Follow Us @soratemplates

Wednesday, November 22, 2017

Cara Semulajadi Merancang Kehamilan, Tanpa Kesan Sampingan

“Ingat nak tunggu anak 2 tahun baru nak ada ‘baby’ lagi. Tapi, macamana cara merancang kehamilan secara semulajadi ya? Kalau ambil ubat takut ‘effect’ pada susu badan pula. Nak pakai IUD atau implan rasa seram pula. Manalah tahu ada kesan sampingan lain.”
Kebanyakan ibu yang baru bersalin inginkan masa untuk bersama bayinya sebelum hamil lagi. Bagi ibu yang menyusui anak mereka sepenuh masa, kesuburan akan mula berlaku selepas bayi berumur 6 bulan ke atas. Keadaan ini berlaku kerana adanya hormon prolaktin yang tinggi kadarnya. Prolaktin boleh menghalang proses ovulasi. Bagi ibu yang tidak menyusui anak, mereka bolehlah menggunakan cara sedia ada yang lain untuk menjarakkan kelahiran. 
Menurut saranan WHO, tahap kesihatan wanita untuk kembali hamil setelah melahirkan anak adalah 2 tahun. Ini kerana setelah menjarakkan kehamilan selama 2 tahun, luka bersalin atau pembedahan telah sembuh sepenuhnya.
Anak pula telah lengkap tempoh menyusu, manakala emosi juga lebih bersedia untuk menerima kehadiran bayi baru.
sebab bayi menangis

ADAKAH IBU MENYUSU MASIH BOLEH HAMIL LAGI WALAUPUN HAID BELUM TETAP?

Setelah bersalin, setiap wanita berpeluang untuk mengandung lagi walaupun ada yang belum datang haid dengan tetap.
Ini kerana, proses ovulasi masih berlaku dalam rahim wanita. Ramai wanita yang telah mengandung apabila mula berhubungan seks dengan suami selesai berpantang.
Maka, wanita perlu mengambil langkah pencegahan sekiranya bercadang untuk menjarakkan kehamilan.
Foto Kredit: akronchildrens.org

CARA MERANCANG KEHAMILAN SECARA SEMULAJADI, TANPA UBAT

Di klinik kesihatan, biasanya jururawat atau doktor akan bertanyakan sama ada anda berminat untuk mengambil sebarang langkah perancang keluarga semasa lawatan ‘check up’ bayi.
Biasanya kaedah yang ditawarkan adalah pil perancang, suntikan, IUD, atau implan. Setiapnya memiliki keberkesanan tersendiri dan kesesuaiannya bergantung kepada tubuh seseorang. Ia mungkin akan mendatangkan sedikit kesan sampingan sekiranya tidak serasi dengan anda.
Berikut adalah 5 cara merancang kehamilan secara semulajadi yang boleh dicuba, tanpa penggunaan sebarang ubat-ubatan.
pregnant-on-the-pill

1. MENCATAT SUHU BADAN SETIAP HARI

Cara merancang kehamilan ini memerlukan wanita untuk menyukat suhu badan asa setiap hari.
Ini kerana, fasa kesuburan seseorang wanita biasanya dapat dijangka melalui kenaikan suhu badan.
Termometer khas, iaitu basal body themometer perlu digunakan untuk menyukat suhu badan dengan tepat kerana perbezaan suhu adalah tidak begitu banyak.
Suhu diambil setiap hari dan diplotkan sebagai graf. Jika diteliti, setiap bulan ianya akan mempunyai pattern yang serupa.
Namun, harus diingatkan suhu badan boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran seperti tidur yang terganggu atau demam.
Pasangan yang menggunakan kaedah suhu ini perlu mengelakkan hubungan seks sehingga tiga hari selepas meningkatnya suhu badan.
tanda subur wanita

2. MENGENALPASTI PERUBAHAN CECAIR PADA FARAJ
Merujuk kepada Dr Zubaidi, apabila cecair faraj muncul, wanita boleh mengenalpasti tekstur dan warnanya untuk mengetahui sama ada tubuhnya sedang subur atau sebaliknya.

  • Jika diperhatikan dengan teliti, faraj akan terasa kering selepas tamatnya haid. Kekeringan ini bermaksud ovulasi belum lagi berlaku dan peluang kehamilan adalah rendah.
  • Kemudian, terdapat sedikit cecair faraj yang akan muncul. Jika cecair faraj kental, pekat, dan berwarna putih atau krim, ini bermakna seseorang wanita menghampiri waktu ovulasi.
  • Peluang untuk hamil adalah amat tinggi apabila cecair faraj ini bertukar kepada warna jernih, licin, dan mudah diregangkan. Maka, hubungan seksual perlu dielakkan jika anda merancang untuk menjarakkan kehamilan.


Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memperhatikan cecair ini pada awal pagi kerana cecair faraj boleh dipengaruhi oleh aktiviti lain pada waktu siang.
tanda subur wanita keputihan

3. KAEDAH BERITMA

Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah kalendar kerana wanita perlu merekodkan kitaran haid selama enam bulan.
Kitaran haid biasanya selama 28 hari, tapi julatnya boleh di antara 23 hingga 35 hari, dan masih dikira sebagai normal. Kitaran haid dikira dari ‘hari pertama pendarahan’ hinggalah ke ‘hari pertama haid yang berikutnya’.
Setelah mendapat kitaran yang tetap, anda boleh membuat sedikit pengiraan untuk mendapatkan waktu subur.
Cara mengiranya adalah seperti berikut:
  • Untuk kitaran haid yang ‘terpendek’, tolak harinya sebanyak 18 hari. Ini memberikan hari pertama kesuburan.
  • Untuk kitaran haid yang ‘terpanjang’, tolak 11 hari, ini memberikan hari terakhir kesuburan.
Sebagai contoh, sekiranya sepanjang enam bulan penelitian kitaran haid didapati kitaran terpendek adalah 25 hari manakala yang terpanjang pula adalah 35 hari, cara mengiranya adalah begini:
  • Kitaran terpendek tolak 18 hari: 25hari -18hari = 7 hari
  • Kitaran terpanjang tolak 11 hari: 35hari – 11 hari>= 24 hari
Ini bermakna, hubungan seksual perlu dielakkan sepanjang hari ke-7 hingga ke hari ke-24 kerana tempoh tersebut adalah waktu subur.
Untuk memudahkan, anda boleh memanfaatkan teknologi dengan menggunakan beberapa aplikasi telefon pintar yang membantu kiraan di atas seperti naturalcycles.comcyclebeads.com, atau Kindara Fertility Tracker.
cara merancang kehamilan

4. MENYUSU BADAN DENGAN TETAP

Menurut Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor melalui sebuah artikel dalam akhbar tempatan, cara merancang kehamilan yang paling mudah adalah melalui penyusuan badan secara ekslusif.
Untuk menjayakannya, selang di antara penyusuan hendaklah tidak melebihi 4 jam pada sebelah siangnya dan tidak pula melebihi 6 jam pada malam hari.
Menurut beliau lagi, sekiranya penyusuan diselangselikan dengan susu formula, lagi cepatlah kitaran haid wanita akan bermula. Ini mempercepatkan kebarangkalian untuk mengandung.
Kaedah ini turut dikeali sebagai laktasi amenorrhoea secara saintifiknya. Ia dikatakan lebih berkesan dipraktikkan oleh wanita yang agak berumur disebabkan oleh pertambahan faktor fisiologi kesuburan yang menurun dengan peningkatan umur.
Walaupun kaedah ini mempunyai 2% kebarangkalian untuk mengandung pada 6 bulan pertama selepas kelahiran, risiko mengandung akan memuncak apabila haid kembali.
Penyusuan susu ibu secara eksklusif

5. EJAKULASI LUAR FARAJ

Perbuatan mengeluarkan air mani di luar faraj wanita dikenali sebagai ‘azal dari segi Islam.
Kaedah ini juga sering digelar ‘pancut luar’, bermaksud si suami hanya akan mengeluarkan air mani di luar faraj apabila hampir klimaks.
Melalui cara ini, kebarangkalian untuk hamil adalah rendah kerana air mani perlu memasuki faraj, seterusnya ke vagina, dan bertemu dengan telur wanita (ovum).
Hal ini pernah berlaku sejak zaman Nabi SAW. Menurut JAKIM, hukum ‘azal dan semua jenis perancang kehamilan bersifat sementara adalah harus bagi pasangan yang berkahwin secara sah.
Seks bersama suami

BIASANYA BERKESAN, TAPI BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TUBUH BADAN

Harus diingatkan, walaupun mengamalkan cara merancang kehamilan ini dengan teliti, namun masih ada kebarangkalian untuk mengandung kerana perkiraan kita mungkin ada juga kesilapannya.
Faktor ketepatannya juga boleh dipengaruhi oleh tubuh badan kita apabila melalui kondisi tertentu seperti stres, keletihan, tidak tetap haid ataupun sedang mengambil ubat tertentu.
Menurut sumber dari Utusan Malaysia, 25% dari mereka yang mengamalkannya mungkin mengandung dengan tidak sengaja. Namun, ramai yang selesa dengan kaedah ini kerana ia tidak melibatkan pengambilan sebarang ubat mahupun kesan sampingan terhadap kesihatan.

Bagaimana Vitamin Shaklee membantu merancang keluarga?
Vitamin C, B-Complex dan Vitamin E / GLA Complex adalah gandingan pil perancang yang terbaik.
Korang Tau tak?
Penggunaan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan Vitamin C sehingga 30%, pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. Oleh itu, pengambilan Vitamin C adalah amat digalakkan, supplemen tambahan seperti B Complex dan E juga sangat membantu. 

B Complex 
Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Vita C
Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang merokok memerlukan lebih vitamin Cuntuk membantu meningkatkan semula produktiviti. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi). Di samping itu, GLA Complex mengandungi vitamin E yang membantu menguatkan dinding arteri bagi mengelakkan risiko keguguran.







sumber


Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke SET PRENATAL ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: