Thursday, March 3, 2016

Asyik rasa nak makan

Assalamualaikum w.b.t


"Td baru je makan..tapi skrg dh lapar balik" , "Asyik nak makan je la..lapar.."
Apa agaknya penyebab kenapa sentiasa rasa lapar atau cepat rasa lapar. Kadang-kadang yang makan Lecithin dan Alfalfa juga mengalami keadaan yang sama. Tapi betul ke sebab lecithin dan alfalfa?

Mulut rasa nak mengunyah je..

Kita selalu digambarkan orang berbadan besar (obes) yang 24 jam mengadap makanan.
Dan biasanya makanan yang selalu dimakan adalah makanan2 yang berlemak, tinggi ‘kalori kosong’, tinggi kandungan gula.. dalam ertikata lain tidak berkhasiat.
Namun mereka yang berbadan besar sering digambarkan makan lagi, makan lagi dan makan lagi.
Adakah perut terlalu besar dan tidak penuh-penuh?
Namun hakikatnya bukan mereka yang berbadan besar saja yang sering lapar dan makan banyak. Orang kurus juga ada yang selalu cenderung makan banyak. Terutama wanita hamil, ibu menyusu, yang  sedang haid dan remaja lelaki yang sedang membesar.
Kenapa keadaan ini berlaku? Apa sebenarnya yang buat kita lapar?
Secara amnya tubuh kita menghantar isyarat “lapar” apabila ia memerlukan sesuatu.
Antara penyebab2 kita berasa lapar dan perlukan makanan:-
  • Kandungan gula dalam darah menurun
  • Tubuh memerlukan kalori
  • Rutin makan yang biasa
  • Cuaca sejuk menjadikan metabolisma menjadi rendah dan memerlukan makanan untuk meninggikannya
  • Kekurangan nutrisi dalam diet
  • Kurang minum air    
 
 
  Kenapa Kita Asyik Rasa Lapar Masa Berdiet?  


Ok mengikut nutritionist Shaklee, ini terjadi disebabkan badan kita kekurangan zat tertentu. Walaupun kita cukup makan dan minum tapi pemakanan kita belum tentu cukup seimbang dan cukup segala vitamin dan mineral yang diperlukan oleh sel badan. Vitamin dan mineral ni penting untuk sel berfungsi dengan sempurna. Jadi badan memberi petanda dengan rasa lapar. Tapi kita tak tau vitamin apa lah yang tak cukup tu.

 Yang kita ni pula, pergi makan lagi dan lagi sebab sangkakan perut memang lapar dan tak cukup makanan. Ini menyebabkan kita terlebih makan karbohidrat ataupun protein. Makanan yang berlebihan ni pula tak dapat ditukarkan ataupun dibakar kepada tenaga yang dapat digunakan oleh otot badan. Sebaliknya, ditukarkan kepada lemak dan disimpan di dalam badan.
Ini terjadi kerana metabolisme badan yang rendah. Untuk kuruskan badan dan menjayakan program diet, metabolisme badan sepatutnya perlu berada pada tahap yang tinggi so that, otot-otot boleh bekerja lebih untuk membakar segala lelemak tepu dalam badan. Baru lah berat badan berlebihan dapat dikurangkan, ukur lilit inci pada bahagian badan boleh berkurang dan of course lah badan makin kurus!


Bagaimana Mengatasi Masalah Cepat Rasa Lapar Masa Diet?


Untuk atasi rasa cepat lapar ni, pengambilan nutrien yang betul dapat membantu memastikan azam anda nak berdiet mencapai target! Ok apakah nutrien tu?

1. Vita-Lea Iron Formula
Setiap kali sebut tentang vitamin ni, saya selalu cakap yang vitamin ni memang penting untuk semua orang tak kira samada sihat ataupun sakit. Ini vitamin paling basic yang sepatutnya semua orang makan sebab peranannya sebenarnya sangat penting untuk memastikan semua fungsi dalan badan berjalan dengan baik.
Vita-Lea membekalkan semua nutrien penting asas yang diperlukan oleh badan. Jadi Vita-Lea membantu menampung kelompongan nutrien daripada diet harian kita.

2. B-Complex
Ada orang kata B Complex menyebabkan badan jadi gemuk. Sebenarnya tanggapan ni salah. B Kompleks memainkan peranan yang sangat penting dalam badan iaitu menukarkan karbohidrat dan gula kepada tenaga supaya dapat digunakan badan.
Jadi, memang kalau makan B Kompleks kita akan rasa cepat lapar dan rasa nak makan. Tapi kalau kita amalkan Vita-Lea di atas dan makan secara seimbang, sepatutnya tak terjadi keadaan berat badan naik. Sebab kalau cukup kandungan kumpulan vitamin B dalam badan cukup, metabolisme badan jadi tinggi, badan jadi lebih aktif dan cergas dan tenaga berlebihan akan sentiasa dibakar.

3. Energy Cinch Tea
Lagi satu, untuk orang yang memang ada masalah metabolisme rendah, cepat rasa mengantuk, letih dan kurang cergas dan jarang exercise, Energy Cinch Tea dapat bantu atasi masalah-masalah tersebut. Sebab Cinch Tea bantu tingkatkan metabolisme, boost tenaga segera dan memberi kecergasan kepada badan. Jadi ini juga membantu badan membakar lemak dengan cepat.
Kawan-kawan saya kebanyakannya cakap memang badan berpeluh-peluh bila amalkan Cinch Tea ni. Diorang suka minum waktu mata rasa sangat lah layu tapi banyak kerja nak kena buat hihi

4. Herb-Lax
Ramai orang taktau sebenarnya proses detoksifikasi sangat penting dan memberikan kesan positif besar kepada badan dalam jangkamasa panjang. Herb-Lax ibarat julap yang membersihkan perut daripada lendir dan sisa kotoran yang melekat pada dinding usus. Kekotoran ni kalau dibiarkan boleh jadi toksin kepada tubuh badan dan punca kepada pelbagai penyakit.
Kalau tak dibersihkan, kekotoran pada perut ni menyebabkan zat-zat penting tak dapat diserap dengan berkesan ke dalam badan dan seterusnya dibuang je terus. Kan membazir tu? Ini juga antara punca kenapa kita asyik rasa lapar dan perut tu maintain buncit je tak kempis-kempis.




Love,

Shaklee Independent Distributor
Pengedar Shaklee Sah Cheras & Ampang
Whatsapp / SMS = 0132117436
ID = 1207294
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah

0 comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan mengenai Vitamin Shaklee, boleh hubungi saya.