Friday, July 1, 2016

Apa yang ada dalam minda anda?

Apabila kehidupan semakin tergesa-gesa dan porak peranda, minda kita cenderung untuk berfikir yang bukan-bukan, menerewang dan menimbulkan perkara negatif ke dalam fikiran. Adalah penting untuk mengingati bahawa apabila pekerjaan, pelajaran, hubungan atau kehidupan keluarga menjadi terlalu mendesak dan penuh tekanan, kita perlu mengambil masa untuk menenteramkan diri, bertenang, dan menyegarkan semula fikiran selepas penat seharian.


10 Tanda Utama Tekanan

1. Insomnia atau kurang tidur

2. Sesak nafas

3. Mudah marah

4. Sakit kepala / keletihan

5. Haid yang tidak tetap

6. Akne/Jerawat

7. Sakit leher / Sakit belakang

8. Masalah gastrousus

9. Keguguran rambut

10. Mata menggerenyet atau bergerak-gerak.



7 LANGKAH MUDAH UNTUK MENGOSONGKAN FIKIRAN


LANGKAH 1: TARIK NAFAS PANJANG
Salah satu cara yang paling mudah untuk menenangkan perasaan apabila anda berasa tegang atau cemas ialah mengamalkan pernafasan teratur. Menarik nafas panjang dapat mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik, yang mencetuskan tindak balas relaksasi. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dalam kiraan 4, tahan nafas anda dan kira hingga 7 dan hembus nafas melalui mulut. Ulanginya 3-7 kali dan rasai tubuh anda akan mula tenang. 

LANGKAH 2: NIKMATI PERCUTIAN
Mengambil cuti bermakna keluar dari persekitaran biasa dan melakukan perkara-perkara yang anda suka. Bercutilah di tempat-tempat yang berhampiran atau berkhemah sahaja jika bajet anda tidak mengizikan. Bercuti bukan sahaja dapat membantu mengurangkan penyakit fizikal, tetapi ia boleh membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik apabila anda pulang nanti. Petua: jangan bawa kerja bersama anda, matikan smartphones anda!

LANGKAH 3: AMALKAN KEYAKINAN
Setiap hari, ada sahaja orang yang mahu menjatuhkan anda termasuk pengkritik yang paling teruk: diri sendiri. Amalkan pemikiran positif dengan bercakap baik tentang diri sendiri dan berikan pujian ikhlas kepada orang sekurang-kurangnya sekali sehari untuk menimbulkan suasana positif di sekeliling anda. 

LANGKAH 4: HARGAI DIRI ANDA SEBAIKNYA
Nikmati masa "saya" yang berkualiti bagi menghargai dan membelai diri sendiri. Hargai diri anda dengan perkara-perkara kegemaran anda-besar atau kecil-untuk sasaran yang berjaya di capai, namun paling penting, belajar untuk memaafkan diri sendiri atas kesilapan yang pernah dilakukan. 

LANGKAH 5: MENERUSKAN MINAT / HOBI
Mengembangkan pengetahuan dan meneroka kreativiti merupakan saluran yang baik untuk menyalurkan emosi dan tekanan - rawat rehat mudah dan segera dari beban kerja anda. Mulakan semula minat atau hobi anda, atau mencuba projek DIY, sukan berkumpulan atau membaca buku baru.

LANGKAH 6: BERSYUKURLAH
Menurut kajian, menunjukkan rasa terima kasih dapat menghapuskan emosi bertoksik seperti isri hati, penyesalan dan kebencian, di samping meningkatkan kebahagiaan dan mengurangkan kemurungan. Sama ada besar atau kecil, bersyukurlah segala-galanya dan kepada semua orang yang ada dalam hidup anda.

LANGKAH 7: MEMBINA HUBUNGAN YANG BERMAKNA
Mempunyai hubungan yang kukuh dengan rakan-rakan dan keluarga untuk menyokong anda melalui turun naik dapat meringankan beban. Ambil masa untuk membina hubungan yang lebih erat melalui perjumpaan, makan-makan atau perbualan. 


COD Area Ampang, Cheras dan Putrajaya

Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Putrajaya
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...