Seperti tiub fallopio, organ dalaman wanita yang berfungsi menghubungkan ovari dan rahim, yang mana telur wanita akan melalui saluran sepanjang kira-kira 10 sentimeter (cm). Tiada gejala atau tanda khusus dapat dilihat sekiranya berhadapan masalah, tetapi secara senyap boleh menjejaskan kesuburan wanita.
Perunding Kesuburan Metro IVF, Dr. Tee Swi Peng, berkata, di dalam tiub ini, pergerakan sel telur melewati tiub dibantu oleh gerakan rambut-rambut kecil (silia) yang berada pada permukaan dalam saluran.
Tugas silia ialah memerangkap telur untuk diarahkan ke rahim.
Oleh sebab itu katanya, jika tiub mempunyai sebarang halangan mengakibatkan telur tidak boleh menuju ke rahim, juga sekiranya silia tidak berfungsi untuk memerangkap telur untuk bergerak ke arah rahim. Dalam kedua-dua keadaan tersebut, wanita tidak boleh hamil.
“Tiub fallopio juga boleh rosak sekiranya wanita menerima jangkitan bakteria berpunca dari faraj menular hingga ke bahagian rahim dan tiub.
“Jangkitan bakteria seperti chlamydia dan gonorrhea mampu bertindak menghancurkan silia di dalam tiub atau menyebabkan tiub tersumbat.
“Sekiranya sebelum ini pesakit pernah menjalani pembedahan, ada kemungkinan boleh merosakkan tiub seperti kehamilan di luar rahim yang dikenali sebagai ektopik,” katanya.
Kata Dr Swi Peng, berdasarkan kajian oleh Persatuan Perubatan Reproduktif Masyarakat Amerika, perkara seperti ini merupakan suatu fenomena yang biasa dialami wanita.
Dianggarkan, 30 peratus golongan wanita yang tidak boleh hamil disebabkan oleh tiub tersumbat atau kerosakan tiub.
“Jika anda mempunyai kitaran haid teratur, ini tidak bermakna anda tidak mempunyai sebarang masalah pada tiub kerana haid keluar dari rahim dan tidak melalui tiub fallopio.
“Kerosakan atau penyumbatan tiub juga boleh berlaku di antara kehamilan. Selepas bersalin, mungkin terdapat jangkitan yang boleh menyebabkan kerosakan pada tiub,” katanya.
Selain itu menurut Dr. Swi Peng, endometriosis, iaitu gumpalan darah atau pendarahan beku juga boleh berlaku di dalam tiub dan menyebabkan tiub tersumbat.
Isu tiub tersumbat tidak mengenal atau memilih usia kerana boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Wanita mempunyai dua tiub fallopio dan kadangkala hanya satu sisi sahaja yang tersumbat atau mungkin kedua-duanya. Apabila tersumbat, ia membentuk banyak cecair dalam tiub yang dipanggil hydrosalphinx atau air dalam tiub.
“Cecair ini sangat toksik dan apabila mengalir ke dalam rahim, boleh menyebabkan wanita sukar untuk hamil.
“Malangnya, tiada sebarang tanda-tanda awal untuk mengenali bagaimana kerosakan tiub telah berlaku.
“Mereka mungkin mengesyaki mengalami kerosakan tiub jika sebelum ini pernah mengalami jangkitan pada pelvis atau pernah menjalani pembedahan seperti ektopik atau endometriosis,” jelasnya.

Rawatan Untuk Wanita Yang Mempunyai Tiub Tersumbat

Jika anda pergi berjumpa doktor, ada beberapa prosedur yang perlu anda ikut. Doktor terlebih dahulu akan scan dan menganalisa keadaan tiub anda.

Sekiranya sumbatan itu tidak teruk, doktor akan melakukan prosedur HSG untuk membersihkan tiub tersebut dan melihat kawasan tiub yang tersumbat. Proses ini memakan masa lebih kurang 30 minit.

Ketika proses ini, spekulum akan diletakkan di dalam faraj dan tiub plastik akan dimasukkan ke dalam bukaan serviks. Ketika proses ini beberapa gambar x-ray akan diambil untuk menilai keabnormalan pada tiub dan rahim.

Jika keputusan x-ray mendapati tiub anda tersumbat, pembedahan micro akan dilakukan. Jika pembedahan micro juga tidak berjaya, doktor akan sarankan anda melakukan IVF yang kosnya mencecah ribuan ringgit.

Saya ada juga terbaca kos untuk sekali appoinmen sahaja mencecah rm200. Mungkin jika pembedahan dilakukan, kosnya akan semakin meninggi.


Prosedur HSG

Menurut, Dr. Swi Peng, golongan wanita amat disarankan untuk menjalani ujian histerosal pingogram atau HSG untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya mempunyai masalah pada tiub fallopio.
Prosedur ini hanya mengambil masa kira-kira 30 minit dan tidak perlu berpuasa. Prosedur ini akan dijalankan di pusat sinar-X, yang mana sejenis pewarna disuntik ke dalam rahim dan akan mengisi rongga untuk mengesan jika terdapat sebarang petunjuk tidak normal dari segi struktur rahim.
Pewarna ini akan bergerak di kedua-dua belah tiub dan mengisi tiub tersebut. Jika sebahagian atau sepenuhnya tiub disekat, pewarna tidak akan bergerak lebih jauh.
Selepas HSG, sesetengah wanita mungkin mengalami kesakitan atau ketidakselesaan selama kira-kira empat jam. Ada kemungkinan sesetengah wanita mengalami sedikit pendarahan untuk sementara waktu.

Rawatan Alternatif Untuk Tiub Fallopio Tersumbat

Bagaimana jika saya cadangkan kepada anda satu alternatif yang tidak menyakitkan dan membebankan anda untuk merawat tiub fallopio yang tersumbat?

Sebenarnya di Shaklee kami ada satu minuman botanik yang mempunyai anti oksida yang sangat tinggi dinamakan Vivix. Vivix mempunyai kemampuan luar biasa untuk membantu merawat penyakit-penyakit kronik termasuk tiub fallopio tersumbat.