Follow Us @soratemplates

Sunday, November 5, 2017

Petua hilangkan ulser atau mata ikan dalam mulut

Ulser mulut ataupun juga dikenali sebagai bibir pecah boleh berlaku pada bahagian gusi, bibir, pipi dan mahupun tekak. Rasanya boleh dikatakan semua orang pernah mengalami ulser mulut kan. Selalunya dengar orang cakap istilah ‘mata ikan', kan??
Kalau jadi ulser mulut, memang pedih sangat terutamanya bila nak mengosok gigi dan bila nak makan kan.
Fuhh memang boleh keluar air mata menahan pedih. Hehe.

Ulser mulut ini selalu terjadi di bahagian dalam bibir, di tepi lidah ataupun bawah lidah. Kadang-kadang bila kiita terhantuk pun boleh menyebabkan permukaan kulit dalam mulut jadi pecah. Dan menyebabkan ulser mulut.

Ada petua mudah untuk rawat ulser mulut iaitu:

1. Kumur air garam

Garam bertindak untuk mematikan kuman-kuman dan melegakan kepedihan.

2. Sapu dengan marjerin

Ini paling mudah dan kerap lakukan. Hanya sapu majerin di ulser mulut. Marjerin berasaskan minyak kelapa adalah sangat bagus untuk anti radang dan anti bakteria.
Lebih praktikal untuk digunakan pada kanak-kanak kan.

3. Sapu dengan madu

Madu memang bagus digunakan dalam kesihatan kita. Disebabkan ia bersifat anti bakteria dan membantu keradangan pada kulit seperti ulser.
Ini antara petua paling kerap digunakan dan mudah kan. Terutamanya untuk kanak-kanak kan. Hingga boleh ganggu selera makan. Paling penting pengambilan air kosong yang secukupnya untuk keperluan badan kita. Terutamanya mereka yang kerap terdedah pada matahari kan.
Bila terlalu kerap jadi ulser di mulut, itu memberi petanda yang badan kita kekurangan nutrien. Ia berkait rapat dengan sistem imunisasi badan.
KLIK SINI : ULSER CEPAT SEMBUH


Mencegah Ulser Mulut Daripada Berlaku

Setelah mengetahui bagaimana untuk merawat ulser mulut, kemudian adalah terbaik bagi anda untuk mengetahui bagaimana untuk mencegahnya daripada berulang lagi. Berikut adalah beberapa cadangan.

1. Menjauhi Faktor Penyebab Ulser Mulut

Ulser mulut ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Jika anda kerap mendapat masalah ini, sila lakukan perkara berikut:
Berus gigi dengan lebih berhemah, tidak terlalu kasar. Anda dinasihatkan untuk menggunakan berus gigi yang lebih lembut, untuk mengelakkan daripada berlaku pendarahan pada gusi. Kemudian, floss setiap hari.
Bertukar ubat gigi. Sesetengah ubat gigi atau mouthwashes mengandungi sodium lauryl sulfate boleh menyebabkan ulser mulut. Jika anda mendapati ubat gigi anda menjadi penyebab kepada masalah ini, sila bertukar ubat gigi yang lain.
Relaks, jangan tertekan. Kebanyakan orang mengalami masalah ulser mulut semasa mereka tertekan (dari segi emosi). 

2. Awasi Diet Dan Pemakanan

Diet dan pemakanan memainkan peranan yang penting kepada kesihatan anda. Berikut diet seimbang semasa mengalami ulser mulutadalah beberapa cadangan untuk mengelak daripada berlakunya bibir pecah ini:
Elak makanan pedas dan berasid. Hal ini kerana ia boleh memudaratkan keadaan. Cili dan air bersoda juga perlu dielakkan. Malah, sayur dan buah seperti lemon, oren dan nanas juga perlu dikurangkan.
Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk mendapatkan B12, zink, zat besi dan asid folik semasa anda mengalami ulser mulut. Anda boleh mengambil supplement vitamin untuk mendapatkan semua vitamin dan nutrient tersebut.

3. Rawat Penyakit Yang Boleh Menyebabkan Ulser Mulut

Ulser mulut yang normal, biasanya akan berlaku sebanyak 3-4 kali setahun, akan berterussan selama seminggu dua, dan tidak berkait dengan apa-apa jenis penyakit yang lain.
Namun, kalau anda mengalami masalah ulser ini sangat kerap, dan mengambil masa yang lama untuk sembuh, ia mungkin disebabkan oleh penyakit yang lain. Dalam kes ini, adakah anda mengalami sistem imun yang lemah? Adakah anda mengalami penyakit saluran gastrousus?
Hal ini kerana penyakit tersebut boleh menyebabkan ulser mulut. Oleh itu, adalah terbaik anda sembuhkan pernyakit berkenaan terlebih dahulu.
SUMBER

Bagaimana mahu membeli vitamin ini?



Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul







Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: