Follow Us @soratemplates

Sunday, August 5, 2018

PARUT STRETCH MARK : Buat kaum wanita dihina kerana beranak ramai

Stretch mark biasanya muncul apabila perut wanita hamil semakin mengembang tapi selepas bersalin, parut itu tak nak hilang pula, pasti ada ibu yang alami nasib sama seperti wanita ini.

Ibu malu parut stretch mark selepas bersalin dikecam. Wajarkah dia dipersenda sebegitu?

Seorang ibu muda yang mempunyai 4 orang anak baru-baru ini telah menunjukkan gambar perutnya yang dipenuhi dengan stretch mark selepas bersalin.
Selepas gambar stretch mark itu di muatnaik, ia lantas menjadi tular di media sosial dan ramai yang mengatakan parut stretch mark selepas bersalin itu adalah kesalahannya kerana ada ramai anak! 
Doreen Ching berkata parut di bahagian perutnya itu semakin ketara selepas melahirkan anak, lantas ia membuatkan dirinya berasa cemas. Wanita berusia 23 tahun ini berasal dari negeri selatan Malaysia, Johor.
Dia mempunyai 3 orang anak lelaki dan seorang perempuan. Wanita ini juga terpaksa menerima suratan takdir bahawa tubuhnya tidak akan kembali seperti dahulu.
Gambar stretch mark selepas bersalin Doreen menerima respon negatif dan positif dari pengguna Facebook.
Ibu muda ini berkongsi gambar parut stretch mark itu di Facebook kerana merasakan tubuhnya tidak akan pulih seperti sebelum melahirkan anak. Selepas itu, beliau mula mendapat komen negatif. 
Foto yang dimuat naik mendapat 12,000 komen dan 23,000 likes.Walaupun ramai yang telah memuji dia kerana bersikap jujur menunjukkan stretch mark selepas bersalin tetapi ada juga yang mengecam teruk.

Kenapa stretch mark selepas bersalin muncul, apakah cara atasi terbaik?

  • Stretch mark terjadi tidak hanya kerana kenaikan berat badan yang mendadak tetapi penurunan berat yang terlalu drastik juga boleh menimbulkan parut stretch mark ini.
  • Wanita hamil mudah mendapat parut stretch mark terutama di kala berada di trimester kedua kehamilan.
  • Ahli kesihatan mendapati stretch mark terjadi kerana turun temurun, namun tiada kajian tepat bagi membuktikannya.
  • Jika sedang mengandung, gunakan krim khas untuk melembabkan kulit supaya stretch mark dapat dicegah awal.
  • Minum banyak air supaya tubuh dapat dihidrasi dengan baik.

8 Tips Menghilangkan Parut ‘Stretch Mark’ Selepas Bersalin





1. MINYAK ZAITUN

Seelok-eloknya, gunakan minyak zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E di dalamnya. Lumurkan sedikit pada tangan dan urutkan pada kawasan yang mempunyai kesan stretch mark.
Lebih elok lagi jika diamalkan sebelum tidur agar kesemua vitamin dan khasiatnya dapat diserap pada waktu malam.

2. MINYAK KELAPA DARA

Selain minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa dara atau minyak vitamin E yang bersesuaian dengan anda.
Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan pelbagai minyak aromaterapi seperti lavender, sitrus, dan eucalyptus yang mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu memulihkan kulit.

3. ALOE VERA

Aloe vera mempunyai ciri khusus untuk merawat dan memperbaiki kulit kita. Sebab itulah apabila seseorang mengalami luka atau kegatalan, penggunaan aloe vera amat disyorkan.
Sapukan aloe vera pada bahagian yang terdapat stretch mark. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Lebih elok jika anda mendapatkan gel aloe vera asli daripada daun lidah buaya kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Namun, pastikan anda tahu cara mendapatkan isi gelnya.

4. MADU

Madu mengandungi pelbagai ciri antiseptik yang dapat membantu memulihkan kulit daripada parut stretch mark. Maka, tidak hairanlah ia banyak digunakan dalam masker dan produk-produk kosmetik.
Jika anda mempunyai madu asli di rumah, anda boleh menyapukannya secara terus kepada parut stretch mark. Sambil menunggu ianya kering, lakukan urutan lembut pada bahagian tubuh tersebut. Bilas seperti biasa dengan air suam dan ulangi langkah ini setiap hari.

5. PUTIH TELUR

Putih telur kaya dengan protein yang membantu merawat komposisi kulit dan kandungan lainnya turut membantu meremajakan serta mencerahkan kesan parut pada kulit.
Pukul sebiji telur putih dengan garfu dan gunakan berus lembut untuk menyapu telur ini pada bahagian stretch mark. Seperti biasa, biarkan sapuan tersebut mengering dan sapu lagi beberapa lapisan sehingga habis sebelum membilasnya.

6. GULA

Gula boleh digunakan sebagai cara menghilangkan stretch mark dengan menjadikannya bahan asas dalam skrub. Ini kerana, gula membantu membuang kulit-kulit mati pada kulit. Jenis gula yang boleh dipakai adalah gula putih, gula merah, atau gula organik.
Skrub semulajadi ini boleh dibuat sendiri di rumah dengan mencampurkan gula dengan sedikit minyak zaitun sehingga menjadi pes yang kental dan bertekstur. Kalau tak ada minyak zaitun, anda boleh mencampurkan gula dengan bahan lain seperti garam atau serbuk kopi dengan cara yang sama.

7. LEMON DAN TIMUN

Vitamin C yang terkandung dalam lemon dapat membantu memperbaiki kulit manakala timun pula memiliki ciri pelembap yang amat baik untuk kulit.
Anda boleh membuat pes daripada jus lemon dan timun yang dikisar bersama. Sapukan pada bahagian yang berparut dan biarkan sehingga ia kering. Selepas itu, bilas seperti biasa.
Tapi, jika kulit anda yang berparut tadi berada dalam keadaan kering, jangan gunakan lemon sekiranya ia menyebabkan iritasi. Cuba dalam kuantiti kecil terlebih dahulu.

8. KENTANG

Menurut sumber, kentang mengandungi phytochemicals, polyphenols, dan carotenoidsyang membantu memperbaiki tekstur kulit.
Caranya, potongkan sebiji kentang kepada 2 dan sapukan bahagian isi kentang kepada bahagian tubuh yang terdapat parut stretch mark. Biarkan seketika sehingga jus kentang meresap sepenuhnya ke dalam tubuh sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali atau 2 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.
SUMBER : zuriat.my
Untuk yang malas nak sapu2 kat perut, boleh cuba amalkan Energizing Soy Protein (ESP) dan juga Vitamin E. Jom kita tengok, apakah kebaikan dua supplement ini:
  • Menghilangkan kedut, parut dan kesan rekahan. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
  • Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
  • ESP berupaya menghilangkan parut di kulit, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati. 
  • Membantu mencegah pertumbuhan sel terutama kanser kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan sel yang abnormal.
  • ESP Bertindak dengan kadar segera dan terus menyerap ke dalam darah. Ia mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Merupakan sumber protein lengkap untuk menyokong kesihatan sempurna.
  • Mengecil dan mencerahkan kawasan areola yang biasanya akan menjadi besar dan gelap selepas bersalin. Kesannya, kawasan areola akan kelihatan pinkish seperti anak dara semula.
  • Membantu melancarkan peredaran darah dan secara tidak langsung akan meningkatkan kesihatan jantung anda. 
  • Mendapat jolokan “Vitamin Cinta”, pengambilan vitamin E secara konsisten mampu meningkatkan keinginan seksual di kalangan lelaki dan wanita dan membantu menyelesaikan masalah kedinginan antara suami dan isteri. 
  • Melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu daripada berlarutan. 






Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: