Follow Us @soratemplates

Saturday, February 24, 2018

AIR KENCING BERBUIH MASALAH BUAH PINGGANG?

Air kencing terhasil dari proses yang berlaku dalam ginjal, di mana air akan ditapis dari saluran darah yang melalui ginjal dan kemudiannya dikumpulkan ke dalam ruang takungan di dalamnya. Semasa penapisan ini, banyak bahan-bahan toksik yang dibuang.

Jika kandungan toksik dalam air kencing terlalu banyak, ia akan menyebabkan perubahan pada fizikal air kencing. Antaranya terdapat buih pada air kencing yang kelihatan apabila seseorang itu mengeluarkannya pada takungan atau mangkuk tandas. 

Buih dalam air kencing boleh jadi normal dan ada kalanya ia menandakan ada sesuatu yang tidak normal dalam tubuh seorang individu. 


BAHAYAKAH AIR KENCING BERBUIH?


Jangan risau melampau dulu
.
Air kencing berbuih belum tentu lagi menunjukkan masalah buah pinggang
.
Ada keadaan yang boleh menyebabkan kenaikan sementara dalam tahap protein dalam air kencing kita.

Buah pinggang kita membantu menyahtoksik badan & membuang bahan berbahaya.

Tapi, ada sesetengah penyakit dan keadaan
.
Yang membolehkan protein 
.
Melepasi penapis buah pinggang kita
.
Menyebabkan protein ada dalam air kencing.
.
Ini yang buatkan air kencing berbuih.
.
Manusia mempunyai dua buah pinggang, sebelah kiri dan kanan yang letaknya di bawah tulang rusuk. 
.
Penting sangat untuk kita jaga tau
.
Sel khusus, yang dipanggil podocytes, membentuk penapis yang mengekalkan nutrien penting dan sebatian bermanfaat dalam aliran darah anda.
.
Di samping menapis toksin dan bahan kimia berbahaya yang lain untuk masuk ke dalam air kencing bagi di buang daerah.
.
Dari bermaharajalela
.
Dan merosakkan badan kita.

PUNCA TERJADI PROTEIN DALAM AIR KENCING


Ramai orang mungkin tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah protein dalam air kencing kerana ia selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun, untuk ada sesetengah orang akan alami air kencing berbuih dan keruh serta edema (bengkak air). Cara untuk mengesan masalah proteinuria ini hanyalah ujian air kencing. 


Golongan berisiko tinggi untuk mengalami masalah ini adalah pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang seterusnya membawa kepada masalah protein dalam air kencing. 



CARA KURANGKAN PROTEIN DALAM AIR KENCING


Proteinuria bukanlah suatu penyakit tertentu. Oleh itu, rawatannya bergantung kepada mengenal pasti punca sebenar kepada masalah tersebut. Jika puncanya disebabkan oleh penyakit buah pinggang, rawatan perubatan yang sesuai adalah penting. Penyakit buah pinggang kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Untuk kes protein dalam air kencing bersifat ringan atau sementara, biasanya tidak memerlukan rawatan. Bagi mereka yang mempunyai masalah protein dalam air kencing disebabkan oleh diabetes dan tekanan darah tinggi, adalah sangat penting untuk mengawal dan mendapatkan rawatan yang betul untuk penyakit mereka. Ini penting untuk mencegah kerosakan buah pinggang yang progresif yang seterusnya menyebabkan proteinuria.

Cara alternatif untuk mengurangkan protein dalam air kencing adalah melalui pendekatan pemakanan yang sihat. Antara yang boleh diamalkan:


1. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM


Pengambilan makanan rendah kandungan garam membantu mengurangkan paras protein dalam air kencing. Kajian menunjukkan diet dengan pengambilan garam yang terhad menyebabkan penurunan hampir 22% paras protein dalam air kencing. Pengurangan pengambilan garam dan juga mengurangkan tekanan darah, membantu dalam memperbaiki fungsi buah pinggang. Untuk pesakit darah tinggi, pengambilan diet rendah garam di samping ubat darah tinggi telah menunjukkan pengurangan sebanyak 77% paras protein dalam air kencing.

2. AMALKAN PROTEIN SOYA


Walaupun individu yang mempunyai masalah protein dalam air kencing dinasihatkan untuk menghadkan atau mengelakkan pengambilan protein haiwan, tetapi penambahan protein soya dalam diet harian boleh bantu mengurangkan paras protein dalam air kencing. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Clinical Nutrition, didapati pengambilan protein soya yang mengandungi isoflavon mengurangkan paras protein dalam air kencing untuk pesakit predialisis. Selain itu, bacaaan serum kreatin, serum fosforus dan juga CRP menunjukkan pengurangan yang ketara. Jadi, dengan pengambilan protein soyayang berkualiti dapat bantu atasi masalah protein dalam air kencing anda.


3. AMALKAN FLAXSEED


Pengambilan flaxseed dalam diet seharian boleh bantu mengurangkan paras protein dalam air kencing. Terdapat kajian yang menunjukkan ALA (alpha linolenic acid) dan lignan yang terkandung dalam flaxseed boleh bantu tingkatkan fungsi buah pinggang. Tambahan pula, pada orang yang mempunyai risiko proteinuria yang lebih tinggi, pengambilan flaxseed secara kerap membantu dalam melambatkan permulaannya.

4. AMALKAN MINYAK IKAN


Menurut beberapa kajian, kesan anti-keradangan dari asid lemak omega-3 yang terdapat di dalam minyak ikan dipercayai bermanfaat untuk kesihatan buah pinggang. Selain itu, minyak ikan juga didapati boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Jadi, pengambilan minyak ikan dalam diet harian boleh beri manfaat kepada mereka yang alami masalah protein dalam air kencing.


5. KAWAL GULA DALAM DARAH


Adalah sangat penting untuk mengawal paras gula dalam darah jika anda mempunyai proteinuria. Tahap glukosa yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang dan seterusnya boleh membawa kepada peningkatan paras protein dalam urin. Anda perlu mengehadkan pengambilan gula dan karbohidrat halus kerana kedua-duanya meningkatkan kadar gula dalam darah. Sebaiknya fokus pada karbohidrat kaya serat, seperti biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran. Walaupun kaya dengan nutrien, sayur berkanji seperti kentang dan jagung juga dapat meningkatkan gula darah apabila dimakan lebih banyak. Jadi, pastikan pengambilan makanan ini dalam kawalan.


POLIFENOL UNTUK BANTU ATASI MASALAH PROTEIN DALAM AIR KENCING


Polifenol adalah mikronutrien yang terdapat dalam sesetengah makanan berasaskan tumbuhan. Ia merupakan antioksidan yang sangat berkuasa yang bertindak sebagai perisai untuk melindungi sel dari kerosakan radikal bebas. Jika badan kita tidak dapat cukup perlindungan, radikal bebas akan berleluasa dalam tubuh badan, menyebabkan sel badan jadi rosak dan tidak berfungsi dengan betul. Ini seterusnya boleh membawa kepada degradasi tisu dan meletakkan kita berisiko terhadap penyakit seperti penyakit jantung, kanser, Alzhemeir dan lain-lain lagi.

Beberapa kajian telah menunjukkan potensi polifenol dalam meningkatkan taraf kesihatan. Antaranya polifenol menyokong paras gula yang normal dalam darah serta menggalakkan tekanan darah yang normal. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan keradangan dan membantu memelihara sel DNA dan menyokong pembaikan, pembaharuan dan fungsi sel yang sihat. Jadi, polifenol ini juga boleh memberi manfaat kepada mereka yang alami masalah protein dalam air kencing.

Sumber makanan yang kaya dengan polifenol termasuk buah beri, ceri, delima, kekacang, teh hijau dan minyak zaitun. Polifenol juga ada terkandung di dalam Vivix. iaitu minuman botani gabungan anggur muscadine, polygonum cuspidatum, purple carrot dan european elderberry. Campuran unik 4 bahan ini membekalkan 16 jenis polifenol termasuk resveratrol yang bertindak mencukupkan keperluan nutrien sel badan dan seterusnya sel-sel badan boleh berfungsi dengan optimum.

PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK


Buah pinggang adalah antara organ yang bekerja keras untuk menapis darah. Apabila rosak, ia agak sukar diganti. Walaupun kita ada mesin dialisis dan rawatan transplan buah pinggang dan proses segalanya bukanlah semurah yang disangka. Agak sukar / leceh juga prosesnya dan mahal. Sebelum tu, kita tengok dahulu salah satu punca kenapa buah pinggang boleh rosak. 

1. Kerap tahan kencing
2. Kurang minum air
3. Suka makan makanan masin
4. Pengambilan gula berlebihan
5. Kurang rehat / tak cukup tidur
6. Kuat amalkan kafein
7. Suka minum minuman bergas atau berkarbohidrat
8. Kerap terkena jangkitan kencing / kencing kotor
9. Merokok
10. Minum alkohol berlebihan
11. Obesiti / berat badan berlebihan




Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: