Sunday, October 9, 2016

Susah sangat ke nak jaga Jantung?

8 cara mudah untuk menjaga jantung anda

Walaupun faktor risiko sudah tersebar luas di kalangan masyarakat umum, penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian yang boleh dicegah dalam kalangan mereka yang berumur 40-65 tahun. Statistic untuk penyakit jantung kekal tinggi disebabkan kurangnya komitmen terhadap gaya hidup dan jantung yang sihat .
Dengan mengikuti perubahan gaya hidup yang mudah ini, anda boleh mengurangkan semua faktor risiko yang boleh diubah suai untuk penyakit jantung, serangan jantung dan strok.

1: PILIH MAKANAN BERKHASIAT
Mengambil makanan yang betul boleh membantu anda mengawal berat badan, tekanan darah, gula dalam darah dan kolestrol. Mengehadkan lemak tepu dengan mengehadkan daging merah dan memilih minyak sayur-sayuran dan prosuk tenusu rendah lemak juga boleh membantu mengawal paras kolestrol.
  • ü  Ambil snek kekacang atau buah-buahan dan bukannya coklat atau kek.
  • ü  Minum air putih, bukan minuman bergula atau berkarbonat
  • ü  Makan banyak kali tetapi dalam hidangan yang lebih kecil.
  • ü  Ambil makanan tambahan untuk jantung, seperti Nitrik Oksida dan minyak ikan Omega-3


LEBIH
KURANG
01 buah-buahan
01 Makanan bergaram
02 sayur-sayuran
02 Makanan bergoreng dan berlemak
03 Ikan, terutamanya ikan yang berminyak
03 Makanan segera
04 Kekacang & bijirin
04 Daging merah
05 Daging putih tanpa lemak
05 Makanan diproses dan sejuk beku

2: SASARKAN UNTUK BERAT BADAN YANG SIHAT
Orang dewasa dengan berat badan berlebihan atau obes yang kehilangan 3-5% daripada berat badan mereka boleh menghasilkan keputusan klinikal yang bermakna. Lebih banyak penurunan berat badan boleh menghasilkan keputusan yang lebih baik untuk tekanan darah, tahap kolestrol dan gula dalam darah.

3: MENGURUSKAN TEKANAN DARAH
  • ü  Ambil kurang daripada 1 sudu the sodium (garam) sehari.
  • ü  Dapatkan pemeriksaan berkala untuk tekanan darah
  • ü  Ambil ubat yang ditetapkan.


4: AWASI PINGGANG ANDA
Pastikan saiz pinggang anda kecil dengan melakukan senaman seperti sit up, twist atau belly crunches. Regangan tertentu juga boleh membantu membentuk pinggang anda.
  • Ø  Meniarap
  • Ø  Angkat bahagian atas badan menggunakan lengan
  • Ø  Berhenti pada kedudukan yang selesa dan tahan selama 5 saat.
  • Ø  Twist badan ke kanan dan tahan selama 5 saat.
  • Ø  Twist pula ke kiri dan tahan selama 5 saat lagi.
  • Ø  Perlahan-lahan kembali ke kedudukan asal.

5: AKTIF SECARA FIZIKAL
Aktiviti fizikal yang tetap boleh menurunkan tekanan darah, memastikan berat badan terkawal dan menurunkan kolestrol jahat. Pakar mengesyorkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti senamrobik sederhana 5 hari seminggu.
Pilih sama ada:
  • 1.       30 minit aktiviti fizikal 5 kali seminggu.
  • 2.       Pecahkan 30 minit itu dengan melakukan sebarang 3 aktiviti ini. (10 minit setiap satu)

a.       Berjalan di sekitar blok
b.      Menari untuk 3 lagu kegemaran anda.
c.       Berbasikal
d.      Gunakan tangga untuk ke pejabat atau pangsapuri anda.
e.      Lakukan jumping jacks sambil menonton TV.

6: DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
                4 tip untuk tidur lena
-          Tidur pada masa sama pada setiap malam.
-          Jangan makan 3 jam sebelum tidur.
-          Baca doa tidur
-          Elakkan tidur siang.

7: BERHENTI MEROKOK
Berikut adalah insentif yang baik untuk berhenti merokok. Risiko penyakit jantung anda boleh turun lebih 50% satu tahun selepas berhenti.
                4 tip untuk berhenti:
-   Pastikan tangan anda sibuk, misalnya melukis, bermain alat muzik, menggenggam bola tekanan
-   Pastikan mulut anda sibuk, misalnya mengunyah gula-gula getah, mengunyah batang saderi, menghirup air.
-   Tarik nafas panjang, berfikir tentang perkara-perkara lain.
-   Focus kepada satu hobi.

8: KURANGKAN PENGAMBILAN ALKOHOL
                4 tip untuk meninggalkan alcohol
-   Kira kosnya – simpan diari tentang berapa banyak anda menyimpan kerana tidak minum.
-   Tiada godaan – buang semua alcohol dari rumah anda.
-   Beritahu keluarga dan rakan-rakan bahawa anda mahu berhenti.
-   Jauhkan diri daripada orang yang minum.


PEMAKANAN SIHAT UNTUK JANTUNG

Selain daripada mengambil diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti yang dicadangkan sebelum ini, terdapat juga makanan dan nutriet sihat tertentu yang khusus untuk melindungi jantung.

01 MINYAK IKAN OMEGA-3


Pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA membantu mengawal paras kolestrol di samping membantu menurunkan pembekuan darah dengan membaiki kelikatan darah. Ia dianggap lemak penting kerana badan tidak boleh menghasilkannya tetapi mesti diperoleh daripada diet harian.

Didapati pada kebanyakan ikan air sejuk dan beberapa kekacang dan bijian, EPA dan DHA membantu meningkatkan HDL (kolestrol baik) di dalam badan, di samping mengurangkan trigliserida, sejenis lemak di dalam darah. Pengambilan yang tetap dapat mengurangkan paras kolestrol dan trigliserida, yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

EPA DHA mengandungi minyak ikan terbaik yang telah melalui proses penyulingan molekul berganda untuk membuang segala kekotoran , toksin dan pencemaran dari alam sekitar. Diperoleh dari Laut Norway, salah sebuah lautan paling bersih di dunia, ia merupakan sumber terbaik minyak ikan Omega 3 dengan EPA dan DHA.

02 CoQ10

CoQ10 semulajadi tubuh terdapat banyak di sel jantung. Ianya membantu dalam penjanaan tenaga di dalam sel-sel jantung yang sememangnya memerlukan banyak tenaga untuk bekerja dengan efisien. Oleh sebab paras CoQ10 berkurangan apabila usia seseorang meningkat, paras CoQ10 perlu ditambah dari luar iaitu melalui pemakanan supplemen. Dan CoQ Health Plus dari Shaklee adalah sumber terbaik di pasaran.

Dilaporkan, paras CoQ10 di dalam jantung pesakit yang menghidap penyakit jantung setelah autopsy, menunjukkan bacaan yang amat rendah sedangkan ianya adalah organ yang sepatutnya mengandungi paras CoQ10 yang tinggi. Jelaslah ini menunjukkan kaitan betapa pentingnya CoQ10 di dalam tubuh khasnya untuk kesihatan jantung.

03 ALFALFA COMPLEX



Lemak kolestrol yang terurai perlulah disingkirkan keluar dari badan. Alfalfa Complex mengandungi saponin yang bertindak seperti span serat yang menyerap kolestrol dan menyingkirkannya daripada tubuh. 




COD Area Ampang, Cheras dan Putrajaya

Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Putrajaya
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







0 comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan mengenai Vitamin Shaklee, boleh hubungi saya.