Follow Us @soratemplates

Friday, December 15, 2017

Mengapa Pusat Terkeluar Ketika Hamil?

Kaki bengkak? Itu biasa. Sakit belakang? Itu pun biasa. Pusat terkeluar? Itu pun mungkin biasa. Tetapi, tidak ada banyak penerangan tentangnya. Artikel ini ada membincangkan hal ini!


Perubahan fizikal badan ketika hamil memang tidak dapat dielakan.
Ada yang mengalami pertambahan berat yang mendadak, ada yang mengalami seri muka yang lebih cantik, malah ada yang mengalami bengkak kaki.
Semuanya pernah dikongsikan, namun bagaimana pula dengan para ibu yang mengalami pusat terkeluar ketika hamil? Sampai tersembul jadinya!
Kalau anda perasan, ini adalah salah satu bahagian yang jarang difikirkan.
Memang bukan semua, tapi ramai para ibu hamil yang mengalaminya, iaitu pusat yang terkeluar atau juga dikenali sebagai ‘outie‘.

Mengapa pusat terkeluar ketika hamil?

Pusar atau umbilicus ialah parut yang tertinggal selepas tali pusat dipotong ketika dilahirkan.
Bentuk pusar juga berlainan untuk setiap individu. Ia boleh terkeluar ataupun tenggelam.
Pusat yang terkeluar dikenali sebagai ‘outie‘ manakala pusat tenggelam dikenali sebagai ‘innie‘.
Namun pusat ‘innie’ juga boleh cembung ketika hamil. Terutamanya bermula trimester kedua.
Ini terjadi apabila perut mula membesar dengan cepat dan pusat tertolak keluar.
Ada sesetengah ibu hamil akan mengalami  pusat terkeluar sepenuhnya. Namun tidak semua mengalaminya. 

Perlukah anda risau dengan pusat terkeluar?

Sebenarnya, pusat terkeluar ketika hamil merupakan perkara yang normal. Kerana apabila perut membesar, wujudnya tekanan di kawasan ini.
Walaubagaimanapun, pusat terkeluar juga merupakan tanda hernia tali pusat. Sekiranya terdapat rasa sakit dibahagian timbul atau pusat, ia mungkin hernia.
Hernia ialah jangkitan yang normal pada bayi. Namun, jangkitan ini turut boleh terjadi kepada wanita hamil.
Tetapi kalau anda nak tahu, hernia memberikan risiko yang lebih besar kepada bayi di dalam kandungan.

Apa yang perlu dilakukan jika anda mengesyaki ianya hernia tali pusat?

Apa yang terbaik untuk anda buat ialah membiarkan ia pulih dengan sendiri. Kerana sebarang prosedur semasa hamil adalah berisiko tinggi.
Tetapi, jika keadaan menjadi lebih serius, pembedahan perlu dilakuan. Komplikasi ini adalah sangat jarang terjadi.
Ingat, anda perlu memberinya perhatian jika mulai rasa tidak selesa atau sakit.
Sama ada pusat terkeluar atau tenggelam, berbanggalah dengan kehamilan anda.
Kehamilan adalah satu pengalaman yang indah dan hanya wanita sahaja yang boleh merasainya.
Jangan risau, pusat anda akan kembali ke bentuk asal selepas habis berpantang nanti 🙂

sumber



Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: