Friday, December 15, 2017

Rambut Gugur Selepas Bersalin. Bagaimana Untuk Mengelakkannya?

Ketidakstabilan hormon, tekanan dan kekurangan vitamin, semuanya boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut selepas bersalin. Mari baca pengalaman ibu ini dan ketahui tip untuk mengatasi masalah rambut gugur.


Tahukah anda tempoh pemulihan selepas melahirkan anak jauh lebih lama daripada yang kita fikirkan? Pada mulanya, saya tidak menyedarinya.
Tetapi 3-4 bulan selepas melahirkan anak, saya tiba-tiba perasan banyak rambut gugur di merata-rata tempat: dalam billik mandi, atas bantal, mana saja saya lihat, pasti ada rambut.
Yang paling sedih, apabila disikat, rambut saya akan gugur dengan banyaknya! 
Malangnya, fenomena rambut gugur selepas bersalin adalah perkara normalyang boleh berlanjutan selama beberapa bulan.
Malah sesetengah ibu boleh mengalami rambut gugur teruk sehingga ternampak tompok botak kecil di kepala.
Mari kita bincangkan mengapa fenomena ini boleh berlaku.

Apakah yang menyebabkan rambut gugur selepas bersalin?

Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tidak stabil
Ketika ibu hamil, keadaan rambut mereka berada di peringkat terbaik disebabkan aktiviti hormon pada peringkat yang optimum. 
Semasa mengandung, rembesan hormon wanita (estrogen) adalah lebih banyak.
Di bawah pengaruh hormon ini, badan ibu hamil kembali muda dan kadar pembaharuan sel sangat cepat.
Keguguran rambut dalam tempoh ini adalah minima: rambut yang telah berhenti tumbuh secara aktif tidak akan gugur.
Pada masa yang sama, ini tidak menghalang rambut baru dari terus tumbuh.
Peredaran darah yang lebih banyak dan lancar juga memainkan peranan positif dalam pertumbuhan rambut semasa kehamilan.
Selepas melahirkan anak, jumlah estrogen dalam badan ibu akan berkurang dengan mendadak, bersama dengan kesan-kesan positifnya.
Rambut-rambut, yang gugur dalam tempoh ini, sebenarnya adalah rambut yang sepatutnya sudah lama gugur.
Tetapi jumlah estrogen yang tinggi dalam badan ibu telah melambatkan proses ini.

Sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan rambut gugur

  • Faktor tekanan. Kelahiran anak adalah perubahan yang paling besar dalam kehidupan seorang wanita. Ibu baru mungkin akan rasa tertekankekurangan tidur dan mengalami kebimbangan kerana menjaga anak. Akibatnya, keadaan kulit dan rambut ibu akan semakin merosot.
  • Kekurangan vitamin. Kebanyakkan ibu hamil akan memakan vitamin tambahan sepanjang kehamilan mereka. Ini kerana janin akan menyerap semua nutrien yang diperlukan untuk membesar. Ibu cuma akan mendapat sisa nutrien sahaja. Sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, proses ini akan berulang. Tetapi kali ini keperluan bayi yang baru lahir adalah lebih tinggi. Ibu boleh kekurangan vitamin, kerana sebahagian besar nutrien dalam badan digunakan untuk menghasilkan susu untuk anak.

Tip untuk mengelakkan rambut gugur dengan banyak

Malangnya, ia adalah mustahil untuk menghentikan keguguran rambut selepas bersalin.
Tetapi, ini tidak bermakna anda tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengelakkan rambut anda gugur dengan lebih teruk.
Rawatan terbaik dalam keadaan ini adalah untuk meningkatkan penjagaan rambut dan mengambil vitamin untuk menguatkan tubuh badan.
  • jangan sikat rambut ketika ia masih basah
  • jangan gunakan alat pengering rambut dan alat pengeriting rambut buat sementara waktu (ia merosakkan lagi rambut)
  • elak daripada mewarnakan atau mengeritingkan rambut yang menggunakan bahan kimia
  • gunakan mask rawatan rambut khas untuk masalah rambut gugur. Produk rambut yang kaya dengan bahan-bahan seperti minyak bundockvitamin Adan minyak vitamin E juga boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Selain itu, ibu juga harus mengikuti pemakanan yang sihat yang mengandungi banyak protein, kalsium, buah-buahan, dan sayur-sayuran kerana makanan adalah sumber utama vitamin dan nutrien. 
Ibu-ibu yang mengalami masalah rambut gugur yang berlanjutan atau sangat serius, perlu berjumpa dengan pakar untuk mengetahui puncanya dan cara untuk menangani masalah ini.
Biasanya, pakar akan menyarankan rawatan urut dan mesoterapi.

Petua Semulajadi Cara Atasi Rambut Gugur.

Terdapat juga petua dari generasi lama tentang cara atasi rambut gugur. Antaranya:

Petua 1: Perahan santan pertama sahaja.
Basahkan rambut, gunakan perahan santan ratakan di seluruh kulit kepala. Balut kepala dengan tuala selama 30 minit dan bilas dengan air bersih, jangan disyampu. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.
Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 3: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.
Petua 4: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

CADANGAN SUPLEMEN / PRODUK SHAKLEE UNTUK MENGATASI RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN
ESP – sumber protein yang kaya dengan 9 asid amino penting untuk memastikan kesihatan dan kekuatan rambut disamping membantu pembinaan sel-sel baru yang lebih sihat untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
BComplex – vitamin B lengkap untuk membantu pertumbuhan rambut dan meredakan tekanan (tekanan / stress juga boleh menyebabkan rambut gugur)
Vitalea (dengan zat besi) – multivitamin secara umumnya diperlukan oleh tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Zat besi pula diperlukan untuk mengangkut oksigen ke folikel rambut. Kekurangan oksigen akan membuatkan rambut menjadi rapuh dan tidak sihat.
Omega Guard – sumber omega-3 tulen yang penting dalam memelihara kesihatan rambut. Tubuh manusia tidak mampu untuk menghasilkan omega-3 dengan sendirinya. Asid lemak omega-3 juga dapat membantu meredakan keradangan yang berlaku pada akar rambut yang menyebabkan keguguran rambut.
Vivix – mengandungi gabungan resveratrol dan polifenol yang berfungsi untuk memperbaiki kesihatan secara keseluruhan pada tahp sellular. Sel yang sihat dapat menjamin tubuh yang sihat.


Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...