SESIAPA pun akan panik dan mula susah hati apabila urin atau air kencing bercampur dengan darah. Pelbagai tanggapan buruk mula menerpa fikiran. Adakah dirinya mempunyai sesuatu penyakit yang berbahaya sehinggakan mereka perlu segera berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian? Kemudian risau lagi jika rawatan yang harus dilalui itu menyakitkan dan adakah penyakit tersebut boleh membawa maut?
Kencing berdarah merupakan simptom yang biasa dan akan dialami pesakit urologi. Terdapat dua jenis kencing berdarah, iaitu individu tersebut berasa sakit semasa membuang air kecil dan tidak berasa apa-apa.
Bagi individu yang berasa sakit setiap kali membuang air kecil, apa yang merisaukan ialah kemungkinan dia menghidap penyakit batu karang.
Seseorang yang disyaki menghidap batu karang akan berasa sakit pada bahagian pinggang dan bahagian bawah perut. Sakitnya memulas-mulas dan kadang-kadang sehingga tidak tertahan oleh si pesakit.
Jika diperhati dengan betul kadang-kadang terdapat seakan-akan pasir dan batu di dalam kencing berdarah itu. Kencing berdarah juga mungkin disebabkan pengambilan ubat-ubatan tertentu, senaman yang berat walaupun ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan kencing berdarah.
Apa yang lebih dibimbangkan ialah jika kencing berdarah ini adalah tanda-tanda kanser.
Oleh itu, perkara terbaik yang harus dilakukan ialah segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya anda melihat darah di dalam air kencing. Ini penting kerana ia dapat membantu menyembuhkan penyakit yang anda hidapi.
Pakar Perunding Kanan Urologi, Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Datuk Prof. Dr. Zulkifli Md. Zainuddin berkata, kemungkinan juga kencing berdarah berlaku kerana terdapat jangkitan kuman pada saluran kencing, yang lebih banyak terjadi kepada golongan wanita.
“Namun, ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki. Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikro organisme seperti bakteria memasuki saluran kencing dan membiak, menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.
“Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing atau ureter, yang juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.
“Lebih membimbangkan ialah berlaku kanser pundi kencing dan kanser buah pinggang, yang mana pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit tersebut kerana tidak mengalami kesakitan.
“Golongan berumur akan lebih bimbang jika terdapat ketumbuhan dan kanser kerana ia biasa berlaku pada golongan ini sementara secara umumnya batu karang banyak terjadi pada golongan muda.
“Purata penghidap daripada segi jantina adalah sama kepada lelaki dan perempuan,” katanya semasa ditemui baru-baru ini.
Tambahnya lagi, penghidap penyakit batu karang akan mengalami sakit yang bukan berpanjangan. Sakit yang dialami akan muncul dalam masa tertentu dan selepas itu hilang. Kemudian sakitnya akan muncul semula.
Penyakit batu karang, ujarnya, bukan berlaku disebabkan oleh aktiviti atau postur badan. Mereka yang banyak berehat pun boleh mendapat penyakit ini begitu juga dengan mereka yang aktif. Bagaimanapun, penyakit ini jarang berlaku pada kanak-kanak.
Faktor penyebab yang paling biasa ialah pengumpulan asid urik kerana banyak memakan makanan laut dan disebabkan oleh batu kalsium yang berpunca kerana kurang minum air dan dehidrasi.
Setiap orang perlu minum sebanyak lapan gelas air kosong (bergantung pada aktiviti). Jika anda melakukan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh maka anda perlu minum lebih lagi.
Minum banyak air
Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan minum banyak air dan paling penting makan makanan laut secara sederhana.
Justeru, Dr. Zulkifli Md. Zainuddin mengingatkan, darah yang keluar bersama kencing tidak boleh dianggap normal kerana ini merupakan tanda-tanda awal kanser buah pinggang, kanser pundi kencing atau kewujudan batu karang dalam buah pinggang.
Doktor yang memeriksa akan melakukan ujian imbasan bunyi (ultrasound)dan jika siasatan lanjut diperlukan, ujian imbasan CT (sistokopi) yang melibatkan memasukkan teropong ke dalam pundi kencing akan dilakukan.
“Jika terdapat batu karang di dalam buah pinggang dan bersaiz kurang 1.5 sentimeter, doktor akan melakukan rawatan tembak batu (ESWL), iaitu menembak batu karang tersebut dari luar dan tidak memerlukan pembedahan.
“Bagaimanapun, jika saiznya melebihi 1.5 sentimeter, pembedahan dengan cara menebuk akan dilakukan bagi mengeluarkan batu karang.
“Pembedahan membuang buah pinggang perlu dilakukan jika pesakit disahkan mendapat kanser buah pinggang.
“Jika kanser terdapat dalam pundi kencing dan masih berada di peringkat awal, pesakit akan menjalani pembedahan membuang kanser sahaja.
“Namun, jika kanser sudah sampai ke tahap memasuki pundi kencing, pembedahan membuang seluruh pundi kencing akan dilakukan dan selanjutnya pesakit perlu menjalani rawatan radioterapi,” katanya.
Menurut Dr. Zulkifli lagi, jika pundi kencing dibuang, pesakit perlu memakai beg kencing seumur hidup.
Katanya, kanser pundi kencing juga berkemungkinan berlaku semula. Biasanya apabila pesakit berasa sudah sihat, mereka tidak datang semula berjumpa doktor bagi membuat pemeriksaan susulan.
Kanser pundi kencing dan kanser buah pinggang juga katanya mempunyai kaitan dengan tabiat merokok. Perokok berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Perlu diingatkan kepada setiap orang bahawa jika mengalami kencing berdarah sama ada nampak jelas di mata atau hanya setitik, anda perlu berjumpa doktor supaya doktor perlu membuat penilaian.
sumber
Yang jelas nampak dalam air kencing tu dipanggil gross hematuria. Yang bi boleh sebabkan warna air kencing berubah jadi pink atau merah.
Kalau yang jenis tak nampak pula dipanggil microskopic hematuria. Yang ni biasa kalau nak tau kena semak guna mikroskop.
Kebiasaannya kencing berdarah ni tak sakit. Kalau yang sakit tu biasa orang kaitkan dengan batu karang la plak.
Tanda-Tanda Kencing Berdarah
- sakit pada bahagian perut
- demam yang berpanjangan
- boleh berlaku begitu sahaja tanpa tanda
Banyak sebab antaranya boleh jadi sebab ini dan ada juga yang tak bahaya iaitu kalau dari pemakanan. contohnya korang makan ubi beet. Memanglah jadi pink air kencing. Yang ni tak payah nak risau.
Kalau makan ubi beet atau pun beries ke adalah normal air kencing bertukar warna.
Tapi ada sebab yang perlu diambil lebih perhatian tau. Kemungkinan ada masalah pada buah pinggang.
Atau juga berkaitan dengan saluran kencing atau masalah prostat bagi lelaki atau juga masalah buah pinggang kena jangkitan.
Penyebab Kencing Berdarah
- jangkitan pada saluran kencing
- masalah pada prostat (pada lelaki)
- batu karang
- jangkitan pada kalenjar prostat
- sakit buah pinggang
- kanser buah pinggang
- penggunaan ubat anti swelling seperti untuk meredakan kesakitan (sakit sendi)
- ubat pencair darah (warfarin, aspirin, coumadin)
Dari mana agaknya darah ni datang dan masuk ke saluran kencing? Cuba tengok gambar atas ni.
Kidney atau buah pinggang tu tempat penghasilan air kencing. Dan ia dihubungkan dengan ureter untuk disalurkan pada bladder. Bladder ni yang simpan air kencing.
Seterusnya air kencing ni akan melalui urethra untuk dibawa keluar dari badan. Jadi kita boleh agak puncanya adalah dari semua saluran ini tadi.
Kencing berdarah ni boleh berlaku kadang tanpa tanda apa pun. Tapi ada juga beberapa tanda yang mungkin boleh kita lihat iaitu:
Masalah Jangkitan Pada Bladder (tempat simpan air kencing) : biasanya kalau ada masalah ni, akan rasa panas dan sakit semasa kencing.
Masalah Pada Buah Pinggang : akan jadi demam, menggigil dan sakit pada bahagian bawah belakang badan.
Masalah Batu Karang : yang ni juga akan alami kesakitan pada bahagian belakang dan juga pelvik.
Masalah Buah Pinggang : rasa lemah, badan bengkak, darah tinggi
Jika keadaan anda teruk, boleh berjumpa doktor teruslah jangan bertangguh lagi ok.
Cuma MJ nak share satu testimoni ni di mana seorang anak berikan ibunya vivix untuk masalah kencing berdarah ibunya.
Mak nya kencing pekat merah. Takutnya. Siapa pun pasti risau kan.
Lepas ambil vivix tengok apa katanya:
Sebab sebulan dua ni mak aku kencing kotor, berdarah.Kencing pekat merah. Doktor suspect takut buah pinggang. Dah dua bulan kencing merah gitu tapi tak sakit pun rasa.Hujung bulan 12 ni appointment checkup kat hospital sungai Petani, tu aku bagi vivix tu.Dah sejak dia ambil vivix dah ok belum?Kemarin mak aku bagitau kencing dia dah jernih macam biasa. Lega aku.Alhamdulillah.Cepat gila kesan lepas makan vivix.
wassap: 0132117436
Bagaimana Vivix membantu dalam kencing berdarah
Apabila berlakunya pendarahan di mana-mana sahaja di tisu badan manusia, bermaksud ada kecedaraan di situ. Apabila berlaku kecederaan badan akan bertindak-balas dengan menghantar sel-sel untuk menyembuhkannya kembali dan menyebabkan keradangan.
Namun, yang menyebabkan kecederaan itu ialah radikal bebas. Vivix yang diekstrak daripada 4 tumbuhan yang sangat kaya dengan antioksida membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mengelakkan kecederaan pada tisu.
Selain itu, Vivix juga bertindak membekalkan tenaga kepada sel untuk fungsi yang lebih baik, memelihara sel yang baik dan membaikpulih sel yang rosak.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,
Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah
No comments:
Post a Comment