Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

Wednesday, April 19, 2017

Tanam rambut elak botak

11:17 PM 0 Comments
RAMBUTNYA yang semakin menipis sangat membimbangkan Alisa. Setiap kali dia menyikat rambut pasti banyak rambut yang melekat pada sikat dan di atas lantai. Jika boleh, dia tidak mahu melihat rambutnya yang gugur itu kerana hanya akan membuatkannya risau.
Apa yang paling dibimbangkan ialah lama-kelamaan mungkin dia akan menjadi botak. Tidak dapat dibayangkan jika dia botak.
Keadaan yang dialami Alisa adalah sebahagian daripada simptom alopecia (kebotakan), yang perlu dirujuk kepada doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya.

Doktor estetik dari Klinik Dr. Deleila, Dr. Hatun Deleila Azrai, 45, berkata, alopecia ialah satu keadaan yang dialami kira-kira 60 peratus lelaki dan 40 peratus wanita dari semua peringkat umur. Alopecia mungkin disebabkan oleh genetik, hormon, trauma, penyakit psikologi, trekking (memberatkan rambut dengan mengikat ketat, tocang dan sebagainya yang lama-kelamaan keadaan ini akan menyebabkan akar rambut boleh tercabut) dan tabiat suka menarik rambut. 

alopecia

Terdapat juga kanak-kanak yang suka memakan rambut sendiri yang dipanggil sebagai trichotillomania.



Katanya, terdapat juga kes kanak-kanak mengadu sakit perut, yang disangka oleh ibu bapa mereka mempunyai masalah cacing di dalam perut, tetapi setelah pemeriksaan doktor dilakukan, terdapat gumpalan rambut di dalam perut kanak-kanak tersebut.
Kontraseptif, ubat mencairkan darah, antikemurungan, steroid, penyakit darah tinggi, kencing manis, stres dan sebagainya juga menjadi salah satu sebab kepada alopecia.
“Lelaki lebih kerap mengalami alopecia tanpa mengira umur, malah ada remaja yang berusia 18 tahun sudah mengalami gejala tersebut berpunca daripada keturunan.
“Sebaliknya, wanita jarang mendapat penyakit ini cuma rambut mereka semakin menipis. Amat jarang sekali wanita yang mengalami botak keseluruhan. Alopecia yang dialami lelaki seakan-akan satu paten di atas kepala namun bagi wanita, rambut mereka semakin menipis hingga menampakkan kulit kepala.
“Masalah kesihatan seperti hipotiroid dan hipertiroid yang dialami lelaki dan wanita juga akan menyebabkan alopecia.
“Rawatan bagi menumbuhkan rambut semula boleh dilakukan tetapi doktor akan mengkaji dahulu punca-punca kepada rambut gugur yang dialami seseorang. Diagnosis alopecia bergantung kepada puncanya sama ada sementara atau definitif.
“Jika kebotakan tersebut berpunca daripada sesuatu penyakit, biasanya doktor akan merawat penyakit tersebut terlebih dahulu, kemudian barulah rawatan kepada rambut gugur diberikan,” kata Dr Hatun Deleila ditemui Mega Rona di kliniknya di Segambut, Kuala Lumpur .
Ujarnya, alopecia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah dhd testesterone, di mana minoxidyl yang meransang pertumbuhan rambut akan dititiskan pada kulit kepala.
Kaedah lain ialah dengan cara mengurut kulit kepala, mencuci rambut dengan syampu yang sesuai serta perapi, dan mencuci liang roma dengan minyak tertentu. Minyak yang digunakan juga tidak boleh terlebih atau terkurang kerana jika terlebih, liang roma akan tersumbat dan akan membuatkan situasi rambut tidak sihat dan akhirnya gugur.
Dalam cuaca negara kita yang panas, adalah lebih baik jika rambut dicuci setiap hari. Begitu juga dengan atlet yang sentiasa berpeluh digalakkan untuk kerap mencuci rambut.
Menurut Dr. Hatun Deleila lagi, terdapat banyak jenama syampu di pasaran namun sebagai pengguna, pilih syampu yang mengandungi bahan-bahan yang bagus bagi kesihatan rambut, seperti mengandungi vitamin E dan avocado.
Wanita yang memakai tudung dinasihatkan supaya tidak memakai serkup kepala yang ketat dan jangan mengikat rambut dengan getah yang ketat.
Ini akan menyebabkan rambut tidak boleh bernafas. Pilih tudung dan serkup daripada jenis kain kapas yang boleh menyerap peluh. Adalah tidak logik pendapat sesetengah orang yang mengatakan rambut banyak gugur kerana bertudung. Mungkin rambut nampak nipis dan melepek semasa bertudung tetapi bukan kerana rambut gugur.
“Adalah normal rambut gugur di antara 100 hingga 150 helai sehari. Secara umumnya, orang Asia memiliki paling banyak rambut, kedua orang Barat dan ketiga orang Afrika.
“Rambut orang Asia tumbuh sebanyak 1.25 sentimeter sebulan dan purata setahun sepanjang 15 sentimeter. Minyak kelapa yang disapukan pada akar rambut adalah bagus bagi merangsang pertumbuhan rambut dan menghitamkan kerana minyak tersebut akan meresap ke dalam keratin rambut.
“Kini terdapat teknologi menanam rambut dengan menggunakan rambut tiruan yang dibuat daripada fiber. Pelanggan boleh memilih untuk tempoh tiga atau lima tahun dan panjang rambut yang diingini.
“Terpulang kepada seseorang individu untuk melakukannya sama ada untuk suami, mempunyai penyakit yang menyebabkan rambut gugur atau masalah ini yang berpunca daripada keturunan,” katanya.



TESTIMONI RAWATAN RAMBUT DENGAN VIVIX




Masalah rambut gugur biasanya disebabkan oleh kurangnya nutrisi.
Ini menyebabkan keadaan kulit kepala tidak subur untuk rambut tumbuh dengan baik.
Tapi, selepas mengamalkan Vivix, beliau mendapati perubahan yang ketara pada rambut beliau.
Rawatan rambut gugur sangat berkesan dengan menggunakan Vivix. Hanya sesudu sehari Pn Masni Berjaya keluar dari masalah rambut gugur.

Apa Fungsi Vivix ( Antioksidan) Pada Rambut ?

Ada beberapa kelebihan Vivix dalam rawatan rambut gugur :
 1. Menyokong kesihatan kulit kepala yang penting untuk kesuburan rambut
    2. Menghalang radikal bebas yang menjadi punca sel kulit kepala rosak.    
 3. Membantu mengekalkan kesihatan rambut. 
4. Memperbaiki keadaan sel kulit kepala yang rosak dan melindungi kesihatannya.

Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.


COD Area Ampang, Cheras dan Sentul








Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,
Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436







Perubahan pada diri, segera buat pemeriksaan. Mungkinkah Kanser?

9:01 PM 0 Comments
BILANGAN pesakit kanser di seluruh dunia semakin bertambah dan dijangka akan terus meningkat. Kira-kira 8.2 juta orang meninggal dunia akibat kanser pada setiap tahun, yang mana empat juta daripadanya meninggal muda (antara umur 30 tahun hingga 69 tahun).
Lebih membimbangkan apabila dalam tempoh 10 tahun akan datang, kematian akibat kanser dijangka meningkat hingga lebih 14 juta orang setiap tahun.
Bagaimanapun, lebih daripada sepertiga daripada kematian tersebut sebenarnya boleh dicegah, dan jika dikesan lebih awal, banyak jenis penyakit kanser boleh diubati.
Di Malaysia, terdapat lebih 100,000 orang menderita kerana kanser, dengan sebahagian besarnya adalah wanita.
Dianggarkan satu dalam empat orang rakyat negara ini akan mendapat kanser dan antara puncanya berkaitan dengan gaya hidup.
Lima jenis kanser yang kerap dihidapi rakyat Malaysia ialah kanser payudara, usus, paru-paru, rahim dan tekak.
Kanser menyerang seseorang dengan pelbagai cara, namun setiap orang boleh mengurangkan risiko atau menghindari penyakit ini.

HARI KANSER SEDUNIA
Hari Kanser Sedunia yang disambut pada setiap 4 Februari, menjadi peringatan apa yang boleh dilakukan, apa pilihan anda atau apa yang hendak dilakukan bagi mengelak daripada kanser.

Perunding Klinikal Onkologi dan Radioterapi, Hospital KPJ Damansara, Dr. P. Sangeetha berkata, kempen kesedaran mengenai kanser yang banyak dijalankan sama ada oleh kerajaan mahupun swasta, membantu meningkatkan kefahaman orang ramai bagi menjalani pemeriksaan di hospital.

Katanya, masyarakat sekarang terutama wanita sangat peka jika terdapat perubahan pada diri mereka.

Mereka tidak mahu menunggu dan akan terus datang ke hospital bagi menjalani pemeriksaan imbasan dan sebagainya bagi memastikan mereka tidak menghidap penyakit yang amat ditakuti ini.

“Jika mereka merasakan terdapat ketulan pada payudara, mereka akan terus ke hospital bagi mendapatkan kepastian. Kanser boleh dielakkan jika dikesan awal.

“Selain pesakit yang mengesyaki kanser kerana ketulan yang terdapat pada payudara, terdapat juga kumpulan wanita yang datang apabila merasakan mereka mempunyai simptom penyakit tersebut.

“Golongan muda juga mesti berhati-hati dan peka kerana kanser bukan hanya menyerang golongan berusia malah sekarang ramai golongan muda yang mendapatnya.

“Wanita yang berusia lebih 40 tahun dan individu yang ahli keluarganya pernah mendapat kanser mesti sering melakukan ujian darah, pap smear dan sebagainya kerana risiko mereka adalah lebih tinggi. Lebih awal dikesan lebih tinggi peluang untuk sembuh,” katanya semasa lawatan media ke Fasiliti Kanser, Hospital Pakar KPJ Damansara, di Petaling Jaya, Selangor baru baru ini.

Lawatan tersebut termasuklah ke Suite Radiologi, Fasiliti X-Ray dan Penjagaan Harian Kemoterapi.
Dr. Sangeetha menambah, peluang untuk sembuh bergantung pada tahap penyakit.
Jika tahap satu, peluang untuk sembuh ialah di antara 80 hingga 90 peratus.
Bagaimanapun, jika telah tahap empat, sel kanser telah merebak ke banyak tempat dan banyak rawatan yang perlu dilakukan.
“Oleh itu, datang sebelum sakit dan buat pemeriksaan kesihatan. Jika mengesyaki kelainan pada tubuh seperti berat badan yang tiba-tiba turun, buang air besar berdarah, terdapat tahi lalat besar yang luar biasa, demam tanpa sebab, bonjolan dan sebagainya, segera berjumpa doktor.
“Orang akan takut apabila dengar sahaja mengenai kanser berikutan bermacam cerita yang menakutkan mengenainya, seperti kemoterapi dan kesan-kesan sampingannya.
“Bagaimanapun, setelah melaluinya, mereka tidak berasa teruk sangat. Berjumpa dan berbual dengan pesakit-pesakit kanser lain membuatkan mereka boleh menerima hakikat tersebut,” katanya.

Apa peranan kita?



1. Cegah Kanser
Perubahan gaya hidup bermakna semakin ramai orang di seluruh dunia adalah terdedah pada faktor risiko kanser seperti merokok, pemakanan yang tidak dijaga dan malas bersenam. Mendidik dan menjelaskan pada individu dan komuniti mengenai kaitan risiko kanser dengan gaya hidup adalah langkah pertama yang berkesan ke arah pencegahan kanser.

2. Wujudkan Sekolah Yang ‘Sihat’
Cara bagaimana kita mendidik kanak-kanak dan generasi akan datang adalah penting bagi langkah pencegahan dan rawatan kanser pada masa depan. Sekolah mempunyai peranan penting dalam pencegahan kanser. Kita mesti mewujudkan budaya sihat dengan menyediakan makanan berkhasiat, tidak menggalakkan merokok dan mempunyai masa untuk riadah serta sukan serta memasukkan mata pelajaran pendidikan fizikal dan pemakanan yang sihat dalam kurikulum sekolah.

3. Wujudkan Persekitaran Tempat Kerja Yang Sihat
Ramai yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka di tempat kerja. Oleh itu, tempat kerja adalah tempat terbaik bagi mewujudkan tabiat yang sihat. Syarikat-syarikat harus digalakkan memberi keutamaan terhadap gaya hidup yang sihat di tempat kerja dan memberikan pendidikan mengenai pentingnya senaman dan pemakanan sihat, bahaya merokok dan faktor risiko kanser yang lain.

4. Wujudkan Bandar Sihat
Hari ini, 54 peratus populasi dunia tinggal dalam persekitaran bandar dan dijangka meningkat pada 66 peratus menjelang 2050. Semakin moden dunia, semakin bertambah pembangunan di bandar. Justeru itu perkhidmatan kesihatan perlu ditambah kepada semakin ramai penduduk bandar yang menjalani gaya hidup aktif bagi mengurangkan faktor risiko kanser.

5. Pengesanan awal selamatkan nyawa
Mendiagnos kanser bukannya mudah kerana bukan semua kanser menunjukkan tanda-tanda awal dan simptom dan semua tanda lain mungkin lambat dapat dilihat. Bagaimanapun, bertambahnya kesedaran tanda-tanda dan simptom kanser dan pentingnya rawatan awal menunjukkan ramai yang terselamat daripada kanser.

BAGAIMANA VIVIX DAPAT BANTU KANSER?

Tiada apa yang mengembirakan hati seorang ibu bila melihat anaknya sihat dan ceria. Namun, tiada siapa dapat menolak takdir Illahi apabila diuji dengan penyakit. Apabila diuji bukan bermakan kita hanya berserah dan tidak melakukan apa-apa usaha untuk mengatasinya.

Ikuti pengalaman Puan Saadiah yang telah memberikan vivix pada anak beliau apabila anak beliau diuji mendapat kanser Hodgkins Lymphoma tahap 4 pada usia 10 tahun. 








Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







Saturday, October 15, 2016

Air Manis tingkatkan risiko batu karang

1:20 PM 0 Comments


TEH TARIK KURANG MANIS satu aneyyy!!

Da namanya teh tarik. mesti lah manis kan? Guna susu banyak pulak tu. Silap-silap gula pon ada. Patut la terpikat dengan teh tarik mamak.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malaysia adalah syurga makanan dan makan di luar adalah satu cara hidup yang tidak boleh dielakkan kerana gaya hidup kita yang sibuk. Hampir satu daripada dua waktu makan di ambil di luar kerana harga makanan yang agak murah dan gerai mamak 24 jam yang memenuhi keinginan makan pada tengah malam. 

Bagaimanapun, kajian badan kerajaan mendapati makanan yang biasa kita makan apabila di luar adalah teruk dalam segala hal berbanding makanan yang kita makan di rumah. Apakah komponen pemakanan dalam makanan popular 'di luar' ini?

Contoh :


Kalori : 348
Lemak : 32% (12g)
Karbohidrat : 57% (50g)
Protein : 11% (9g)
Sodium : 12%
Vitamin A : 24%
Vit C : 4%
Kalsium : 6%
Zat besi : 19%

Kerap mengambil makanan yang dimasak di luar adalah berbahaya kepada kesihatan kerana ia biasanya tinggi kalori, karbohidrat, lemak dan garam. Ia juga biasanya digoreng dan kebanyakannya diproses, dan mempunyai nilai pemakanan yang rendah. Oleh sebab kebanyakan kita tidak mempunyai pilihan lain, apakah yang boleh kita lakukan mengenainya?

==============================================

RISIKO KERAP MINUM AIR MANIS

01 Penyakit Batu Ginjal / Batu karang

Menurut dr. Lee Hammontree dari the Urology Centers of Alabama, mengamalkan terlalu banyak teh dapat meningkatkan risiko terjadinya batu ginjal. Faktanya 10% pesakit penyakit batu ginjal mempunyai riwayat secara rutin mengambil teh.
Teh mengandung oxalate yang cukup tinggi yang menyebabkan terjadinya batu ginjal. Oxalate merupakan kepekatan yang boleh dijumpai di dalam batu ginjal. Kandungan ini merupakan makanan pantang bagi penderita penyakit ginjal.
Jadi uols selalu meminum teh tarik manis, pembentukan Kristal dari kepakatan oxalate akan membentuk di ginjal. So, lebih baik korang kurangkan minum teh tarik manis dari sekarang. Korang boleh menggantinya dengan air kosong. 

02 Obesiti
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga secara berlebihan sekali gus boleh meningkatkan berat badan serta menyebabkan obesiti. Obesiti meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser.

03 Kencing Manis @ Diabetes
Salah satu faktor utama penyebab diabetes adalah gemarnya seseorang dalam pengambilan makanan yang tinggi gula dan lemak. Makan makanan tinggi gula dan lemak menjadi punca kenaikan berat badan, yang pada akhirnya akan meningkatkan insulin sehingga risiko terkena diabetes pun menjadi meningkat.
Pengambilan makanan yang tidak sihat seperti ini juga berisiko meningkatkan kadar kolesterol dan tekanan darah. Tekanan darah dan kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dan penyakit jantung.
Jadi, ada perlu tahu bahawa tubuh mempunyai kemampuan terbatas dalam mengolah makanan yang anda makan. Jika anda makan terlalu banyak karbohidrat, maka tubuh akan menyimpannya dalam bentuk gula dalam darah(glikogen). Jika perkara ini berlaku pada setiap hari, cubalah anda bayangkan betapa ‘menggunungnya’ pengumpulan glikogen yang disimpan dalam tubuh yang membawa kepada gejala diabetes.

Tujuh langkah bijak mengurangkan pengambilan gula:

1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis.
Air kosong tidak mengandungi gula dan kalori berbanding minuman manis. Misalnya, satu tin air berkarbonat mengandungi tujuh sudu teh gula. Satu sudu teh gula membekalkan 20 kalori. Justeru, satu tin air berkarbonat akan membekalkan sebanyak 140 kalori.
Sekiranya seseorang mengambil tiga tin minuman berkarbonat sehari, jumlah kalori adalah bersamaan 420 kalori. Untuk membakar 420 kalori, seseorang itu perlu:
- Berlari atau menaiki tangga selama satu jam
- Berjoging atau berjalan menaiki bukit selama satu jam
Menari aerobik selama 75 minit - Berbasikal selama 105 minit
- Melakukan kerja rumah selama tiga jam

2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada satu sudu teh saja untuk setiap cawan minuman.
Sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mengambil minuman manis. Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan dalam Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman adalah sebanyak tujuh sudu teh sehari iaitu empat sudu teh gula pasir dan tiga sudu teh susu pekat manis.
Justeru, agak sukar bagi kita untuk menerima minuman yang langsung tidak ditambah gula atau susu pekat manis. Kita boleh mulakan pengurangan pengambilan gula dan susu pekat manis kepada satu sudu teh saja bagi setiap cawan minuman.

3. Elakkan menambah gula dalam masakan, sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
Gula adalah salah satu ramuan utama dalam masakan seperti kuih-muih dan kek. Kurangkan penggunaan gula sebanyak suku daripada biasa. Elakkan juga menambah hiasan yang manis di atas kek cawan sebaliknya gantikan dengan buah-buahan yang sememangnya mempunyai khasiat.

4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama serta sebelum waktu tidur.
Pengambilan snek iaitu makan di antara waktu makan utama akan meningkatkan pengambilan tenaga harian. Kajian menunjukkan gula yang terkandung di dalam snek adalah penyumbang utama dalam peningkatan pengambilan tenaga ini.

5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
Kuih, kek dan bubur mengandungi gula serta kalori yang tinggi berbanding snek sihat seperti buah-buahan. Justeru, menggantikan snek yang tinggi gula dengan snek sihat dapat mengurangkan pengambilan kalori harian.

6. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
Semak kandungan gula dalam senarai ramuan pada label sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula adalah komponen utama makanan berkenaan.

7. Pilih produk berlabel ‘rendah gula’ dan ‘bebas gula’
Mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985, makanan yang dilabel sebagai ‘rendah gula’ bermaksud kandungan gula tidak melebihi lima gram per 100 gram atau 2.5 gram per 100 mililiter.
‘Bebas gula’ pula bermaksud kandungan gula tidak melebihi 0.5 gram per 100 gram atau 100 mililiter. Industri makanan mengambil inisiatif untuk mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang dikeluarkan.
Kini terdapat semakin banyak produk yang kurang kandungan gula di pasaran. Justeru, pilihlah produk makanan yang rendah atau bebas gula.


CINCH TEA : Minum Teh yang berkhasiat


Cinch Energy Tea bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untukmenaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).

Sesiapa sahaja yang memerlukan tenaga tambahan. Mereka yang sedang berdiet sangatlah digalakkan mengambil teh ajaib ini.


Anda ingin bertenaga sepanjang hari. Hadapi masalah metabolisme yang Rendah? Dah cuba diet sendiri tapi gagal? Dah cuba kurangkan nasi dan bersenam tapi masih gagal? Mungkin salah satu kurang berjaya adalah sebab metabolisma badan anda terlalu rendah dan tidak dapat membakar kalori dengan sebaik yang mungkin.
Jadi, memang banyak kebaikan dan keistimewaan Cinch Energy Tea Shaklee ni kan? Apa tunggu lagi. Anda wajib dapatkan Cinch Energy Tea Shaklee sekarang! 
Say HI to SIHAT, Bye-bye to PENYAKIT

Tak lain tak bukan, Tonik Ajaib la penyelamatnya. 

1: Testimoni pesakit kencing manis, darah tinggi


2: Testimoni pesakit diabetes



Bagaimana mahu membeli Cinch Tea & Vivix ini?
Cara 1
Anda boleh terus klik ke Cinch Tea atau VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







Friday, October 14, 2016

Bulan Oktober untuk kesedaran Kanser

10:34 PM 0 Comments

TAHUKAH ANDA? 

"Mengikut kajian Majlis Kanser Nasional, dari 1999 hingga 2006 bagi negeri ini, seramai enam lelaki telah meninggal dunia akibat penyakit itu bahkan kebanyakan kanser payudara yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih buruk kerana kanser berkenaan akan menular kepada organ lain dengan cepat sehingga membawa kematian," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran laman blog bagi Pusat Sumber Kanser Payudara oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USM, Prof Emeritus Datuk Dr. M. Zawawi Ismail di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, pada tahun lalu satu lagi kematian dicatatkan di negeri ini membabitkan lelaki menghidap penyakit kanser payudara.
Justeru, katanya, sebagaimana wanita, lelaki juga perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengesan keganjilan seumpama benjolan terutama di puting payudara atau pembesaran sebelah payudara secara tiba-tiba.

Utusan Malaysia, 18 oktober 2010




Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini.
Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

JENIS-JENIS KANSER PAYUDARA

  • Kanser setempat ‘Carcinoma in situ’ : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
  • Kanser saluran ‘Ductal carcinoma in situ’ (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.
  • Kanser lobular (Lobular carcinoma in situ) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
  • Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
  • Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

PENYEBAB KANSER PAYUDARA

Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada kanser payudara. Faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit. Faktor risiko terbahagi kepada 2 kategori :
Faktor Risiko Tidak Boleh Dikawal :
  • Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
  • Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  • Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi. 4.
  • Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
  • Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
  • Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).
Faktor Risiko Boleh Dikawal
  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
  • Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.

GEJALA-GEJALA KANSER PAYUDARA

  • Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
  • Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.

TANDA-TANDA LAIN KANSER PAYUDARA SEPERTI BERIKUT:

  • Bengkak pada sebahagian payudara
  • Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  • Puting masuk ke dalam atau sakit
  • Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  • Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
  • Ketulan pada bahagian ketiak

BAGAIMANA KANSER PAYUDARA DIKESAN?

  • Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)- wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
  • Mammogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa.
  • Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
    (Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal.
Vivix mampu menghalang keaktifan KANSER PAYUDARA



Vivix merupakan satu rawatan alternatif bagi merawat penyakit kanser terutamnya kanser payudara. Kelebihan yang ada dalam sebotol Vivix memberikannya cadangan terbaik untuk mengatasi dan merawat kanser.
Bagaimana Vivix boleh membantu?
Kandungan utama dalam Vivix adalah Resveratrol yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut daripada penyakit. Kajian menunjukkan bahawa resveratrol boleh bertindak sebagai antioksidan terhebat dan anti inflammatory.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu pencegahan penyakit kanser:
  • Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011, beberapa kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol mungkin mempunyai kesan anti-kanser.  
  • Dalam satu kajian 2008 pada kultur sel, resveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal. Diterbitkan dalam PenyelidikanPencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yangmenandakan permulaan pembentukan selkanser.
  • Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007 oleh  Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itumendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis(di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).
  • Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkanbahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan olehkesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen). 

READER INTERACTION

* Wanita yang menyusukan anak dalam tempoh satu ke dua tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara. 




Bagaimana mahu membeli vitamin ini?


Cara 1

Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.


COD Area Ampang, Cheras dan Sentul







Penghantaran ke seluruh Malaysia

Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah