Follow Us @soratemplates

Tuesday, November 7, 2017

Tips elak penyakit ketika musim banjir

Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.






Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir

Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
♥Lemas
♥Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
♥Terkena renjatan elektrik
♥Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu

Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir

♣Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
♣Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
♣Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
♣Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir




Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?

◘Sentiasa minum air yang telah dimasak
◘Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
◘Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
◘Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling 
◘Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
◘Guna tandas yang sempurna
◘Buang sampah di tempat yang betul
◘Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
◘Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah


Klik sini : Fenomena Fujiwara punca banjir di Pulau Pinang























No comments: