Monday, October 12, 2015

Fungsi utama Vitamin E

Vitamin E merupakan salah satu vitamin antioksida yang kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung,otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi paru2, kolon dan keimunan. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua. 

Apakah fungsi utama vitamin E?

1. Melindungi jantung- Pengambilan vitamin E yang cukup setiap hari berupaya melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri

2. Meningkatkan kemampuan reproduktif

3. Anti-penuaan- 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut,garis halus, parut,akne, dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. 

4. Antioksidan yang kuat- Ia mampu mengukuhkan sistem imun, mengurangkan kerosakan radikal bebas. 

5. Memperbaiki parut- Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin c, dan vitamin E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti oksidasi dalam melawan radikal bebas. 

Agak2nya kan...kita ni ambil cukup tak vitamin E setiap hari? Hmm...untuk dapatkan 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 1 kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam. 

Your trusted SID,
1207294

Love,

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...