100 mm Hg) semasa mengandung, doktor anda akan memberikan  ubat tekanan darah.
Strok Semasa Mengandung
Risiko  strok meningkatkan 2.5 kali ganda semasa dan selepas kehamilan. Kira-kira 90 peratus daripada semua strok berkaitan kehamilan berlaku semasa bersalin atau dalam masa 6 minggu selepas bersalin. 45 peratus strok adalah disebabkan oleh pra-eklampsia atau eklampsia.  Risiko strok iskemia adalah 8.7 kali lebih tinggi dalam 6 minggu pertama selepas bersalin. Risiko strok pendarahan adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi daripada biasa semasa mengandung tetapi 28 kali lebih tinggi dalam masa 6 minggu selepas bersalin. Namun demikian, secara keseluruhan risiko strok berkaitan kehamilan masih rendah.
Peripartum Cardiomyopathy
Ini adalah suatu keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan lemah jantung dalam bulan terakhir kehamilan sehingga tempoh 5 bulan selepas bersalin. Puncanya masih tidak diketahui. Walaupun jantung boleh kembali normal ia dikaitkan dengan peningkatan risiko komplikasi semasa kehamilan.
Bolehkah saya hamil jika saya mempunyai penyakit jantung sedia ada (pre existing)?
Perundingan pra-kehamilan
Jika anda mempunyai penyakit jantung yang sedia ada dan merancang untuk hamil; anda perlu menjalani perundingan pra-kehamilan dengan seorang pakar jantung.
Pakar obstetrik  dan pakar jantung perlu bersama-sama menyelaraskan rawatan secara tetap.
Masa kini dengan rawatan dan  penjagaan pranatal yang baik, ramai wanita dengan pelbagai jenis penyakit jantung dapat melahirkan bayi yang sihat dengan selamat. Namun demikian sesetengah jenis masalah jantung berisiko sangat tinggi dan kehamilan masih tidak digalakkan. Ini termasuk kelemahan jantung kongestif yang teruk, tekanan darah tinggi pulmonari dan sindrom Eisenmengers (yang menyebabkan tahap rendah oksigen kepada organ-organ).
Rawatan penyakit jantung semasa hamil
Jika anda merancang kehamilan anda dengan berhati-hati serta berunding dengan kedua-dua pakar kardiologi dan pakar obsteterik, anda akan dapat hamil dengan selamat. Doktor anda akan menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh. Ini termasuk beberapa ujian diagnostik seperti ekokardiogram untuk menilai keadaan keseluruhan jantung anda. Beliau juga akan membincangkan masalah yang mungkin berlaku dan memberitahu anda apa gejala yang anda perlu perhatikan.
Sesetengah ubat mungkin tidak selamat untuk terus diambil semasa hamil. Doktor akan memberikan ubat yang berbeza atau memberikan dos yang disyorkan lebih selamat. Anda perlu menjangka bahawa lawatan pranatal anda adalah lebih kerap dari biasa dan meluangkan masa secukupnya  untuk rawatan.

Set Kesihatan Jantung & Vivix Shaklee.


Fungsi -fungsi CoQ-Trol Plus

  • Tenaga kepada sel, supaya jantung dapat berfungsi dengan baik
  • Mengurangkan kesan sampingan pengambilan statin
  • Menggalakkan pengeluaran enzim CoQ10
  • Melindungi arteri daripada kerosakan akibat oksidasi LDL





Fungsi Omegaguard

1. Melindungi jantung kerana ia membekalkan asid lemak omega -3
2. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.


Promo Jan 2018 - Beli 3 LESS 5%

Fungsi Vivix


1.Melindungi jantung.
2.Menghalang pengoksididaan LDL.
3.Mengurangkan pelekatan antara platlet ( respon anti-radang)
4.Merencat sel kanser dari menjadi semakin serious.

Bertindak segera dapat mencegah serangan jantung .... mencegah lebih baik dari merawat.



COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: