Follow Us @soratemplates

Saturday, May 13, 2017

Ramai wanita tak tahu dia ada fibroid

Fibroid dalam rahim juga dikenali sebagai leiomyoma atau myoma adalah ketumbuhan benigna (bukan kanser) yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Saiz dan bentuk ketulan fibroid ini juga tidak sama dan boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim atau antara lapisan rahim atau melekat pada rahim seperti struktur akar.


Malah, fibroid ini boleh tumbuh satu ketulan sahaja atau lebih banyak ketulan pelbagai saiz. Satu ketulan fibroid yang kecil ini juga boleh kekal sedemikian sehingga tempoh yang lama, namun ia boleh membesar dengan pantas secara tiba-tiba atau membesar perlahan-lahan dalam tempoh bertahun-tahun.

Fibroid ini boleh berlaku terhadap wanita pada semua peringkat usia yang sudah mencapai akil baligh, tetapi paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia 30 hingga 50 tahun. Dianggarkan 20 hingga 40 peratus insiden fibroid dalam rahim berlaku dalam kalangan wanita dalam tempoh reproduktif (tahun kesuburan). Wanita Afrika-Amerika dikatakan lebih kerap mendapat fibroid berbanding wanita Kaukasia dan Asia.


Kenapa Fibroid boleh terjadi?

Banyak faktor epidemiologi dikaitkan dengan pembentukan myoma ini, namun kebanyakannya masih tidak dapat difahami sepenuhnya termasuk kaitannya dengan bangsa, hormon endogen, obesiti, persekitaran, gaya hidup seperti pengambilan kafein, alkohol, merokok, aktiviti fizikal dan tekanan serta pengaruh lain seperti darah tinggi dan jangkitan.

Kebanyakan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami simptom penyakit hinggalah membuat pemeriksaan klinikal dan doktor mengesahkan di dalam rahim mereka ada ketulan terbabit.


Fibroid yang menunjukkan simptom mendatangkan kesan yang besar kepada kualiti kehidupan seseorang wanita termasuk produktivitinya. Dalam satu kajian membabitkan 21,000 wanita daripada lapan negara, didapati gejala buruk akibat fibroid menjejaskan hubungan seks bersama suami sebanyak 43 peratus, mengganggu tugas di tempat kerja (28 peratus), manakala mengurangkan masa lapang bersama rakan dan keluarga (27 peratus).


Pembedahan



Pembedahan yang biasa ditawarkan untuk merawat fibroid dalam rahim itu adalah miomektomi iaitu prosedur untuk membuang fibroid tanpa membuang rahim (uterus). Ia biasanya dilakukan kepada wanita yang masih mahu mendapatkan anak. Walaupun ketulan lama sudah dibuang, pesakit masih berisiko mendapat ketulan baru dan lebih banyak pembedahan terpaksa dilakukan.

Histerektomi pula pembedahan membuang rahim dan biasanya serviks turut dibuang. Ia hanya akan dipertimbangkan selepas semua rawatan alternatif tidak berjaya atau ketulan terlalu besar. Malah, pesakit yang menjalani pembedahan ini tidak boleh mengandung.


Perunding Perbidanan dan Pakar Sakit Puan, Pusat Sakit Puan dan Perubatan Janin (FMGC), Dr Raman Subramaniam berkata, pengurusan pesakit dengan fibroid dalam rahim sangat bergantung kepada keadaan semasa pesakit.
Ini kerana, fibroid yang tidak menunjukkan simptom, bersaiz kecil dan berlaku dalam kalangan wanita hampir putus haid (menopaus) biasanya tidak memerlukan rawatan. Bagaimanapun, pesakit yang sengsara akibat simptom ketulan dalam rahim itu memerlukan rawatan sama ada pengambilan ubatan atau menjalani pembedahan atau kedua-duanya sekali.


Apa kata pakar?

“Biasanya pembedahan dianggap sebagai pilihan paling biasa untuk merawat fibroid dalam rahim dengan tahap simptom yang sederhana hingga teruk. Bagaimanapun, seperti mana-mana juga jenis pembedahan wujud risiko untuk berlaku komplikasi. Sebab itu, prosedur seperti histerektomi sering dikaitkan dengan morbiditi, kematian dan beban ekonomi ke atas sistem penjagaan kesihatan.

“Bagi sesetengah wanita, mereka rasa terhalang daripada menjalankan prosedur ini kerana ia bermakna peluang mereka untuk mengandung sudah tertutup. Bagi wanita yang mencari alternatif, miomektomi memberikan kelegaan sementara daripada fibroid dalam rahim yang dihadapi. Bagaimanapun, wujud risiko fibroid ini akan berulang di masa hadapan,” katanya.


Terapi farmakologi juga boleh digunakan untuk merawat fibroid dalam rahim, tetapi kaedah ini hanya memberikan kelegaan sementara, manakala penggunaan jangka panjang mempunyai kekurangan tertentu seperti terjadinya menopaus pramatang dan kurangnya ketumpatan tulang. Fibroid juga selalunya akan membesar dan simptom akan kembali sebaik sahaja rawatan dihentikan. Terapi ubatan juga adalah pilihan rawatan kepada segelintir wanita dengan masalah fibroid. Ubatan mungkin mengurangkan kesakitan dan pendarahan haid yang teruk akibat ketulan terbabit. Ia tidak membuang terus fibroid, sebaliknya mungkin mengecutkan ketulan itu. Ubatan untuk fibroid termasuk pil perancang kehamilan yang digunakan untuk mengawal pendarahan haid yang banyak dan pelepas hormon Gonadotropin (GnRH) agonis yang menyekat penghasilan estrogen dan progesteron menyebabkan pesakit mengalami menopaus sementara.


Simptom fibroid dalam rahim

• Pendarahan haid yang teruk dan berpanjangan
• Senggugut
• Pendarahan faraj pada masa yang lain daripada haid
• Anemia
• Kesakitan selepas hubungan seks (dyspareunia)
• Tekanan pelvik
• Lemah kawalan kencing
• Pembesaran uterus dan abdomen
• Keguguran
• Ketidaksuburan



Bagaimana Vivix membantu mengecutkan fibroid

Fibroid memang dikatakan berpunca daripada hormon estrogen yang berlebihan dan genetik. Tapi, tidak kah anda berminat nak tahu, bagaimana gen anda rosak dan hormon estrogen meningkat? Kerana penyakit genetik takkan tiba-tiba muncul.
Menurut kajian yang dimuatkan dalam Jurnal of Assisted Reproduction and Genetics. Volume 30, Issue 7 pada Julai, 2013 fibroid terjadi disebabkan terdapat masalah dalam sistem antioksida dalam badan. Maksudnya fibroid terjadi disebabkan oleh pengaruh radikal bebas. Sebab itu Vivix yang diekstrak daripada 4 jenis tumbuhan yang sangat tinggi dengan antioksida sangat berkesan untuk mengecutkan fibroid.

Perlu kita ingat bahawa dalam badan kita dan 11 sistem yang perlu beroperasi dengan baik bagi menjadikan kita manusia yang sihat

Semua sistem terbentuk daripada sel. Daripada sel menjadi tisu, daripada tisu menjadi organ, daripada organ menjadi sistem. Jadi perlu untuk sel kita sihat bagi menghasilkan sistem yang sihat

Salah satu sistem dalam badan ialah sistem peranakan. Sel sistem peranakan ini perlu sihat bagi melahirkan sistem yang sihat

Maka, dengan pengambilan Vivix yang berfungsi untuk membaiki dan menyihatkan sel, maka secara langsung ianya juga akan membantu mengecutkan fibroid dan menghasilkan sistem peranakan yang sihat.

Vivix sebenarnya adalah salah satu cara paling berkesan untuk memelihara kesihatan dan sepatutnya dimiliki oleh semua orang.

Insyaallah dengan pengambilan Vivix yang berterusan akan membantu untuk mengecutkan dan menghilangkan fibroid.





Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul







Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







No comments: