Follow Us @soratemplates

Thursday, April 16, 2020

Cara kekal bertenaga & 'Kenyang' Sepanjang Ramadhan



Mesti situasi di atas pernah berlaku kan? Padahal sebelum subuh dan sahur nasi berlauk dah, pelik juga pukul 10 pagi dah lapar. Hal ini kerana, ada berlaku ‘kesilapan’ dalam diet anda ketika bulan puasa. Mudah rasa lapar dan letih sudah menjadi sindrom biasa dalam kalangan diri kita ketika berpuasa. Jadi, untuk mengelakkan mulut asyik sebut lapar dan letih ketika berpuasa ni, apa kata anda guna 8 tips ini untuk kekal aktif dan bertenaga sampai berbuka!


1. MINUM BANYAK AIR



Perkara yang paling mudah untuk dilakukan untuk sentiasa kekal aktif adalah minum air dengan secukupnya. Amat penting untuk anda ketika berpuasa untuk minum air dengan cukup pada malam hari dan ketika bersahur. Tapi ingat! Boleh untuk minum air manis tapi jangan melebihi kandungan air kosong yang anda patut minum. Bila badan mempunyai kandungan air yang cukup, maka badan akan kurang berasa letih dan muka pun makin berseri-seri betul tak? Dehidrasi pun tidak akan berlaku.


2. MINUM TEH ATAU KOPI KETIKA SAHUR

Jika tidak berada di dalam bulan puasa, antara minuman yang wajib diminum sebelum kita memulakan hari adalah kopi atau teh kan? Ternyata, dua jenis minuman ini mampu membantu badan untuk kekal aktif dan yang paling penting adalah kurang rasa lapar! Jadi, apabila anda berpuasa, boleh juga untuk jadikan kopi dan teh sebagai minuman ketika bersahur. Bukan itu sahaja, minuman ini juga akan membekalkan kandungan antioksidan yang secukupnya kepada tubuh badan pada siang hari.


3. SIBUKKAN DIRI DENGAN KERJA RUMAH ATAU BERKEBUN


Untuk surirumah yang sepanjang hari akan berada boleh cuba lakukan ini. Biasalah bila anak-anak sudah pergi ke sekolah, bosan pula tinggal berseorangan kan? Perut pun akan mudah rasa lapar bila tengah bosan. Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah dnegan menyibukkan diri melakukan kerja-kerja rumah seperti mencuci baju, mengemas dapur atau mengemop lantai. Bukan itu saja, kalau cuaca tak panas tu, boleh juga kalau anda nak berkebun. Bila tengah asyik melihat tumbuh-tumbuhan hijau ni perut pun akan kurang rasa lapar betul tak?


4. SAMBUNG KEMBALI AKTIVITI ATAU KERJA YANG TERTANGGUH




Selain surirumah, buat anda yang bekerja pun juga boleh kurangkan rasa lapar walaupun ketika bekerja. Kalau kerja semasa sudah siap, apa kata anda cuba siapkan kerja-kerja yang tertangguh. Bukan itu saja, nak luangkan sedikit masa untuk membaca Al-Quran juga amat digalakkan.Dengan cara ini, kuranglah sikit masa bersenggang di siang hari dan anda tidak akan sedar pun masa berlalu dengan cepat.

5. KELUAR BERSIAR-SIAR



Bila tengah puasa, perkara pertama yang malas untuk dilakukan adalah berjalan. Nak berjalan pergi tandas pun malas, nak memandu pun malas kan. Tapi, tahukah anda, kalau anda keluar bersiar-siar tidak kiralah di taman atau di pusat membeli-belah, aktiviti ini akan membantu anda untuk membakar kalori juga. Mesti anda suka bila dapat membakar kalori betul tak? Berjalan atau bersiar boleh dikategorikan sebagai senaman ringan yang boleh menyihatkan tubuh badan. Jadi, boleh la pergi ‘window shopping’!


6. BOLEH BERSUKAN ATAU LAKUKAN AKTVITI YANG ANDA GEMARI



Selain berjalan atau bersiar-siar, terdapat juga segelintir orang yang mengambil kesempatan untuk bersenam ketika berpuasa. Katanya kesan yang dapat dilihat sangat cepat berbanding hari biasa. Tak penat ke? Jika anda menjalankan kehidupan dengan cara yang sihat, pemakanan yang sihat dan minum air yang secukupnya pada malam hari, sudah tentu badan akan jadi makin bertenaga. Bukan itu sahaja, bagi sesiapa yang tak suka bersenam tu boleh melakukan aktiviti yang digemari seperti bermain ‘boardgames’ atau menonton filem yang digemari. Mesti hilang rasa lapar!

BOLEH JUGA CUBA PERFORMANCE DRINK



7. MAKAN MAKANAN YANG SIHAT SEMASA BERSAHUR



Ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap orang. Makanan semasa sahur adalah seperti sarapan kalau hari biasa. Jadi, pastikan anda tidak mengamalkan makanan yang pedas dan terlalu banyak minyak ketika sahur. Makanan sebegini akan menambahkan rasa tidak selesa kepada perut dan akan membuatkan perut anda lapar. Sebaliknya, makan makanan yang kurang minyak, sayur-sayuran dan buah-buahan ketika sahur supaya khasiat yang diperolehi dapat menampung tenaga pada siang hari.

CINCH SHAKLEE JUGA BOLEH MEMBANTU!!





SUMBER : SIRAPLIMAU
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
Instagram : @eyranadzirah







No comments: