Follow Us @soratemplates

Sunday, June 4, 2017

Vitamin C tanpa perlu suntikan



Tindakan Kementerian Kesihatan mengharamkan pusat kecantikan memberi suntikan vitamin C dan suntikan lain kepada pelanggan adalah tepat. Pemberian perkhidmatan suntikan oleh golongan bukan profesional boleh mengundang padah kepada pengguna.
Kehendak pengguna yang menginginkan kulit menjadi putih dan gebu dalam masa singkat menyebabkan suntikan itu menjadi semakin menular terutama cecair yang dibeli dengan harga murah daripada pengilang yang tidak diketahui mempunyai kelulusan sah.
Pengguna tidak diberikan penjelasan dari sudut profesion seorang doktor mengenai kesan sampingan juga faedah yang perlu dijelaskan dengan lanjut sebelum sesuatu rawatan diberikan.
Sebarang produk bahan kimia yang diberikan melalui suntikan perlu mempunyai kertas keterangan lanjut mengenai produk mereka.
Dos yang boleh diberikan, kesan sampingan dan sebagainya perlu dijelaskan di dalam lampiran produk. Setiap bahan kimia yang disuntik dalam salur darah akan memasuki pembuluh darah dan dibawa ke jantung. Dari jantung ia akan dipam ke bahagian badan termasuklah organ penting seperti buah pinggang, hati juga otak.
Fungsi buah pinggang dan hati sebagai penapis bahan kimia yang memasuki badan. Jika dos melebihi paras berbahaya, kesan jangka masa panjang tidak dapat dielakkan. Ia boleh menyebabkan buah pinggang dan hati menjadi rosak dan gagal berfungsi.
Kegagalan buah pinggang dan hati adalah sesuatu yang tidak boleh diperbetulkan dan tiada rawatan khas menyebabkan toksik dalam badan berkumpul dan memudaratkan organ lain. Simptom pengumpulan toksik dalam badan dan buah pinggang rosak serta hati ialah seperti bengkak kaki, tangan dan perut menjadi kembang serta buncit.
Kulit pesakit boleh menjadi kuning, bersisik dan gatal seluruh bahagian badan. Pesakit juga sukar membuang air kencing atau air kencing berkurangan. Lebih merisaukan ia boleh menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas, sakit dada dan akhirnya koma akibat gangguan fungsi otak disebabkan oleh pengumpulan toksik yang tinggi.
Jika lewat mendapat rawatan, mungkin berlaku kematian. Untuk memastikan keadaan buah pinggang dan hati adalah terkawal, ujian darah boleh dilakukan. Seterusnya ujian ultrasound dapat melihat saiz hati dan buah pinggan sama ada ia masih normal, bengkak ataupun sudah mengecut.
Melalui ujian darah itu, jika buah pinggang gagal berfungsi, pesakit mungkin perlu menjalani rawatan dialisis. Lebih menyedihkan jika pesakit akan terus bergantung kepada rawatan dialisis sepanjang hayat. Tiga kali seminggu dan empat jam setiap kali dialisis perlu dilakukan.
Sebelum masalah yang tidak diingini berlaku, pengguna hendaklah bertindak bijak dalam menentukan masa depan keluarga dan kesihatan. Bagi mereka yang menjual produk cecair suntikan ini, perlu ada rasa bertanggungjawab atas kesihatan individu lain. Rujuklah kepada doktor mengenai produk yang diberikan dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata.
Bagi jururawat yang mengambil upah di pusat kecantikan, anda hendaklah bersikap profesional dalam menjalankan tugas bukan hanya mendapat imbuhan atas suntikan yang dilakukan.

Cantik vs SR Vita-C Shaklee

Tapi apa kaitan “cantik” dengan Sustained Release Vita-C Shaklee ni? dan apa sebenarnya fungsi Vitamin C ni untuk cantikkan kulit kita? Dah nak raya ni pasti semua nak kulit cantik, cerah dan gebu kan masa raya nanti kan ? Semua orang boleh cantik, jom bongkar rahsia macam mana nak dapatkan kulit cantik hanya dengan Vitamin C.
Sofea pernah terbaca salah satu artikel rahsia orang yang kulit putih gebu ni rupanya dia ada amalkan pengambilan Vitamin C. Patut lah kulit cantik flawless je kan. Tak kurang juga yang mengambil Vitamin C dengan cara suntikan. Nampak macam mengerikan tapi dengan cara ini kesannya akan nampak lebih cepat dan berkesan.
Tetapi tak digalakkan, sebaiknya kita pilih Vitamin C yang diformulasikan daripada bahan semulajadi. Dalam kata lain bukan yang tiruan, tidak menyakitkan (seperti suntikan Vita-C) dan selamat digunakan. Nak cantik biarlah seiring dengan kesihatan kita ðŸ™‚
Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa?
✔ Untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat
✔ Untuk merangsang pembentukan collagen
✔ Untuk tulang, gigi, gusi yang sihat
✔ Untuk menyokong kesihatan otot, cartilage (tisu), dan saluran darah
✔ Juga membantu melindungi kerosakan sel akibat pencemaran sekitar, stress, rokok dan diet pemakanan yang tidak seimbang
Badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, ia perlukan penambahan yang berterusan. Pengambilan buah-buahan citrus setiap hari hanya membekalkan kuantiti Vitamin C yang sedikit. Sebagai contoh saiz orange yang medium hanya membekalkan 66 mg Vitamin C sahaja!

Apakah perbezaan Sustained Release Vitamin C Plus dan supplement Vitamin C lain?
☀ Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C. 
☀ Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam!!
☀ SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C.



Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul







Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







No comments: