Follow Us @soratemplates

Wednesday, February 16, 2011

TIP KEBAHAGIAAN ADAM & HAWA

Kejujuran
Tetaplah bersikap jujur meskipub perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang       ada pada pasangan anda.

Tertawa
Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.

Persahabatan
menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.

Hormat satu sama lain dan kompromi
Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi.

Memaafkan
Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda.

Bersikap realistik
Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadaanya.

Lupakan masa lalu
Berhenti mengungkit kisah masa lampau. bersyukurlah dengan kehidupan anda aktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah.

Doa
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di dalam hati bahawa sebagai insa, doalah merupakan penawar bagi segalanya.

No comments: