Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah adalah fardhu seperti Haji dari pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya. Maka umat islam berkemampuan mestilah menunaikan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
ALHAMDULILLAH. Eyra berkesempatan untuk membawa kedua orang tua (mak abah) dan mak mertua bersama suami pada 23 Nov 2018 yang lalu. Kami memilih travel agency HARMONY EXCELLENCE untuk membawa kami ke sana. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dari segi permohonan visa dan sebagainya lah..
Meh Eyra nak share sikit apa yang perlu kita buat kalau nak pergi umrah ni.
1. Travel Agency
Bab ni korang pandai-pandailah pilih mana yang bersesuaian mengikut bajet ye. Lingkungan RM5799++ (tak termasuk belanja kat sana tau)
2. Kursus Umrah
Bila dah daftar dengan travel agency ni, korang akan dapat lah info dari syarikat untuk pergi kursus umrah. Macam-macam info yang korang akan dpt untuk mendapat gambaran untuk menunaikan umrah ni. Kalau tak cukup masa untuk pergi kelas, korang bukak je Youtube. Senang dan Cepat.
3. Suntikan
Suntikan yang wajib untuk orang yang nak pergi umrah / haji ni MENINGOCOCCAL. Suntikan ini untuk elakkan jangkitan kuman dekat selaput otak (meningitis). Ni kami suami isteri buat di Klinik Kita RM130. Macam-macam tempat dah ada sekarang. Kalau Klinik DBKL dalam RM120.
4. Tukar duit
Ofkos la kalau nk ke luar negara kena tukar duit kan. Pergi lah money changer yang amik mahal sikit. Rate berubah-ubah setiap hari. Masa Eyra tukar hari tu, RM1 = 1.13 Riyal. Ni pon kena ikut bajet korang. Kalau rasa memang nk beli banyak benda kat sana, tukar lah banyak. Tapi jangan risau sebab kat sana pon ada money changer. Cuma rate dia lain sikit lah.
Tukar duit lagi RM500 = 410 Riyal |
Ini memang penting untuk bekalan tenaga. Sebab perjalanan nak buat tawaf 7 pusingan, saie dari Safa ke Marwah pon 7 pusingan ini mengambil lebih kurang 10 km. Eyra bawa Vitamin C, B complex dan Vitalea je. Lepas balik dari Subuh jam 6 pagi tu, pergi sarapan terus naik bilik untuk ambil suplemen. Kenapa kena ambil? Bagi Eyra ni semua vitamin set tambah tenaga.
○ Vitamin C - untuk sistem imunisasi kita. bagi protection lebih kat badan. Vitamin C menyokong kesihatan menyeluruh termasuk kesihatan tulang, gigi, dan gusi. Vitamin C diperlukan setiap hari bagi membantu segala proses dalam badan.
○ B complex - B-complex mengandungi kandungan B1, B2, B3,B6, asid pantotenik dan biotin membantu badan menukarkan protein, lemak & karbohidrat kepada tenaga.
○ Vitalea - Vitalea adalah multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk menyokong kesihatan tubuh badan. Dilengkapi dengan iron bagi membantu pembentukan sel darah merah dan menjaga paras hemoglobin.
Semoga korang yang belum berkesempatan untuk pergi, dapat pergi. Tak kira lah kita ni muda atau tua. kadang-kadang kita ingat kita muda, tak sakit. Tapi sebenarnya yang tua tu lagi sihat bila sampai sana. Yang penting NIAT kita. InshaAllah Allah permudahkan kalau niat kita baik.
Mengerjakan Sai'e |
Ziarah Luar di Madinah |
Di Masjid Quba |
Alhamdulillah |
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,
Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah
No comments:
Post a Comment