Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2008 mendedahkan, kadar kematian disebabkan kanser adalah sebanyak 13 peratus iaitu melibatkan 7.4 juta kematian di seluruh dunia dan kadar ini dijangka meningkat kepada 13.1 juta menjelang tahun 2030.

Apa itu KANSER?

 Kanser merupakan satu penyakit maut, tetapi boleh dicegah sekiranya individu tersebut melalui pengesanan awal.
Kanser juga boleh dicegah melalui amalan gaya hidup sihat dan boleh dirawat sekiranya dikesan lebih awal.
Kanser boleh menyerang pelbagai organ dalaman dan dalam hal ini, wanita merupakan golongan yang perlu berhati-hati dan memberikan lebih perhatian kepada tubuh masing-masing kerana terdapat empat jenis kanser yang lazimnya kian kerap ‘menyerang’ kaum wanita.
Kanser payu dara merupakan kanser nombor satu yang menyerang golongan Hawa dan lebih daripada 70 peratus kes kanser payu dara yang berlaku kepada wanita tidak diketahui faktor-faktor risiko yang boleh dikenal pasti.