KULIT merupakan tisu nipis yang membaluti keseluruhan tubuh manusia. Selain organ terbesar, kulit memiliki pelbagai lapisan tisu untuk melindungi bahagian asas seperti organ dalaman, otot, tulang, dan ligamen.
Turut berfungsi sebagai pelindung badan daripada pelbagai ancaman, kulit juga merupakan organ tubuh yang mudah bertindak balas secara langsung dengan elemen-elemen luar seperti cuaca, sinaran matahari, haba dan suhu.
Tindak balas ini menyebabkan kulit secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai persekitaran yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan.
Apa yang membimbangkan dalam situasi ini, kanak-kanak lebih terjejas kerana kulit mereka lebih nipis jika hendak dibandingkan dengan kulit orang dewasa.
Kanak-kanak lebih terjejas kerana kulit mereka lebih nipis |
Ia juga punca terjadinya salah satu penyakit kulit paling kerap, ekzema dan boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, jantina mahupun kaum.
Apa kata pakar?
Menurut Pakar Kulit, Procare Dermatology, Dr. Sharon Gopalan, arus pemodenan hari ini menyebabkan penyakit ekzema menjadi penyakit biasa yang dialami masyarakat umum.
Ini kerana arus pemodenan menyaksikan segala-galanya tidak lagi ‘asli’ yang mengakibatkan kesihatan semakin merosot bukan hanya kulit tetapi dari semua segi.
“Tidak dinafikan, arus pemodenan hari ini banyak membawa perubahan termasuklah kesihatan setiap masyarakat umum kerana segala-galanya mengandungi bahan kimia.
Benarkah EKZEMA boleh membawa maut?
Penyakit ekzema ia bukanlah satu penyakit yang boleh membawa maut tetapi mampu mendedahkan penghidapnya kepada pelbagai jangkitan lain. Paling membimbangkan apabila berlaku kepada kanak-kanak kerana sistem imunisasi mereka belum matang dan bilangan itu semakin tinggi.
Bagaimana EKZEMA berlaku?
Bercerita lebih lanjut mengenai penyakit ekzema ini, Dr. Sharon menjelaskan, ia berlaku apabila keadaan kulit penghidap kering dan menjadi gatal, yang berpunca daripada faktor genetik dan persekitaran seperti habuk, makanan, bahan kimia, cuaca, tekanan, bakteria dan pencetus alahan.
Beritahunya lagi, apabila berlakunya ekzema, kulit penghidap akan menjadi gatal, kemerah-merahan serta berair dan berdarah jika bayi atau kanak-kanak itu menggaru. Bahagian yang mudah terkena ekzema seperti pada muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan lutut.
Kesan EKZEMA?
Dr. Sharon berkata, walaupun penyakit ekzema kedengaran tidak berbahaya, penyakit yang menyebabkan kulit menjadi kemerahan, kering, bersisik dan sangat gatal itu, mampu mengganggu psikologi golongan kanak-kanak. Berjuta-juta kanak-kanak menderita akibat ekzema di seluruh dunia, namun sehingga kini tiada satu pun ubat atau rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit itu sepenuhnya.
Berbicara lebih lanjut mengenai rawatan yang sewajarnya untuk pesakit ekzema, Dr. Sharon menjelaskan, rawatan untuk setiap pesakit adalah berbeza dan berubah mengikut usia serta tahap serius masalah yang dihidapi.
Ekzema tidak boleh sembuh dengan sekelip mata tetapi boleh dikurangkan melalui rawatan dan pengurusan yang betul.
Justeru, pesakit perlu sentiasa dalam keadaan hidrat serta kerap menggunakan krim pelembap dan ubat yang disarankan doktor serta mengelak atau menghapuskan faktor pencetus ekzema.
Krim membekalkan kelembapan pada kulit di samping memainkan peranan penting dalam mengurangkan keradangan ekzema. Misalnya kalau kulit berminyak, jangan guna pelembap yang berminyak, tetapi pilih jenis losen kerana ia memiliki asas air dan tidak menyekat liang roma. Sebaliknya jika memiliki kulit kering, pilih pelembap jenis krim yang berminyak, tetapi jika anda mempunyai kulit yang terlalu kering, pilih krim yang lebih berminyak.
Sesetengah krim pelembap mempunyai ciri khas untuk menangani ekzema di kawasan kulit yang paling gatal dan buat masa ini, krim peranti perubatan adalah agen terkini untuk membantu menguruskan ekzema secara berkesan.
Bagaimanapun, Dr. Sharon menyatakan, ibu bapa atau pesakit tidak boleh hanya bergantung kepada penggunaan krim pelembap semata-mata, sebaliknya mendapatkan nasihat serta kaedah rawatan kombinasi yang bersesuaian dengan pesakit.
Bagaimana tangani ekzema?
Cara 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.
Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,
Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah
No comments:
Post a Comment