Saturday, October 15, 2016

Makanan Segar atau Suplemen

Kini, suplemen seperti vitamin dan mineral, ekstrak daripada makanan berfungsi dan herba boleh didapati dengan mudah dari farmasi. Adakah anda memerlukan suplemen ini?

Bagaimanakah kita tahu bahawa kita benar-benar memerlukan suplemen, dan bilakah kita harus makan suplemen? Biasanya, orang dewasa yang sihat dan mengambil makanan seimbang yang merangkumi semula kumpulan makanan tidak memerlukan suplemen.

Kebanyakan keperluan pemakanan boleh dipenuhi melalui makanan, terutamanya jika kita amalkan diet pelbagai dan seimbang, berasaskan Piramid Makanan Malaysia. 



Secara amnya, makanan segar mempunyai lebih banyak faedah berbanding dengan suplemen. 

01 Membekalkan lebih banyak nutrien

- Makanan biasanya membekalkan pelbagai nutrien yang diperlukan. Contohnya oren membekalkan vitamin C, beta-karoten dan banyak nutrien lain, sementara suplemen Vitamin C hanya membekalkan Vitamin C sahaja. 

02 Mengandungi serat yang penting

- Makanan seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang membekalkan serat yang bermanfaat dalam mencegah penyakit seperti jantung dan diabetes. 

03 Bahan perlindungan yang bermanfaat

- Selain daripada nutrien, sesetengah makanan mengandungi bahan semulajadi seperti fitokimia yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-saayuran. Fitokimia membantu melindungi anda daripada kanser, penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi. Sesetengah fitokimia juga adalah sumber antioksidan yang baik, yang membantu untuk melambatkan proses pengoksidaan (satu proses yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu). 

Namun, terdapat kumpulan individu tertentu mungkin memerlukan pengambilan suplemen seperti:

- Wanita mengandung harus mengambil suplemen zat besi pranatal, dan juga 400ug asid folik sehari, ini hanya boleh dicapai melalui suplemen atau makanan yang diperkayakan dengan asid folik. Malah, suplemen asid folik harus diambil sebelum mengandung. 

B Complex with Acid Folic

- Warga emas yang tidak dapat makan dengan baik atau mempunyai masalah pengunyahan kerana kehilangan gigi atau gigi palsu yang tidak dimuat dengan betul.


Omega guard terbaik untuk semua lapisan masyarakat
Siapa yang perlukan Omega Gaurd ii?

- Pengamal diet vegeterian yang mengambil pilihan makanan yang terhad memerlukan suplemen vitamin B-12, yang boleh didapati daripada makanan yang diperkayakan dengan vitamin B-12, atau suplemen vitamin. 

Umumnya, kanak-kanak tidak memerlukan apa-apa suplemen. Namun, jika anak anda memilih makanan atau makan terlalu sedikit sehingga menjejaskan pertumbuhannya terjejas, suplemen diet mungkin aka disyorkan sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan beliau mendapat semua keperluan pemakanan. Adalah penting bagi anda mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau pakar diet tentang jenis suplemen yang diperlukan dan tempoh pengambilannya. Jangan sesekali mengambil suplemen atas keperluan anda sendiri kerana pengambilan berlebihan suplemen seperti Vitamin A dan Vitamin E boleh menyebabkan kesan toksik. 


Bagaimana mahu membeli vitamin ini?
Cara 1
Anda boleh terus klik ke www.shaklee2u.com.my ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.
Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...