Follow Us @soratemplates

Tuesday, January 12, 2016

Jom hilangkan DOUBLE CHIN.

Assalamualaikum w.b.t

*********************************************************************************

Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yang membantu, menyumbang  atau menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul.

1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.
2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.
3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.
4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.


Meh saya bagi petua sikit untuk hilangkan atau at least kurangkan dagu berlapis nih.

 
 1) Kunyah gula gula getah (tanpa gula)
Sebab aktiviti kena buat kerap, jangan ambil yang ada gula. Kang sesia pulak dapat diabetis. Dari nak hilangkan dagu berlapis terus kena diabetes. Hehe. Jadi pilih gula gula yang tiada gula. Kunyah la berjam jam.
2) Senaman muka
Sebut A, E, I, O, U sebanyak yang mungkin. Kalau anda perasan dalam menyebut kelima lima huruf tuh, memek muka anda turut bergerak dan bersenam. Buat depan cermin best jugak nih. Hehe. Gelak dan ketawa banyak banyak pun salah satu senaman muka. 
3) Lemak koko (cocoa butter)

Ambil sedikit lemak koko. Dalam beberapa sudu. Masukkan dalam microwave dan panaskan. Urut pada bahagian dagu tersebut perlahan lahan. Boleh buat sebelum tidur dan sebelum mandi pagi selama beberapa minit. Lemak koko terbukti dapat meningkatkan keanjalan kulit.
4) Susu

Susu bagus tau untuk tegangkan kulit sekitar dagu. Jadikan susu sebagai toner dan sapu pada dagu. Atau boleh juga campurkan susu dan madu boleh buat masker pada dagu. Biarkan selama 10 minit lepas tuh bilas dengan air suam. Bukan sahaja dapat kurangkan dagu berlapis, malah kulit pun jadi lembap dan licin.
5) Air kosong

Banyakkan minum air kosong, kerana air kosong dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan. Lagi kurang berat badan kita. Lagi runcing lah dagu kita. Tak gitu? Hehe
6) Bersenam

Kerapkan waktu bersenam anda. Dengan senaman yang kerap maka akan dapat membakar lemak yang tersimpan secara tak langsung dapat menurunkan berat badan.
7) Kawal kalori

Fikir sebelum makan. Kalau semua senaman dan tips dilakukan tapi nasi tetap 4 pinggan sehari memang susah nak hilang dagu berlapis. Silap silap bukan 2 lapis, takut jadi 3,4 lapis. Jadi, perlu kawal pemakanan. Ambil yang perlu. Makan sedikit sedikit secara kerap. Banyakkan ambil buah dan sayur. Jangan lupa amalkan teh hijau yang terbukti dapat meningkatkan metabolisme badan.
8) Vitamin E

Pengambilan Vitamin E secara kerap juga dapat membantu menyingkirkan dagu berlapis. Sebabnya Vitamin E sangat bagus dalam meningkatkan keanjalan dan kesihatan kulit. Secara semulajadi anda boleh dapatkan Vitamin Edalam sumber makanan hijau seperti sayuran, produk tenusu,beras perang dan banyak. Mahukan yang lebih senang dan semulajadi. Ambillah Shaklee Vita E Complex secara harian. Lagi senang. Hehe
Your trusted SID,
 Eyra Nadzirah 1207294
Whatsapp 0132117436


Love,

No comments: