Masalah kulit tangan pecah, kering, gatal dan berair memang akan menyebabkan rasa tidak selesa. Tangan terasa pedih apabila melakukan kerja-kerja rumah dan memasak, malah boleh menyebabkan kurang keyakinan diri apabila kulit tapak tangan kasar serta menggerutu.
Terdapat banyak sebab dan punca mengapa kulit tangan akan menjadi bermasalah, tetapi yang paling lazim ialah berhubung dengan ekzema tangan.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
Tangan kita adalah organ yang paling selalu terdedah kepada air, sabun dan bahan-bahan kimia yang lain. Contohnya, bagi suri rumah, penggunaan pencuci baju, pencuci pinggan mangkuk, menyentuh air dan bahan-bahan mentah seperti makanan laut dan bawang putih, akan melembut serta merosakkan lapisan kulit atas yang akhirnya menyebabkan kerengsaan dan iritasi kulit. Penggunaan sabun mandi dan syampu yang mengandungi kandungan SLS (sodium lauryl \sulphate), bahan antibakteria dan bahan-bahan pencuci yang tinggi juga boleh menghakis kulit. Pekerja binaan bangunan dan operator mesin juga boleh mendapat masalah yang sama jika menyentuh simen dan tidak menggunakan perlindungan tangan seperti sarung tangan yang sesuai. Pekerja salun rambut selalu juga mendapat masalah ini kerana terdedah kepada pewarna rambut, syampu dan bahan kimia untuk rambut.
"Mereka yang paling kerap mendapat ekzema tangan adalah wanita dalam lingkungan 20 hingga 30-an yang berhadapan dengan pekerjaan paling banyak menggunakan bahan pencuci (cleaner)".
Apa yang menyebabkan ekzema?
Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.
Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.
Selalunya, masalah ekzema tangan ini berlaku sebaik sahaja kita mula bekerja dan terpaksa berhadapan dengan bahan-bahan cucian berasid yang mengakibatkan kulit tangan tidak tahan, tetapi kanak-kanak dan orang dewasa juga mendapat masalah yang sama jika mereka pada asalnya memang sudah mengalami masalah ekzema ini sebagai contoh ekzema atopik.
Sekiranya mereka berhadapan dengan masalah ekzema atopik, apabila mereka menyentuh, menggunakan atau memakai sesuatu bahan yang boleh menyebabkan iritasi atau reaksi alahan, kulit tangan mereka akan bertindak balas dengan keadaan ini.
Bagaimana Ekzema boleh berkurang?
Individu yang berhadapan dengan masalah ekzema tangan, cara rawatan yang efektif mesti bermula dengan mengenal pasti dan mengelak daripada terkena bahan-bahan pencetus ekzema. Apabila tangan sudah mendapat ekzema, semua jenis sabun dan pencuci boleh merengsakan penyakit itu, jadi tangan perlu ‘direhatkan’ sementara ia pulih.
Bagi rawatan yang khusus, doktor akan memberi ubat sapu pelembap untuk mempercepat proses pembaik pulih tangan, dan sedikit krim atau salap steroid. Penderita ekzema tangan kadangkala tidak boleh langsung membuat apa-apa pekerjaan kerana sakit kulit yang amat tegang dan gatal, lebih-lebih lagi jika tumbuh belon-belon (gelembung) yang berair.
Keadaan ini boleh dilegakan dengan merendamkan tangan ke dalam air garam yang lembut selama 30 minit beberapa kali sehari atau menggunakan air garam natrium suling yang dipasarkan di mana-mana farmasi (0.9 peratus NACl/sodium chloride) atau ubat kristal potasium permanganate yang dilarutkan dengan lembut (sehingga berwarna merah jambu)
BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU MERAWAT EKZEMA?
InsyaAllah, dengan mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten, ia dapat membantu merawat EKZEMA. Alhamdulillah, ramai customer yang mendapat rawatan bersama SET EKZEMA SHAKLEE beri feedback positif. Memang akan nampak perubahan yang cepat dan sangat ketara! Kiranya memang berbaloilah keluar duit beli supplement SET EKZEMA SHAKLEE ni. Lagi pun supplement Shaklee bukan drugs dan semua natural. So, CONFIRM tak der side effect yang pelik-pelik.
Apa supplement Shaklee yang terbaik bagi pesakit EKZEMA? Jom teruskan membaca…
A. Bagi bayi berusia bawah 1 tahun
Kepada ibu yang menyusukan anak yang menghidap EKZEMA, disarankan untuk mengambil:
1. Omega Guard
2. Energizing Soy Protein (ESP)
~Khasiat dan kebaikkan daripada pengambilan Omega Guard dan ESP, dapat disalurkan kepada bayi melalui penyusuan susu ibu kelak~
3. Herbal Blend Cream - Manakala Herbal Blend Cream boleh disapu kepada kulit bayi bagi tujuan mengurangkan rasa kegatalan dan pedih luka.
*TIDAK sesuai bagi ekzema berair
4. Vitamin E - Untuk luka-luka pada kulit pula, boleh sapukan Vitamin E ini (gunting sedikit dihujung kapsul)
Bagaimana mahu membeli vitamin ini?
Cara 1
Anda boleh terus klik ke ESP ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.
Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,
Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah
No comments:
Post a Comment