Friday, December 15, 2017

Petua untuk atasi masalah kaki bengkak atau edema semasa hamil


Kaki bengkak ketika hamil atau edema biasanya terjadi kerana perubahan hormon serta perubahan bentuk badan ibu. Ini 7 petua mudah untuk atasinya.

Masalah kaki bengkak ketika hamil

Kaki bengkak ketika hamil atau ‘Edema’ yang biasa melanda adalah perkara normal dan disebabkan oleh perubahan hormon serta perubahan fisiologi badan. Walaupun edema boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh badan, ia lebih kerap berlaku di bahagian pergelangan kaki dan kaki ibu hamil.
Masalah kaki bengkak selalunya bermula apabila ibu hamil masuk trimester ke-3 dan beransur pulih selepas kelahiran bayi.
Badan ibu akan mula menyingkir semua air dalam badannya melalui kencing yang lebih kerap serta peluh yang banyak dalam minggu pertama selepas melahirkan anak. Di sini adalah 7 petua untuk mengatasi masalah kaki bengkak ketika hamil atau edema:

#1 Elak berdiri/duduk terlalu lama

Apabila melakukan kegiatan harian seperti memasak ataupun bekerja di pejabat, elakkan dari berdiri atau duduk tanpa bergerak dalam masa yang lama. Ambil masa untuk rehat seketika dan lakukan senaman kaki yang ringan.
kaki bengkak ketika hamil
Senaman ringan yang boleh dilakukan di pejabat untuk mengelak masalah kaki bengkak ketika hamil/edema. Sumber gambar :Slism
kaki bengkak ketika hamil
Senaman ringan yang boleh dilakukan di pejabat untuk merawat kaki bengkak ketika hamil/edema. Sumber gambar :Slism
Pastikan anda selalu menggerakkan kaki untuk mengelak pengumpulan darah pada kaki dan melancarkan peredaran darah.

#2 Naikkan kaki ketika duduk atau baring

Sumber gambar: bonesmart.org
Tujuan menaikkan kaki adalah untuk melancarkan peredaran darah dan mengelak kaki daripada kebas. Apabila duduk semasa bekerja, naikkan kaki anda di atas bangku rendah atau sediakan kotak kecil di bawah meja.
Jangan duduk bersilang kaki kerana ini boleh menyebabkan kekejangan.
Apabila tidur mengiring, anda masih boleh menaikkan sebelah kaki dengan menggunakan bantal bolster. Jika masih tidak selesa, cubalah posisi tidur terbaik ketika hamil ini.

#3 Pakai kasut yang sesuai

Kim Kardashian dengan kaki bengkak semasa hamil
Kim Kardashian dengan kaki bengkak semasa hamil
Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian.
Elakkan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana ia boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.
Lihatlah bagaimana tidak selesanya Kim Kardashian yang memakai kasut tumit tinggi ketika menghadapi masalah kaki bengkak ketika hamil. Jangan pakai kasut seperti ini, ya!

#4 Pakai sarung kaki yang lembut

Elakkan memakai stokin yang mempunyai gelang getah yang terlalu ketat.
Selain menambahkan kesan bengkak kaki dengan menyekat pengaliran darah di sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan. Pilih stokin yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil. 

#5 Minum air dengan banyak

Apabila ibu hamil kurang minum air, anda sebenarnya berisiko untuk terkena dehidrasi.
Jangan bimbang, air yang diminum akan membantu sistem perkumuhan dan tidak akan memburukkan masalah kaki bengkak.

#6 Aktif bersenam

Jangan ingat ibu hamil tidak boleh bersenam kerana itu mitos semata-mata. Jika doktor memberi kebenaran, ibu hamil digalakkan untuk membuat senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik.
Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.

#7 Amalkan pemakanan yang sihat

Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin, serta makanan yang telah diproses. Tahukah anda kesan kepada janin apabila ibu hamil tidak menjaga pemakanannya?
Kebanyakkan makanan ini mengandungi garam, gula dan lemak yang tinggi. Anda boleh menjadi obes dan kehilangan air di dalam badan.
Apabila anda mengambil makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, buah pinggang perlu bekerja keras untuk mengeluarkan garam berlebihan. Garam berlebihan adalah punca kaki bengkak, jadi kurangkan makanan yang masin ya ibu-ibu!
Gantikan makanan segera dengan makanan yang sihat seperti bijirin, yogurt, minuman berjus, salad dan buah-buahan. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan anda.


B Complex Shaklee pula mengandungi Vitamin B lengkap seperti B1, B5 dan B6 yang  membantu menghalang pengumpulan air, membuang garam lebihan di dalam badan dan menyeimbangkan semula hormon. Pentingnya suplemen ini untuk memastikkan nutrien yang cukup untuk ibu dan bayi membesar.

kredit : sumber



Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...