Follow Us @soratemplates

Thursday, March 22, 2018

[WAJIB BACA] - Tips atasi buasir selepas bersalin

Ramai juga yang kali pertama mendapat buasir selepas bersalin


Masalah sembelit sewaktu hamil merupakan masalah yang sering menghantui kebanyakan ibu -ibu hamil di Malaysia. Sekiranya tidak di rawat ianya akan lebih mudharat dan boleh menyebabkan terjadinya buasir. menghidapi buasir ketika mengandung adalah sesuatu yang sangat memeritkan.

Kita biasa mendengar wanita mengadu mengalami masalah buasir selepas bersalin. Biasanya buasir yang bermula semasa kehamilan akan hilang sendiri selepas ibu melahirkan anak.

Tapi malangnya, hampir 25% wanita akan mengalami masalah buasir walaupun sudah 6 bulan bersalin. Keadaan ini mungkin bertambah baik selepas bersalin, namun ada yang masih akan mengalami tanda-tandanya sekali-sekala.

Buasir selepas bersalin, mengapa ini terjadi?



Wanita senang buasir (piles) atau urat simpul (vena verikos) selepas bersalin kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:
  • Rahim serta bayi yang membesar akan memberi tekanan ke atas urat di punggung dan vena cava inferior. Ini vena utama di sebelah kanan badan yang menyalurkan darah dari bahagian bawah badan. Tekanan ke atas vena ini boleh melambatkan pemulangan darah sehingga menyebabkan urat-urat di bawah rahim semakin besar.
  • Peningkatan hormon progesteron semasa hamil juga akan mengendurkan otot-otot dan dinding urat. Akibatnya ialah urat senang bengkak serta saluran pencernaan yang lebih lambat sehingga ibu sembelit. Sembelit yang tidak ditangani boleh menyebabkan buasir!
  • Ibu juga boleh buasir ketika proses meneran untuk mengeluarkan bayi semasa sakit bersalin.
  • Buasir juga boleh berlaku akibat amalan berpantang seperti kurang minum air dan tidak makan buah atau sayur-sayuran tertentu. 

Buasir selepas bersalin, apakah tanda-tandanya?

buasir selepas bersalin, buasir, masalah buasir, buasir terkeluar, buasir luar dubur, merawat buasir, petua kecutkan buasir, ubat buasir, ubat buasir untuk ibu mengandung, ubat buasir di farmasi
  1. Sering sembelit.
  2. Pendarahan ketika membuang air besar. Darah yang keluar selalunya darah merah. Darah tidak bercampur dengan najis. 
  3. Rasa sakit, pedih, panas dan gatal di kawasan dubur.
  4. Terdapat benjolan-benjolan licin di lubang dubur.
Namun, pendarahan seperti ini juga boleh berlaku atas sebab lain. Oleh itu, ibu dinasihatkan berjumpa doktor untuk memastikan ia bukan penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

7 tips mengatasi buasir selepas bersalin

Jika anda mengalami masalah buasir selepas bersalin, kami mencadangkan anda melakukan 7 tips ini untuk mengatasinya:
  1. Makan makanan berserat tinggi. Tambahkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin di dalam diet anda.
  2. Minum air yang banyak.
  3. Rujuk doktor untuk makanan tambahan yang boleh melembutkan najis.
  4. Aktifkan diri untuk mengurangkan tekanan pada vena. Selain membantu sembelit, senaman juga boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  5. Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama kerana ini hanya akan meningkatkan tekanan pada urat di dalam dubur.
  6. Elak dari meneran ketika membuang air besar kerana ini hanya akan menambahkan tekanan kepada urat pada dubur.
  7. Jika terasa ingin buang air besar, jangan tahan, lakukannya dengan segera. Najis yang ditahan akan jadi lebih sukar untuk dibuang.

Tips penjagaan kebersihan diri jika buasir selepas bersalin

buasir selepas bersalin, buasir, masalah buasir, buasir terkeluar, buasir luar dubur, merawat buasir, petua kecutkan buasir, ubat buasir, ubat buasir untuk ibu mengandung, ubat buasir di farmasi
  • Pastikan kawasan dubur bersih. Mandi setiap hari dan bersihkan kawasan sekitar dubur perlahan-lahan dengan air suam. Jangan guna sabun kerana ini boleh memburukkan keadaan. 
  • Berendam dalam air mandian suam beberapa kali sehari.
  • Jika buasir anda terkeluar dari lubang dubur, dengan jari yang bersih, perlahan-lahan tolak buasir masuk semula ke dalam ruang dubur.
  • Mandian sitz dengan air suam. Ini boleh dibeli di farmasi.
  • Elak dari menggunakan tisu tandas yang kering. Gunakan tisu basah atau tisu yang dibasahkan selepas membuang air besar.


4 CARA MELEGAKAN SAKIT BUASIR

Jika ibu dah tak tahan sangat sakit, ibu disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Di samping itu, ibu juga boleh buat 4 langkah di bawah :

#1 : LEGAKAN DENGAN KETUL AIS

Balut beberapa ketul ais dengan tuala. Tekapkan pada bahagian yang sakit dan rasa bengkak.

#2: RENDAM DALAM AIR SUAM

Jika rumah ibu ada bathtub, cuba ambil masa untuk rendamkan punggung ke dalam air suam. Cuba rendam 10 minit sehari.

#3 : SELANG-SELI SEJUK DAN PANAS

Ibu juga boleh cuba selang-selikan ais dengan rendam air suam. Mula-mula tekap lama bahagian sakit dengan ais. Kemudian rendam dalam air suam

#4 : SUPPLEMENT MEMBANTU MENGHILANGKAN BUASIR

Ibu pantang yang buasir turut digalakkan untuk amalkan supplement Set Buasir Shaklee supaya cepat pulih. Namun sebelum saya kongsikan apa ada dalam set ini, mari saya kongsikan pengalaman Kak Yan dan buasir selepas bersalin.



Omega Guard bersifat antiradang dan membantu mengurangkan bengkak buasir yang menyebabkan kesakitan.

Membaiki sel-sel yang rosak dengan menggantikan sel-sel yang baru.

Jangan bertangguh mendapatkan rawatan segera untuk sakit buasir ini ye mommies, lagi-lagi sewaktu masih dalam tempoh berpantang. Kesihatan harus dititik beratkan dan diutamakan.


COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: