Follow Us @soratemplates

Wednesday, November 15, 2017

Jangkitan Cacing Boleh Akibatkan Anemia dan Ganggu Tumbesaran Anak

Masalah kecacingan adalah suatu penyakit biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa disarankan supaya tidak mengambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus saja.
Sebenarnya, jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan seperti mata, hati, paru-paru dan salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.
Sistem imun kanak-kanak yang tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing antara penyebab utama mereka mudah dijangkiti, tetapi jangkitan boleh berlaku pada golongan dewasa juga sekiranya kebersihan tidak diamalkan.


Jangkitan cacing juga boleh diperoleh daripada haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya (jangkitan melalui kulit).
Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan, cacing jarum atau cacing benang ialah sejenis cacing yang sangat halus berukuran kira-kira setengah inci panjang dan tinggal di dalam usus.
Cacing jarum betina keluar dari dubur pada waktu malam dan bertelur berhampiran dengan kulit dubur. Jangkitan cacing yang disebabkan oleh cacing jarum dikenali sebagai 'enterobiasis', satu penyakit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Cara jangkitan
Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak menelan telur cacing jarum. Seorang kanak-kanak mendapat telur cacing jarum melalui sentuhan dengan kanak-kanak yang dijangkiti atau melalui pakaian tidur, cadar atau persekitaran kediaman kanak-kanak lain yang dijangkiti.
Apabila dijangkiti, kanak-kanak menggaru di kawasan dubur kerana gatal.
Telur cacing jarum melekat di celah kuku. Apabila kanak-kanak makan tanpa mencuci tangan dengan sempurna, telur terbabit akan masuk melalui mulut dan menjadi cacing dewasa dan tinggal di dalam usus.
Kebanyakan kanak-kanak tidak mendapat sebarang tanda dan gejala, namun ada juga kanak-kanak yang mengalami kegatalan di sekeliling dubur dan faraj. Komplikasi yang biasa berlaku adalah tempat yang digaru itu mungkin terdedah kepada jangkitan bakteria.
Ibu bapa boleh mengetahui bahawa anak mereka dijangkiti cacing jarum apabila terdapat cacing di dalam najis anak.
Telur cacing jarum dapat dilihat melalui pemeriksaan di bawah mikroskop dengan cara melekatkan pita pelekat pada kawasan dubur anak dan menanggalkannya semula. Telur cacing jarum melekat pada pita terbabit.

PUNCA JANGKITAN CACING PADA KANAK-KANAK DAN BAYI

Pada umumnya anak yang mengalami masalah cacing ini mungkin terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih atau sistem sanitasi yang kurang efektif. Contohnya tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar, atau bermain pasir tanpa pantauan. Makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.
Bayi juga cenderung dijangkiti cacing kerana suka memasukkan benda asing ke dalam mulutnya. Selain itu, jangkitan cacing boleh berpunca daripada haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing melalui sentuhan.

TANDA JANGKITAN CACING PADA BAYI & ANAK KECIL YANG DISANGKA SAKIT BIASA
Berikut adalah tanda jangkitan cacing yang perlu anda tahu. Walaupun ia kelihatan seperti sakit yang remeh, periksalah dengan teliti supaya ia dapat dikesan awal.

1. KEGATALAN PADA DUBUR

Anak yang terkena cacing pada awalnya akan berasa gatal dan tidak selesa pada bahagian dubur. Pada waktu malam terutamanya, kegatalan ini akan lebih menjadi-jadi. Jika terdapat perubahan pada pola tidur atau anak yang kelihatan tergaru-garu, cuba periksa bahagian tersebut dengan teliti.
Mungkin juga timbul ruam atau kemerahan akibat telur cacing atau kerana terlalu kerap digaru.
anak sakit perut
Foto Kredit: heaclub.ru

2. CIRIT BIRIT / NAJIS YANG TIDAK NORMAL

Cacing juga boleh dilihat melalui najis anak. Jika anda mengesyaki apa-apa, teruslah membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kehadiran sesetengah telur cacing seperti cacing jarum hanya dapat dilihat di bawah mikroskop.
Sekiranya anak mengeluarkan bau busuk yang sangat menusuk, ia boleh menjadi petanda jangkitan di dalam perutnya.
Najis yang dijangkiti cacing. / Foto Kredit: whattoexpect.com

3. KELETIHAN YANG LUAR BIASA

Sesetengah bayi dan anak kecil akan menunjukkan simptom keletihan yang luar biasa.
Mereka mungkin menjadi kurang aktif untuk bermain, tidak bersemangat, atau ada juga yang menampakkan kedutan dan lingkaran pada kelopak mata.

4. MUDAH JATUH SAKIT

Apabila dijangkiti cacing, anak lebih mudah sakit. Ini kerana, cacing yang berada di dalam tubuh telah menjejaskan sistem kekebalan tubuh.
Anak juga cenderung mengalami masalah kekurangan darah atau anemia, demam,alahan, kaki gatal dan bengkak, serta batuk berpanjangan. Larva cacing kadangkala berhijrah ke paru-paru sehingga menyebabkan batuk atau lelah. Ia juga boleh bergerak ke bahagian badan yang lain seperti kulit, hempedu dan pankreas lalu menyebabkan komplikasi.
Petua Menghilangkan Batuk
Foto Kredit: babycentre.co.uk

5. KURANG BERAT BADAN WALAUPUN SELERA TIDAK TERJEJAS

Tahukah anda, sesetengah anak kecil tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan cacing. Mereka masih berselera, malah mungkin akan makan dalam jumlah yang lebih banyak.
Hal ini perlu diperhatikan sekiranya anak anda tidak mengalami pertambahan berat badan walaupun telah makan dalam kuantiti yang banyak.
kenapa anak susah makan
Foto Kredit: huffingtonpost.com

6. ANAK SAKIT PERUT

Sungguhpun pada awalnya cacing ini menjangkiti usus, ia boleh menular hingga mengganggu organ lain sehingga menyebabkan anak sakit perut dan mengalami muntah-muntah. Komplikasi seperti usus tersumbat boleh berlaku pada jangkitan yang teruk.
Selain itu, ia juga boleh diiringi dengan petanda seperti cirit-birit dan kembung.

7. MENGETAP GIGI KETIKA TIDUR MALAM

Akibat dijangkiti cacing, ketidakselesaan yang dialami seperti gatal, ruam, demam, atau anak sakit perut sedikit sebanyak akan mengganggu pola tidur si kecil. Sebilangan kecil akan mengetap gigi ketika tidur malam.

TANDA-TANDA LAIN

Di samping itu, doktor menerangkan bahawa terdapat juga tanda lain seperti:
  •  Hiperaktif
  •  Sakit kepala
  •  Sensitif terhadap cahaya
  •  Gusi dan hidung berdarah
  • Wajah pucat
  • Sembelit
Foto kredit : tesco-baby.ie

BILA KALI TERAKHIR ANAK ANDA DIBERI UBAT CACING?

Setiap bayi dan kanak-kanak akan dipantau kesihatan mereka selepas dilahirkan secara berkala. Dengan cara ini, anda boleh memberitahu doktor sekiranya terdapat sebarang masalah dari semasa ke semasa.
Menurut Perunding Kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, ibu bapa seharusnya tidak terlepas pandang tentang pemberian ubat cacing kepada anak-anak. Ubat cacing boleh mula diberikan kepada bayi apabila berumur 1 tahun setengah.
Bergantung kepada doktor dan situasi anda, ia boleh diberikan setiap 6 bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk bayi berusia bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.
Akhir sekali, perlu diingatkan bahawa ubat cacing bukan hanya perlu diberi kepada kanak-kanak, tetapi juga ibu bapa. Malah haiwan peliharaan seperti kucing juga perlu diberi ubat cacing mengikut dos dan kekerapan yang ditetapkan.
Kaedah rawatan
- Satu dos ubat Albendazole atau Mebendazole diberikan dan diulang selepas dua minggu.
- Rawatan ini perlu diberikan untuk semua ahli keluarga.
- Sapukan jeli petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan (di sekeliling kawasan dubur atau faraj).
- Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan air panas dan bahan pencuci untuk menghapuskan telur cacing jarum.
- Penyakit ini sebenarnya boleh dicegah dengan mengamalkan kebersihan menyeluruh. Selain itu, anak perlu mandi dengan kerap selain menggunakan cadar, pakaian dalam dan pakaian tidur yang bersih.
- Basuh tangan dengan sempurna selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.

Kesan Sampingan Infeksi Cacing

1. Perut tersumbat dengan cacing. Tak boleh berak. Muntah tak henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.
2. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru & anda batuk serta lelah.
3. Cacing yang banyak pada usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dari lubang dubur.
4.Ada cacing hisap darah menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.
Jadi jangan  pandang acuh tak acuh.Bahaya jangkitan cacing ni.

Cara Nak Bunuh Cacing

1.Makan buah tomato mentah atau
Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
2.Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
3.Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.

Kredit: Dr Abdul Rahim Nor

SUMBER

Mak ayah pun boleh jugak berikhtiar dengan memberikan anak-anak vitamin untuk tingkatkan imunisasi dan tahap kesihatan anak-anak. 




Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke MEALSHAKES ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: