Tuesday, January 19, 2016

Jangan Tahan Kencing

Assalamualaikum w.b.t


Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Buah Pinggang

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.




Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.


***************************************************************************************************************

Tips untuk atasi penyakit batu karang:

* Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing

* Elakkan minuman yang manis terutamanya minuman berkarbohidrat (air tin / air gas)

* Kekurangan vitamin B6 dan potasium. Makanan seperti barli, kentang, keledek, makanan yang berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang dapat membantu mengurangkan masalah ini. 

* Elakkan makanan yang kaya asid oksaik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, straberi, koko, coklat dan teh. 

* Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

* Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan berserat.

* Kurangkan sumber protein haiwan, sebaiknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 

* Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol. 



Supplemen shaklee yang dicadangkan untuk merawat Batu Karang.


B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan

Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman

Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang

Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi


Love,
   
Shaklee Independent Distributor 
Pengedar Shaklee Sah Cheras | Ampang 
Whatsapp / SMS = 0132117436 
ID = 1207294 
FB Pages : AufaMadame 
IG : @eyranadzirah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...