Follow Us @soratemplates

Saturday, October 28, 2017

Makan makanan di pasar malam boleh bawa maut

Kenapa pasar malam yang disebut-sebutkan ye? Okay, macam ni...di pasar malam, bahkan di pasar tani ke, pasar besar ke atau di mana sahaja tempat yang bersesak terutamanya adalah tempat paling mudah untuk menyebabkan penyebaran penyakit tibi ini.

Contohnya kita berselisih dengan orang yang sedang batuk-batuk, mungkin dia batuk biasa, mungkin juga dia penghidap tibi. Kita tidak tahu kan kemungkinan tersebut? 

Malah bukan melalui pernafasan sahaja, mungkin juga melalui barang-barangan yang dipegang juga mungkin boleh menyebabkan penyebaran bakteria tibi ini. Selain itu, seperti yang ada dikeratan akhbar tersebut, salah satu punca penyebaran bakteria tibi ini adalah kebanjiran pendatang tanpa izin di negara kita ini. Ini kerana mereka tidak seperti negara kita di mana penduduk negara kita di vaksin seawal dari dilahirkan lagi.




Penyakit Tuberkulosis (TB) merupakan penyakit berjangkit kedua tertinggi yang direkodkan di Malaysia dan berdasarkan data survelan TB 20 tahun kebelakangan ini, penyakit TB semakin banyak dilaporkan. 

Tuberkulosis adalah penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh diubati, walau bagaimanapun, jangkitan boleh berulang semula sekiranya pesakit tidak mematuhi rejim rawatan TB dan menyebabkan rintangan kuman TB terhadap pelbagai ubat TB akibat ketidak-patuhan menerima rawatan TB. 

Dalam keadaan yang paling teruk, penyakit TB boleh menyebabkan kematian apabila pesakit tidak mengambil perhatian serius untuk merawat dan mematuhi tempoh rawatan TB yang telah ditetapkan.  Agen Penyakit TB dan cara jangkitan Penyakit TB disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis

Jangkitan kuman TB berlaku apabila seseorang tersedut udara yang mengandungi kuman TB apabila seseorang pesakit TB batuk atau bersin dan menghembus keluar titisan air yang mengandungi kuman TB. Masa pengeraman selepas pendedahan kepada kuman TB sehingga menunjukkan tanda dan gejala penyakit TB adalah dari 2 minggu sehingga 10 minggu.  




Tanda Dan Gejala Penyakit TB2
Tanda dan gejala penyakit TB adalah:    
  • Batuk melebihi 2 minggu·        
  • Demam 
  • Kahak berdarah
  • Sakit dada apabila batuk atau tarik nafas panjang
  • Berpeluh waktu malam    
  • Cepat letih atau lemah badan       
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan  



Kumpulan Berisiko Tinggi Untuk Mendapat Jangkitan Penyakit TIBI
Terdapat 4 kumpulan orang yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan TB: 
1. Mereka yang mempunyai hubungan rapat yang tinggal bersama atau menghabiskan masa yang lama dengan individu yang mengidap penyakit TB. Kadar jangkitan TB adalah tinggi apabila pemeriksaan sapuan kahak pesakit adalah positif.
2. Individu yang mempunyai daya tahan imuniti yang rendah seperti:
  • Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus),
  • Jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV),
  • Kanser,
  • Malnutrisi / Kurang zat makanan
  • Chronic Obstructive Pulmonary Disease,
  • Penyakit buah pinggang di peringkat akhir
3. Individu yang hidup dalam persekitaran penuh sesak seperti:
  • Gelandangan
  • Penjara
  • Institusi penjagaan seperti rumah orang tua dan tempat perlindungan
4. Penyalah-gunaan dadah dan perokok:
  • Penyalah-gunaan dadah
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Perokok
Risiko Jangkitan Penyakit TB Juga Berkaitan dengan:
  • Ruang pengudaraan dikongsi bersama pesakit,
  • Jarak fizikal dengan pesakit,
  • Tempoh pendedahan antara kes indeks (Pesakit TB) dan kontak.
  • Individu yang mempunyai sistem daya tahan imuniti yang rendah lebih mudah mendapat jangkitan penyakit TB.
Kepentingan Mendapatkan Rawatan Untuk Penyakit TB:
  •  Untuk mengurangkan jangkitan TB kepada orang lain;
  • Untuk mengubati pesakit TB dan memulihkan kualiti hidup dan produktiviti mereka;
  • Untuk mengelakkan kerintangan daya tahan ubat kuman;
  • Untuk mengelakkan jangkitan TB yang berulang.
Langkah-Langkah Kawalan Dan Pencegahan:
  • Bayi yang baru lahir perlu mendapatkan pelalian BCG untuk mencegah daripada jangkitan TB. Suntikan imunisasi BCG diberikan di kemudahan kesihatan kerajaan dan swasta. Suntikan BCG diberikan percuma di kesihatan klinik dan hospital kerajaan di Malaysia untuk semua bayi yang baru lahir.
  • Sesiapa yang batuk selama dua minggu atau lebih, perlu SEGERA berjumpa doktor untuk pemeriksaan sapuan kahak untuk mengesan jangkitan kuman TB.
  • Jika disahkan sebagai pesakit TB, dapatkan RAWATAN dengan segera untuk mengubati penyakit TB dan mencegah penyakit TB daripada menjangkiti ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
  • Ahli-ahli keluarga atau mereka yang rapat, atau tinggal serumah dengan pesakit TB juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.
Strategi-strategi yang boleh menyumbang kepada kejayaan rawatan penyakit Tuberculosis:
Melalui pendidikan kesihatan yang berkesan kepada pesakit dan ahli keluarga / rakan sekerja pada masa memulakan rawatan. Ini termasuklah memberi penerangan tentang:
  •  Ciri-ciri penyakit TB
  • Keperluan disiplin pesakit TB terhadap pematuhan dengan rawatan yang berpanjangan
  • Risiko terhadap pesakit yang ingkar / tidak mematuhi aturan/rejim rawatan
  • Kesan-kesan sampingan ubat-ubatan semasa rawatan
  • Risiko penyebaran kuman TB dan kepentingan mengamalkan etika semasa batuk atau bersin dengan betul
RAWATAN PENYAKIT TIBI

Sesiapa sahaja berpotensi untuk mendapat jangkitan penyakit Tibi ni.. tapi ada faktor tertentu yang boleh meningkatkan risiko tersebut. Antaranya:


Sistem imun yang lemah – sistem imun yang kuat biasanya berjaya melawan jangkitan bakteria penyakit Tibi, tapi badan kita tak mampu untuk bertahan jika sistem pertahan kita lemah. Ada beberapa jenis penyakit dan perubatan yang boleh melemahkan sistem imun seseorang termasuklah:
  • HIV / AIDS
  • Kencing manis
  • Sakit buah pinggang kronik
  • Sesetengah jenis kanser
  • Rawatan kimoterapi
  • Ubat yang digunakan untuk menghalang penolakan organ yang baru dipindahkan
  • Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat rheumatoid arthritis, penyakit Crohn’s dan psoriasis
  • Kekurangan nutrisi
  • Faktor umur

1. NUTRIFERON

- membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.
-ia mampu mengurangkan / mengelakkan simptom alergi

2. VIVIX

Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan. Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru. ia juga meningkatkan imunisasi tubuh.



Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke SET TIBI ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







No comments: