Sunday, February 19, 2017

Cara-cara cuci botol susu anak supaya kekal bersih dan selamat





Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak kecil, anda pasti mengalami masalah seperti kesukaran untuk mencuci atau menghilangkan kerak susu pada botol dan puting botol susu kan? 



Kadang-kadang sebab penat dan nak cepat, ibu biarkan botol susu anak tanpa dibasuh. Kalau anak memang banyak botol susu, lagilah lama maknya biarkan. Inilah yang salah dan ibu kena tahu botol susu itulah segala bakteria akan melekat kalau tidak dijaga dengan betul.

Jadi, untuk selamatkan anak-anak dari peringkat awal, ibu kena rajin dan ikut beberapa cara ini..

1. Terus basuh, kalau malas bilas air

Ini memang kena buat! Kalau dah nampak anak habis minum susu, terus ambil botol dan goncang dengan air dulu. Lagi elok, rendam dengan air suam. Kalau pun malas sangat, pastikan bilas air. Nak basuh esok hari pum, tak kisahlah. Janji susu tak terbiar dalam botol lama sangat. Itu yang boleh berkerak!.

2. Sabun Khas

Nak basuh botol susu ini tak bolehlah guna pencuci pinggan mangkuk yang sedia ada. Bahaya!! Mak-mak perlu sediakan cecair khas untuk mencuci botol bayi. Nak jimat, cari yang murah. Janji selamat dan tak ada kesan pada bayi. Nak lagi selamat, gunakan Basic H.


3. Leraikan satu-satu

Janganlah cuci botol anak dengan puting melekat pada bekasnya. Leraikan satu-satu dan rendam air panas. 



4. Guna berus khas

Berus khas senang untuk ibu basuh bahagian dalam. Senang menghilangkan saki baki susu yang melekat. Teliti sedikit di bahagian puting susu agar ketulan susu tertanggal. 

5. Garam

Sedikit sukar untuk cuci bahagian puting susu. Jadi ambil garam dan sapu di bahagian dalam puting susu. Gerak ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya. Letakkan juga ke dalam botol susu yang kotor dan goncang dengan air. Ini dapat hilangkan saki baki susu dan bau masam susu. 

6. Guna jarum

Basuh botol susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air mengalir. Guna jarum untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.

7. Sterilkan botol susu anak

Setiap kali selepas cuci, anda kena sterilkan botol susu anak. Cara ini akan bunuh semua bakteria yang mungkin masih ada di dalam botol susu. Rendam dalam air panas selama 10 minit selepas dicuci dengan pencuci khas.


8. Jangan basah

Botol yang lembap boleh undang bakteria lebih cepat, jadi seeloknya pastikan botol susu anak kering. Kalau puting susu anak dan berkerak, TUKAR BARU!! Nak cepat kering, belilah tempat letak botol susu. Apa salahnya sediakan untuk jaga kesihatan anak. 



Bagaimana mahu membeli Basic H2 ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke BASIC H2 ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,
Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436







0 comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan mengenai Vitamin Shaklee, boleh hubungi saya.