Friday, October 27, 2017

Kesan kekurangan asid folik penyebab anak kurang pendengaran

Sumbing adalah rekahan atau celahan yang terjadi pada struktur bibir atau lelangit atau kedua-duanya sekali. Ia terjadi apabila struktur muka tidak bercantum sepenuhnya pada peringkat janin. Pada peringkat awal kehamilan, bahagian muka mulanya akan terbentuk secara berasingan dan akan bercantum kemudiannya bagi membentuk bahagian yang lain.


Jika terdapat kegagalan ketika proses tersebut, maka sumbing boleh berlaku. Sumbing bibir dan lelangit boleh terjadi secara berasingan atau bersama. Sumbing merupakan antara kecacatan yang paling kerap terjadi iaitu satu dalam 500 kelahiran. Sumbing juga boleh memberi kesan terhadap pendengaran.
Rekahan pada lelangit menjadikan kanak-kanak sukar untuk makan atau minum. Mereka perlu mengikuti tatacara yang betul sewaktu sesi penyusuan. Mereka akan menelan lebih udara sewaktu penyusuan dan menyebabkan susu mudah memasuki rongga hidung atau telinga tengah.
Disebabkan campuran makanan dan minuman melalui telinga atau hidung, bayi lebih mudah mendapat jangkitan pada telinga dan mengalami kesan kurang pendengaran sementara.

Masalah jangkitan pada telinga ini turut dikenali sebagai ‘Otitis Media with Effusion’. Ia biasa berlaku dalam enam bulan pertama selepas kelahiran semua bayi dan semakin kerap terjadi pada kanak-kanak yang bermasalah sumbing.
Selain itu, masalah jangkitan telinga juga berpunca daripada ketidakfungsian tiub yang berada di ruang antara telinga dan tekak. Otot-otot yang bertanggungjawab mengawal pergerakan tiub bagi tujuan keseimbangan udara menjadi kurang efektif kerana faktor lelangit yang tidak terbentuk secara normal sewaktu dalam kandungan.
Keadaan pengudaraan yang kurang baik telah menyebabkan gegendang telinga menjadi tegang dan berlaku percampuran bendalir ke dalam ruang telinga tengah. Jangkitan pada telinga menyebabkan bayi atau kanak-kanak mengalami kurang pendengaran.
Bagaimanapun, hal ini lazimnya bersifat sementara. Tahap pendengaran bagi kanak-kanak sumbing yang bermasalah pendengaran adalah sekitar tahap ringan hingga sederhana, terjadi sama ada pada kedua-dua belah atau satu telinga saja.
Namun, terdapat beberapa kes terpencil membabitkan masalah pendengaran menjadi kekal. Oleh itu, pengesanan awal adalah penting agar ia tidak mengganggu perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak.
Secara keseluruhan, kanak-kanak yang mempunyai sumbing lelangit dan bibir secara unilateral menunjukkan prevalens jangkitan telinga yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak tanpa sumbing.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai kedua-dua jenis sumbing, kajian menunjukkan sebanyak 90 hingga 93 peratus antara mereka yang mempunyai masalah jangkitan telinga tengah turut mempunyai masalah pendengaran jenis sementara.
Manakala tahap pendengaran yang ditunjukkan juga adalah lebih tinggi dengan purata tahap pendengaran berada pada tahap ringan. Tahap pendengaran kanak-kanak bermasalah sumbing dikatakan lebih teruk berbanding kanak-kanak normal yang turut mempunyai masalah jangkitan telinga.
Masalah pendengaran ini boleh berlarutan sehingga dewasa pada 20 hingga 30 peratus dalam kalangan mereka dengan disertai bermasalah pendengaran jenis sementara.



KEPENTINGAN ASID FOLIK SEMASA HAMIL ELAK KECACATAN PADA BAYI




Asid folik adalah antara vitamin yang akan dinasihatkan oleh doktor untuk diamalkan sekiranya seorang wanita merancang kehamilan dan seterusnya meneruskan pengambilan semasa hamil terutama pada trimester pertama.



Asid folik adalah sejenis vitamin B iaitu nama lainnya ialah vitamin M, vitamin B9 dan vitamin Bc.

Wanita yang merancang kehamilan dinasihatkan untuk mengambil 400mcg atau 0.4mg asid folik. 

Selain daripada mengambil dalam bentul pil, vitamin B9 boleh diperolehi daripada sayuran hijau seperti bayam dan brokoli dan kekacang. Asid folik juga selalunya diperkaya dalam bijirin.



Walau bagaimanapun, dalam keadaan zaman sekarang mungkin sedikit sukar untuk memastikan bahawa 400mcg asid folik telah dibekalkan melalui makanan seharian.

Bagi wanita yang merangcang kehamilan, pengambilan asid folik sangat penting kerana ia boleh membantu mengurangkan risiko keguguran dan kecacatan tiub neural. Kecacatan tiub neural ini berlaku pada bulan pertama kehamilan yang mana kadangkala wanita tersebut belum menyedari lagi dirinya hamil. Disebabkan itu, wanita yang tidak merancang amat digalakkan untuk mengambil asid folik kerana ia boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub neural antara 50%-70%.

Contoh antara kecacatan tiub neural ialah:

1) Spina bifida




2) Anencephaly



Ada juga kajian yang menyatakan kekurangan asid folik juga dikaitkan dengan sumbing dan sesetengah penyakit berkaitan jantung pada bayi di dalam kandungan.



Sebenarnya asid folik ini ia amat diperlukan dalam menghasilkan sel-sel badan. Jadi, dengan sebab itu asid folik amat diperlukan oleh wanita hamil untuk perkembangan janin yang sihat dan sempurna.

Asid folik ini membantu dalam pembentukan sel darah merah yang normal. Disebabkan itulah ia dapat mengatasi masalah anemia yang kadangkala dialami oleh ibu hamil.  

Ia juga membantu badan menyerap nutrisi dengan lebih baik. Mungkin itu juga penyebab bagi sesetengah wanita yang sudah mengamalkan pelbagai jenis vitamin namun merasakan tiada kesan pada badan sendiri.

Bagi wanita yang ingin mengamalkan Vitamin B Complex sebagai sumber asid folik, perlulah dipastikan bahawa vitamin B9 atau asid folik telah sedia ada di dalam pil tersebut dengan dos yang bersesuaian iaitu 400mcg sehari.  


Bagi para suami pula, apa salahnya sekiranya kedua-dua merancang kehamilan memastikan isteri mengambil asid folik setiap hari atau boleh juga menghadiahkan vitamin B Complex. 

Tak mahal pun vitamin ini berbanding dengan manfaat yang diperolehi.



Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke B COMPLEX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...