Follow Us @soratemplates

Thursday, November 16, 2017

PUNCA 'MISSED' PERIOD

“Eh, baru aku perasan bulan ni belum datang haid. Tapi, takkanlah mengandung kot? Tak ada simptom-simptom mengandung pun. Lagipun, baru saja pakai suntikan perancang. Apa punca lewat haid selain mengandung ya?”
Sebenarnya memang banyak punca lewat haid selain mengandung yang selalu berlaku kepada wanita.
Haid yang normal adalah salah satu tanda aras kesihatan seseorang wanita. Antara punca lewat haid termasuklah faktor biologi, persekitaran, ataupun faktor luaran.
tanda habis haid
Foto Kredit: tentantes.com.br

SELAIN MENGANDUNG, INI 9 SEBAB ANDA ‘MISSED PERIOD’

Untuk mengatasi masalah haid tidak teratur, anda perlu mengenalpasti punca lewat haid yang sebenarnya menjejaskan kesihatan anda.

1. PERUBAHAN BERAT BADAN MENDADAK

Ada yang mungkin sedang diet atau mengalami penambahan berat badan secara mendadak.
Oleh itu, pastikan anda mengubah corak pemakanan anda secara perlahan-lahan dan tidak terlalu membuat perubahan drastik.
Keadaan ini boleh mengganggu keseimbangan hormon lalu menjejaskan pusingan haid anda.
kecilkan perut
Foto Kredit: lipstiq.com

2. STRES

Punca lewat haid yang paling sering dialami adalah stres. Mungkin tekanan akibat gangguan di pejabat, tekanan hidup berkeluarga, masalah kewangan, dan pelbagai lagi masalah dalam kehidupan seharian.
Stres menyebabkan hormon GnRH kurang dihasilkan oleh badan, lalu menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda.
ibu letih

3. SAKIT

Masalah kesihatan seperti demam atau penyakit lain juga boleh menjadi punca lewat haid.
Walaubagaimanapun, ia selalunya bersifat sementara. Jika ianya berpanjangan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor.
hilangkan sakit tekak

4. PERUBAHAN RUTIN

Apabila anda baru berpindah, berubah syif,  berubah pejabat seumpamanya, rutin anda juga akan berubah.
Perubahan rutin ini juga boleh menyebabkan proses dalam tubuh badan anda berubah, lalu mempengaruhi haid anda.
tips bekerja di pejabat

5. PERTAMBAHAN AKTIVITI FIZIKAL

Sesetengah daripada anda mungkin melakukan lebih banyak senaman ketika dalam proses menjayakan diet anda.
Oleh itu, tubuh biasanya akan mengambil sedikit masa untuk beradaptasi dengan perubahan ini.
Period yang datang lewat mungkin akan berlaku selama beberapa bulan sebelum dapat disesuaikan dengan tubuh anda.
bersenam

6. PRA-MENOPAUSE

Sebelum anda memasuki tempoh menopause atau ‘putus haid’, anda akan melalui tempoh fasa pra-menopause.
Ketika waktu ini, period anda mungkin menjadi kurang dari segi jumlahnya atau jumlah hari.
Selain itu, tempohnya juga datang secara tidak berkala, bukannya normal seperti selalu.
punca lewat haid
Foto Kredit: nymag.com

7. PENGAMBILAN PERANCANG KEHAMILAN

Pengambilan perancang kehamilan seperti suntikan depo, implan, pil perancang, dan sebagainya juga mampu menjejaskan haid anda.
Ada yang menyebabkan haid anda lewat, sedikit, atau langsung tidak datang.
Pengambilan ubat-ubatan lain atau suplemen juga kadangkala mempunyai kesan terhadap haid anda yang biasanya normal.
punca lewat haid
Foto Kredit: popsugar.com

8. PENYUSUAN BADAN SECARA EKSLUSIF

Ibu yang sedang menyusukan anaknya biasanya akan mengalami ‘tempoh tidak subur’ semulajadi.
Ini kerana, penyusuan badan akan melepaskan hormon yang dapat mempengaruhi haid normal anda, terutamanya bagi ibu yang menyusu badan secara ‘direct’. Ada yang tidak datang haid sehingga 2 tahun lamanya, iaitu sehinggalah anak anda bercerai susu.
bayi kembung perut
Foto Kredit: life2day.gr

9. PERJALANAN JAUH

Perjalanan jauh yang memakan masa panjang, terutamanya yang melibatkan perubahan zon waktu, musim, persekitaran dan sebagainya turut menjadi punca lewat haid.
bawa anak travel
Foto Kredit: tripit.com

PUNCA LEWAT HAID PERLU DIKENALPASTI

Terdapat banyak punca lewat haid yang boleh dikenalpasti. Ini kerana, haid yang normal menunjukkan tahap kesuburan anda berada pada tahap yang baik.
Jika anda telah membuat ujian kehamilan dan mendapatinya negatif, anda boleh cuba lagi dalam masa seminggu. Namun, jika masalah ini berpanjangan, anda bolehlah berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.

SUPLEMEN UNTUK STABILKAN PERIOD

Cara Alternatif Dengan Amalkan Pengambilan Vitamin Semulajadi

Secara jujurnya, saya sangat ‘highly recommend’ untuk wanita diluar sana bagi mencuba cara alternatif dengan mengamalkan pengambilan vitamin Semulajadi Shaklee kerana hormon dan period wanita boleh distabilkan melalui pengambilan bahan semulajadi. Di samping itu, cara alternatif ini tiada kesan sampingan tetapi perlu konsisten dan bersabar untuk diteruskan. 
Sebenarnya, telah ramai yang merasai kebaikannya dan Alhamdulillah telah pun hamil setelah mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. 

Tiga Supplemen Untuk Stabilkan Hormon Dan Memastikan Period Teratur.

Terdapat TIGA supplemen yang perlu diambil bagi menstabilkan hormon. Supplemen-supplemen itu adalah seperti berikut:-





Bagaimana mahu membeli vitamin ini?


Cara 1
Anda boleh terus klik ke SET KESUBURAN SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: