Follow Us @soratemplates

Tuesday, November 14, 2017

Kenali Tanda Rahim Jatuh.

Kebetulan memang tengah Google pasal RAHIM JATUH ni. Sebab lepas main bowling, balik rumah terus rasa perut ni CRAMP jee..

So, jom kita check.



Sebenarnya ramai wanita yang tidak perasan rahim mereka jatuh atau peranakan rendah. Situasi ini sering terjadi kepada wanita yang pernah melahirkan anak. Namun ada juga anak dara dan wanita yang belum bersalin mengalami masalah rahim jatuh.

Perkara ini mungkin disebabkan tabiat mengangkat barang berat, tidak berpantang, sembelit, otot vagina longgar dan dinding rahim tidak kuat. Jangan ambil mudah soal ini kerana ia boleh menyebabkan rahim jatuh sehingga terkeluar dari vagina atau lebih dikenali sebagai tombong. Jom semak tanda rahim jatuh dan cara mengesannya.

Tanda-tanda rahim jatuh

1. Rasa berat di sekitar ari-ari. (ini yang berlaku pada eyra)
2. Sukar mengawal kencing terutama ketika bersin dan batuk.
3. Kencing tidak lawas.
4. Senak atau sakit ketika bersama suami.
5. Sakit pinggang yang berpanjangan.
6. Sakit tumit.
7. Paha dan betis rasa kebas.
8. Rasa badan seram sejuk seperti nak demam terutama selepas asar.
9. Perut rasa sebu dan tidak selesa.


Cara kesan rahim jatuh

Kita boleh periksa sendiri di rumah untuk mengetahui sama ada rahim kita jatuh atau tidak. Ikuti langkah ini, jika anda mengalami masalah rahim jatuh segera dapatkan nasihat pakar puan. Ada juga yang merawat dalaman dengan kepakaran bidan kampung, pastikan yang bertauliah ye.

1. Dalam keadaan baring, tekan ibu jari di pusat. Jika berdenyut, itu tandanya rahim berada di kedudukan yang betul.

2. Duduk mencangkung, kemudian masukkan jari ke dalam vagina. Jika jari dapat menyentuh objek lembut yang bulat dengan mudah, itu ertinya peranakan anda rendah. Jika mahukan kepastian, anda boleh gunakan cermin untuk melihatnya. Jika ada daging yang terkeluar, anda perlu segera bertemu doktor untuk merawatnya.

3. Berbaring, kemudian urut perut dengan minyak kelapa atau minyak zaitun. Kemudian rasa di bahagian tundun, jika ada benjolan kecil. Itu tandanya rahim anda jatuh.

Punca-punca rahim turun

  • Jatuh terhentak yg kuat
  • Angkat benda yg berat
  • Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
  • Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
  • Obesiti
  • Pergerakan yang lasak

Kesan akibat peranakan jatuh

  • Sakit perut yang luar biasa.
  • Keluar cecair dari rahim.
  • Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
  • Sakit pada ari-ari.
  • Sakit pada dinding faraj.
  • Sakit ketika ‘bersama’ suami.
  • Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
  • Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

Cuba Check

  • Baring lurus, jangan guna bantal.
  • Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
  • Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
  • Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
  • Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
  • Bernafas seperti biasa.
  • Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.
Harapnya dengan perkongsian ini, dapat membantu anda semua menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

ADAKAH IA BAHAYA?

Ya, jika dibiarkan ianya akan memberi mudarat kepada kesuburan, fizikal, dan hubungan antara suami isteri dalam jangka masa panjang:
1. Masalah kesuburan – punca utama sukar hamil. Apabila mengalaminya, ia sangat menyakitkan malah boleh menyebabkan pendarahan teruk jika rahim jatuh hingga terkeluar dari alat sulit. Kemungkinan rahim perlu dibuang untuk mengelakkan rasa sakit.
2. Gangguan kesihatan fizikal – kencing tidak lawas. Paha dan betis rasa kebas-kebas. Waktu petang, terasa seperti nak demam, kaki dan tangan sejuk.
3. Masalah hubungan intim – Sakit di bahagian pinggang dan ari-ari hingga rasa senak. Boleh menjejaskan hubungan dengan suami.

ADAKAH IA BOLEH DICEGAH?

  • Elak kehamilan yang rapat
  • Kurangkan berat badan
  • Jangan angkat benda berat
  • Amalkan senaman kemutan untuk menguatkan otot pelvik
Mendengarkan namanya sahaja sudah gerun apatah lagi mengalaminya! Bayangkan rasa sakit yang tidak terhingga di rahim. Sudahlah datang bulan pun sakit, ditambah lagi dengan masalah rahim jatuh.
Amalkan langkah mencegah untuk memastikan rahim sentiasa dalam keadaan normal demi kesihatan jangka masa panjang.

SET MENAIKKAN RAHIM SHAKLEE


1.Energizing Soy Protein (ESP) berfungsi untuk menguatkan sel-sel otot rahim supaya otot rahim menjadi kuat semula. ESP yang kaya dengan protein akan menjadi makanan utama sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila sel dalam otot rahim mendapat makanan yang berkualiti, ia menjadikan otot rahim menjadi kuat dan berfungsi dengan baik.

2.Alfalfa Complex adalah herba yang dipanggil kacip fatimah moden. Pengambilan Alfalfa dengan dos dan aturan makan yang betul akan menjadikan rahim kita kuat. Insyallah membantu menaikkan rahim ke kedudukan yang asal.

Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, kecuali ibu mengandung kerana alfalfa panas dan akan membahayakan kandungan. Insyallah dengan mengamalkan set ini secara konsisten akan dapat membantu menaikkan peranakan yang jatuh dan menguatkan rahim sekaligus mengelakkan  rahim kita jatuh lagi.

Sumber : RAHIM JATUH

Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke SET RAHIM SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: