Follow Us @soratemplates

Showing posts with label coq trol plus; TTC; COD Ampang ; COD Cheras ; COD Sentul ; Pengedar Shaklee Ampang. Show all posts
Showing posts with label coq trol plus; TTC; COD Ampang ; COD Cheras ; COD Sentul ; Pengedar Shaklee Ampang. Show all posts

Tuesday, July 24, 2018

PENANTIAN SATU PENYIKSAAN, BERKAT IKHTIAR DENGAN SUPLEMEN DENGAN IZIN ALLAH SAYA DISAHKAN HAMIL

9:07 AM 0 Comments

Penantian satu penyiksaan. Dulu saya mendengar je ungkapan ni tapi tak pernah benar benar merasainya. 
.

Saya seorang ibu kepada 2orang anak. Kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan mereka songsang disebabkan masalah bicornuate uterus(rahim abnormal). Walaupun melahirkan secara pembedahan saya bersyukur dan redha kerana sekurangnya saya dikurniakan cahaya mata berbanding mereka yang kes mcm saya, ada yang tak berpeluang ada cahaya mata. 
.

Jarak kedua-dua anak saya tak begitu jauh. Anak sulung setahun lebih, saya dah hamil anak kedua. Alhamdulillah tiada masalah semasa hamil atau selepas melahirkan. 
.

Setelah melahirkan anak kedua, atas nasihat doktor saya menjarakkan kehamilan dengan mengambil implanon sebagai perancang bermula Disember 2011. Saya memakainya selama 3tahun. Selama tu juga saya tidak datang period. 
.

Selepas menanggal implan pada Disember 2014 , saya fikir tahap kesuburan saya akan kembali normal. Yer lah memandangkan jarak kedua anak sebelum ni pun tak jauh sangat. Jadi saya fikir saya ni jenis subur agaknya jadi sebaik menanggal implan mesti senang je nak lekat. 
.

Period dah kembali normal. DUA TIGA TAHUN berlalu masih belum ada apa-apa tanda. Saya mula risau. Saya pernah bertanyakan pada doktor, menurut doktor memang ada sesetengah orang setelah memakai implan tahap kesuburan lambat untuk kembali normal.
.

Saya pun mula berusaha, pada mulanya saya mengambil vitamin kesuburan secara konsisten seperti B-Complex yang dilengkapi asid folic. Kemudian Gla Complex untuk meningkatkan kesuburan. Di samping vitamin asas yang lain yang saya dah ambik sebelum-sebelum ni lagi. 
Beberapa bulan masih juga menunggu. 
.

Setiap kali haid agak hampa. Saya pernah menangis jugak bila haid datang. Baru saya memahami perasaan siksanya penantian itu. Dengan orang sekeliling yang asyik bertanya bila nak tambah dan terutama anak-anak sendiri yang asyik bertanya “bila kita nak dapat baby” oh tertekan jugak kadang-kadang. Yerlah saya sendiri risau juga dengan umur semakin bertambah. Saya cuma jawab “kita doa sama-sama oke” 
.

Pada awal Januari 2018 suplemen CoqTrol berada di pasaran. Saya mendengar kelas daripada pakar nutrisi betapa pentingnya pengambilan Coq dalam memberi tenaga pada sel sel tubuh badan kita. Rupanya sel ovum merupakan sel terbesar dalam badan wanita. Dan sel sperma pula merupakan sel terkecil dalam badan manusia.
.

Dan untuk pergerakan aktif sel-sel ini bertemu “cinta hati” memerlukan “tenaga”. Dan CoqTrol dapat membantu meningkatkan tenaga sel-sel ini. Ada ujian yang dijalankan menunjukkan kesan pengambilan suplemen ini pada jumlah sperma dan pergerakan sperma. Keyakinan saya bertambah bila ada seorang customer berkongsi pengalaman dia ikhtiar hamil, kata doktornya “this suplemen(coq10) is very good for your ovum”. Mendengarkan ini buat saya fikir, saya dan suami memerlukan tambahan suplemen ni, mungkin ada yang belum cukup.
.

Sebaik berada di pasaran saya terus beli dan makan bersama-sama suami. Sambil meneruskan vitamin-vitamin lain sebelum ni. Saya juga lebih mengambilberat dengan waktu subur, saya mencatatnya, menggunakan bantuan application di smartfon dan juga menggunakan ovulation kit. 
Saya betul-betul berusaha kali ni selain dari terus berdoa dan minta orang sekeliling mendoakan juga. 
.

Alhamdulillah dengan izinNya. Setelah habis sebotol CoqTrol, period saya lambat dan syukur saya disahkan positif hamil anak ketiga. Ye, Pada usia anak kedua 7tahun. Jarak sungguh kali ni. Suka betul kakak-kakak mendapat berita kehamilan ini. Kini, Kandungan dah nak masuk 5bulan, gerakan baby pun dah mula dirasai. Terasa rindu sungguh perasaan ni. Doakan kami ye. 
.

Melalui ‘struggle’nya berusaha kali ni buat saya ingin berkongsi kisah ini. Pada yang masih menanti cahayamata jangan putus asa. Teruskan usaha. Usaha perlukan masa, pengorbanan dan kesungguhan. Melaburlah untuk kesihatan kita dan pasangan. Bila badan sihat, sel sihat insyaAllah badan kita akan sedia untuk hamil. Dan paling penting senjata utama kita adalah DOA. 
.

Kongsikan kisah ini jika anda juga ingin membantu orang-orang sekeliling. Semoga perkongsian ini dapat membantu pada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah syukur pada Allah, terima kasih atas doa semua dan terima kasih Shaklee.




BAGAIMANA COQ TROL BANTU TINGKATKAN KESUBURAN

Kandungan COQ Trol adalah
  • 100mg Coq10
  • 2mg Resveratrol
  • 5.5mg Tocopherol



Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







Friday, February 2, 2018

PENYAKIT KEPUTIHAN

11:19 PM 0 Comments

Apakah itu penyakit keputihan?


Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan

Jenis-Jenis Keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. 
Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
BentukLendir yang cair dan tidak melekatLendir yang kental dan melekat
WarnaBerwarna putih atau krimBerwarna kuning atau kelabu atau hijau
BauTiada bauBerbau busuk
Jumlah yang dikeluarkanSedikitBanyak
KekerapanSemasa subur dan sebelum haidApabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lainTidak gatalGatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
RawatanTidak perluPerlu rawatan yang segera

Faraj kelihatan merah dan mengalami radang
Lendir yang kental dan melekit
Gambar di atas menunjukkan faraj wanita yang telah dijangkiti oleh kuman dan mengeluarkan lelehan yang tidak normal.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?

  1. Faktor Kebersihan
    Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
    Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
  2. Faktor Hormon
    Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
    • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
    • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
    • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
    • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah

  3. Faktor Gaya Hidup
    Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
  4. Faktor Kesihatan
    Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan

Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna pada bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactic yang mengekalkan PH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.
Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai boleh mengubah persekitan yang berasid seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organism komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.


Bahaya Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

Cara mencegah Penyakit Keputihan

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

ATASI KEPUTIHAN DENGAN SET SHAKLEE

Set Keputihan Shaklee
Memang rasa tak selesa kalau ada keputihan kan?
1. Amalkan set keputihan.

2. Minum air kosong yang banyak.
3. Cuci dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
4. Tukar seluar dalam sekerap mungkin, guna seluar dalam cotton.
5. Tambahkan Vivix untuk kesan yang lebih baik.


Bagaimana suplemen Shaklee ni bertindak?

1) Alfalfa Complex
◎ Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
◎ Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
◎ Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

2) Garlic Complex
◎ antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
◎ menghalang alergi - hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
◎ mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik. 
◎ menstabilkan glukos di dalam tubuh
◎ menurunkan kolesterol
◎ menurunkan darah tinggi
◎ detoksifikasi

3) GLA Complex
◎ Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
◎ Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
◎ Meningkatkan sistem imun tubuh
◎ Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
◎ Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
◎ Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

sekiranya anda mengalami masalah keputihan, janganlah lengah-lengah sampai melarat... jangan malu sekiranya ia untuk kesihatan diri kita sendiri... tgk tu... Dr.Hamid Arshat pun pesan suh check... kalau bukan kita yang nak jaga diri kita, sapa lagi kan..?










COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







Sunday, January 21, 2018

Mengatasi dan Merawat Keputihan

12:12 AM 0 Comments
Masalah keputihan merupakan duri dalam daging bagi kebanyakan wanita. Ia masalah yang sering terjadi kepada kebanyakan wanita walaupun mempunyai badan yang sihat tanpa sebarang penyakit. Malah ada yang cuba untuk merawat dengan berjumpa doktor.
Pil akan diberi dan ada juga klinik yang memberikan krim sapu untuk disapu ke dalam faraj. Adakah rawatan ini berkesan? Pastinya tidak! Klinik seronok mereka mendapat duit daripada penjualan ubat antibiotik dan krim sapu yang langsung tidak menyelesaikan masalah keputihan ini.
Tahukah anda bahawa keputihan terjadi disebabkan antara 2 sebab ini. Iaitu jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican.




Jika rawatan kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk. Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh anda dan seterusnya jangkitan ini boleh menyerang organ-organ penting dalam badan anda.
Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak ke pasangan kita. Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan juga kulit melecet. Suami anda juga mungkin terkena tempias daripada masalah yang dihadapi oleh anda ini.
Suami anda pasti akan mengelak daripada untuk “bersama” dalam hubungan seks. Lebih teruk, mereka “makan luar” atau menambah cawangan lain. Itu yang cuba kita elakkan. Keputihan sebenarnya boleh dirawat.

Bagaimana untuk Mengatasi dan Merawat Keputihan Buat Selama-Lamanya?

Sebenarnya ada penyelesaian bagi masalah ini. Ia satu rahsia yang cuba dirahsiakan oleh doktor. Sebab anda mungkin tidak perlu berjumpa mereka lagi untuk rawatan. Rawatan di klinik biasanya selesai untuk beberapa hari sahaja. Kemudian, ia akan muncul kembali. Jadi anda pasti akan ke klinik lagi untuk rawatan susulan. Ia bermakna duit masuk untuk klinik dan duit keluar daripada poket anda.
Hasil daripada kajian seorang Ahli Farmasi iaitu Fatina Aziz berjaya menemui jawapan bagi mengatasi dan merawat keputihan daripada berulang kembali kepada diri anda.
Anda tidak perlu lagi memakai “pantiliner” setiap masa. Dan suami anda tidak perlu lagi berasa geli dengan keputihan yang banyak yang dihadapi oleh isteri mereka. Bau busuk juga hilang. Ini pasti akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Ia akan meningkatkan keyakinan diri untuk bersama. Pastinya tiada lagi rungutan daripada suami tercinta.

Dimana untuk mengatasi dan merawat keputihan ini?

Kaedah yang digunakan menggunakan kaedah moden dan tradisional dengan kos yang lebih murah berbanding dengan rawatan di klinik yang anda jalani sekarang.





Selesaikan masalah keputihan yang membelengu diri anda sekarang. Jangan biarkan ia berlarutan kerana ia akan mengundang pelbagai masalah lain pada masa akan datang. Bahagian intim wanita sangat mudah terkena jangkitan bakteria. Anda kini mempunyai cara untuk mengatasi dan merawat keputihan!


Jangan tunggu lama-lama ye.



COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah